Monday, October 22, 2012

Generasi Muda PAS Beriltizam untuk perbetulkan parti dari dalam.


Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah Mohd Azizi Abdullah membuat laporan polis supaya disiasat penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah sepertimana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Mereka juga telah menghantar satu  salinan laporan tersebut kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kepincangan kerajaan PAS Kedah membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.
Tindakan pro-aktif ini tidak harus dilihat sebagai satu keganjilan apabila generasi baru PAS bergitu beriltizam untuk membetulkan kemungkaran dari dalam parti mereka sendiri. Mereka tidak harus menunggu pembangkang Kedah untuk bertindak. Pembangkang Kedah yang ralit(leka) dibuai mimpi di siang hari kini mandom seperti ayam berak kapur. Kesempatan ini harus pergunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk menambat hati rakyat supaya terus mengundi PAS.
Tindakan mereka juga bukan lah perkara baru kerana sebelum ini pun Ustaz Nasharudin, Ustaz Hasan Ali dan Ustaz Harun Din lebih awal telah merintih jalan untuk menegur dari dalam.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.