Ketua
Pemuda Pas Kuala Kedah Mohd Azizi Abdullah membuat laporan polis supaya disiasat penyelewengan
yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah sepertimana didedahkan dalam
Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Mereka juga telah menghantar satu salinan laporan tersebut kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.
Mereka juga telah menghantar satu salinan laporan tersebut kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.
Laporan Ketua Audit Negara 2011
baru-baru ini mendedahkan kepincangan kerajaan PAS Kedah membuat pembayaran
sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat
Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan
awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.
Tindakan pro-aktif ini tidak harus dilihat
sebagai satu keganjilan apabila generasi baru PAS bergitu beriltizam untuk membetulkan
kemungkaran dari dalam parti mereka sendiri. Mereka tidak harus menunggu
pembangkang Kedah untuk bertindak. Pembangkang Kedah yang ralit(leka) dibuai mimpi
di siang hari kini mandom seperti ayam berak kapur. Kesempatan ini harus
pergunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk menambat hati rakyat supaya terus
mengundi PAS.
Tindakan mereka juga bukan lah
perkara baru kerana sebelum ini pun Ustaz Nasharudin, Ustaz Hasan Ali dan Ustaz
Harun Din lebih awal telah merintih jalan untuk menegur dari dalam.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.