“Kaum-Puak”. Istilah “kaum-puak” bagi orang utara ialah
hubungkait keturunan saudara mara baik yang dekat atau yang jauh atau yang bau-bau
macang. Ia tidak membawa maksud perkauman atau berpuak atau 'tribes'.
Di PRK Sungai Limau faktor kaum-puak memainkan peranan
penting sedikit sebanyak mencorakkan keputusan pengundi.
DUN Sungai Limau yang dahulunya dikenali dengan DUN Sala, kawasan itu terdiri
dari banyak kaum-puak arwah Pak Teh Mat
@ Hj Ahmad Awang (bekas penghulu dan wakil rakyat BN yang cukup dihormati) Pak Teh Mat merupakan bapa saudara
allahyarham Ustaz Azizan. Jasa-jasa Pak Teh Mat seorang wakil rakyat yang betul-betul 'randuk' bendang bersama rakyat masih lagi menjadi perbualan sehingga hari ini.
Allahyarham Ustaz Azizan sendiri pernah berkata:
“Keluarga saya ramai Umno, orang Umno pun keluarga saya.
Soal perbezaan kita hanya dari segi politik, bukan sampai putus silaturahim.
Saya belajaq sampai ke England, orang
Umno yang sara. Pak Teh Mat (Allahyarham Ahmad Awang @ Penghulu Mat, bekas Adun
BN Sala) tu pak menakan (bapa saudara) saya.”
Realitinya PRK Sungai Limau sentimen kaum-puak harus diberi
perhatian. Ucapan-ucapan kempen tidak seharusnya menyentuh sensitiviti
keluarga-keluarga di sini. Ada yang bapanya PAS anaknya UMNO dan ada juga yang anaknya PAS bapanya UMNO.
TPM dikira perihatin apablia cepat-cepat meminta
maaf di atas ketelanjuran berucap mengaitkan rasional kenaikan harga gula
dengan kencing manis sehingga kaki terpaksa dipotong. Mustahil TPM tidak tahu
bahawa kencing manis bukan setakat berpunca dari gula tetapi banyak lagi
penyebabnya malah nasi pun mengandungi gula yang tinggi.
Rakyat Sungai Limau juga cuba ditipu dengan visual poster
PAS yang difabricate konon calun yang bertanding amat rapat dengan Ustaz Azizan
sebaliknya semasa Azizan sedang tenat di hospital mereka yang kerap menziarahi Ustaz Azizan ialah
pemimpin UMNO sendiri termasuk Tan Sri Muhyiddin dan MB Mukhriz Mahathir. Malah
Mukhriz dan Tun M tidak lekang mengiringi sehingga ke saat-saat akhir pengkebumian allahyarham.
Rakyat Sungai Limau kaum-puak Ustaz Azizan dan keluarga terdekat Ustaz
Azizan pasti dapat membaca ‘body language’ pemimpin-pemimpin UMNO yang dikira
lebih ikhlas perhubungan mereka dengan Ustaz Azizan.
Mungkin ramai yang tidak tahu di antara pemimpin pertama
yang dihubungi Ustaz Azizan apabila beliau menerajui kerusi MB ialah Tun M
memohon pandangan dan nasihat kerana beliau amat sedar dan faham
pemimpin-pemimpin PAS di sekelilingnya tidak berkeupayaan mentadbir sesebuah
Kerajaan.
Hakikatnya PRK Sungai Limau adalah pilihanraya keluarga dan sesiapa juga yang masuk kawasan ini harus bertabik dan keluar harus bersalam.