Nampaknya blogger Kadir Jasin tak habis-habis hentam 1MDB dan secara langsung menghentam Najib. Entah siapa yang blogger ini ingin guling samaada 1MDB atau Najib? GILAP APPLE
Istilah budak kanyiaq atau 'apple polisher' terhadap Ahmad Maslan agak keterlaluan.
"Ahmad Maslan adalah budak hanyir
(kanyiaq dalam loghat Utara) dibandingkan dengan Ku Li. Oleh sebab dia budak
hanyir mungkin dia tidak pun kenal siapa Ku Li sebenarnya. Mungkin dia tidak
tahu bahawa Ku Li lah yang pegang tangan Mohd Najib di Petronas pada
pertengahan tahun 1970-an. Ku Li lah antara orang terakhir
berjumpa Allahyarham Tun Abdul Razak di katil sakitnya di London pada tahun
1976."
Apa nak buat Ahmad Maslan tidak boleh disalahkan kerana beliau baharu sahaja pegang jawatan dan memang pun tugas hakiki beliau ialah menggilap apple-apple yang berkarat dan yang berkalat itu sampai berkilat.
Harap-harap jangan sampai apple itu lebam dan lasu takut berkulat di dalamnya.