|
LOGO KUIN MACAM LENCANA SEKOLAH |
Saya dapati setiap kali tulisan saya yang menyentuh KUIN pasti ramai rakan-rakan blogger khasnya blog-blog politik akan memetik dan mempautkan
ke laman-laman web mereka.
Pautan mereka
samada disertai dengan komen atau tanpa komen atau cut and paste. Tidak kurang
juga ramai yang menghentam saya malah ramai yang mentafsirkan mengikut kelok
kecenderongan politik masing-masing.
Ingin saya nyatakan di sini bahawa tulisan saya tentang KUIN
langsung tidak ada niat atau telunjuk berkait bagi tujuan mempolitikkan gedung ilmu ini.
Ianya juga bukan ditulis sekadar hentam keromo tanpa berlandaskan kesahihan dan
fakta yang saya arkibkan sejak dari tahun 2009 lagi.
Kelangsungan itu saya juga
memohon maaf kepada komentator-komentator kerana saya terpaksa menapis komen-komen
saudara yang berbaur kesumat tanpa fakta
sahih dan lebih kepada sentimen peribadi.
Berhubung isu KUIN, sesungguhnya kritikan atau pandangan saya ini datang atas minat dan ingin membela untuk
menjulang kecemerlangan gedung ilmu khasnya keilmuan Islam. Ini agar institusi ilmu, para-para sarjana dan
penuntut-penuntut tidak menjadi mangsa politik sempit sesetengah pihak khasnya
pihak-pihak pentadbir, politikus pemerintah, politikus pembangkang, oportunis-oportunis
di sebalik tabir yang diperalatkan dan memperalatkan para ilmuan untuk meragas
jawatan dalam pentadbiran.
Janganlah hanya kerana golongan ini tidak pandai
berpolitik, patuh berpegang kepada professionalisma
dan non- partisan mereka boleh wewenangnya memerangkap golongan ini.
Sebenarnya pengalaman saya dengan KUIN bermula di sekitar tahun
2010 dan juga saya secara langsung berkesempatan mengikuti “Langkawi
Islamic Finance and Economics Conference (LIFE3)” peringkat antarabangsa anjuran Kolej Universiti Insaniah yang diadakan
di Langkawi pada Oktober 2011.
Konference kali ke3 itu adalah konference tahunan
dianjurkan oleh KUIN. Tema pada tahun itu berkisar kepada "Islamic and
Finance: Waqf, Zakkat and Sadaqah as Community Empowerment Strategies for the
Economic Transformation of the Ummah”.
Saya tidak berhasrat untuk mengupas isi konference tersebut
tetapi cukup dengan komen ringkas menyatakan ‘salute’ saya pada KUIN ketika itu
yang berjaya mengumpul tokoh-tokoh sarjana kewangan Islam yang besar untuk
menjana ilmu Islam yang begitu luas khasnya pengurusan Waqf. Dan hasilnya ramai
para-para sarjana ini yang pulang ke negara mereka membawa buah fikiran untuk
dilaksanakan di negara mereka.
Di kesempatan berbual dengan Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman
bersama beberapa tokoh ilmuan di waktu sidang media saya sempat berbisik pada
Rektor memohon penjelasan satu perkara kecil tidak langsung berkait dengan konference
yang dianjurkan.
Pertanyaan saya ialah mengapa logo KUIN seperti logo atau
lencana sekolah? Sambil tersenyum jawab Datuk
Prof Dr Jamil sebenarnya beliau ingin mengubah logo tersebut tetapi KDYMM Tunku Sultan ingin mengekalkannya
malah huruf-huruf kecil di dalam logo itu adalah cadangan Tuanku sendiri jelas
beliau. Bertolak dari itu saya dapat membuat kesimpulan bahawa
ternyata KUIN begitu dekat di hati Tuanku Sultan.
Di sini juga saya ingin menyentuh berhubung dengan berbagai tohmahan terhadap bekas Rektor,
Datuk Prof Dr Jamil Osman selama ini di mana saya lihat beliau lebih berdiam diri dan tidak pernah tampil
mempertahankan diri beliau.
Satu konklusi yang
saya ingin nyatakan di sini bersempena menjelang hari baik dan bulan baik Hari
Raya Aidil Fitri yang akan tiba bahawa sepanjang saya mengenali Rektor secara
jauh dan dekat saya yakin beliau telah mentadbir KUIN dengan penuh amanah dan
tanggung jawab. Dan jika pun terdapat kelemahan dan kesilapan yang dipolitikkan
oleh puak-puak dalaman tertentu sesungguhnya semuanya itu adalah perangkap
untuk menjatuhkan beliau. Sesungguhnya semua tohmahan kepada beliau selama ini
adalah fitnah yang penuh durjana, syak wasangka dan hasad dengki di bawah
pengaruh iblis laknatullah.
Akhirnya satu pandangan kepada Rektor baru yang bakal
dilantik harap berhati-hati dengan pentadbir kerajaan negeri.
WASSALLAM.