Wednesday, August 21, 2013

KENYATAAN NAZRI TIDAK HARUS DILIHAT SEBAGAI MEMPERKECILKAN KEWIBAWAAN MENTERI DARI SARAWAK.

YB Rohani Karim
Mengikut lapuran "Local daily The Star reported that Shahrizat will likely be appointed the prime minister’s special adviser on women affairs. The yet-to-be announced appointment will also confer Shahrizat full ministerial status and powers, allowing her the avenue to return to the corridors of power. 
Shahrizat had remained a Cabinet member and had headed the women, family and community development ministry previously courtesy of her appointment to Parliament's upper house despite losing in the March 2008 general election. According to Nazri, the ex-Lembah Pantai MP's experience was needed to help Rohani run a ministry that is accustomed to “the peninsula (Malaysian) way of doing things”. 
Kenyataan untuk menghalalkan tindakan Najib melantik Sharizat Jalil sebagai penasihat Khas PM dalam hal ehwal wanita dilihat memperkecil-kecilkan kewibawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim yang mewakili pengundi Sarawak. 
Kata Nazri “Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the peninsula aspects. The ministry is used to the management done by those from the peninsula”. Memandangkan Rohani dari Sarawak konon beliau tidak memahami orang-orang semenanjung. 
Jika begini tanggapannya mengapa Rohani dilantik menjadi menteri? Apakah kerana untuk please pengundi Serawak sahaja? 
"Asked if the move could tarnish Najib's reform credentials, Nazri dismissed the idea and said political sensitivity was no longer and issue since the 13th general election is already over. “Now is already after the elections. Before it was sensitive because of the general election. Now such sensitivity should not be given priority. What is important is that the ministry must be run properly”. Nampak sangat selepas pilihanraya mereka bebas melakukan apa sahaja kerana 2018 dilihat lambat lagi. Ingatlah rakyat tidak mudah lupa. Sebelum pilihanraya rakyat ditatang selepas pilihanraya rakyat ditendang. 
Konklusinya bukan kerana Rohani tidak berwibawa tetapi untuk menghalalkan pelantikan Sharizat Jalil maka terpaksa korbankan kredibiliti Rohani.

2 comments:

  1. Sdr. MR,

    1) Kenyataan Nazri tentang tidak timbul isu 'GE sensitive' adalah betul. GE dah berlalu. UMNO tetap dominan walaupun BN nampak sudah bergoyang. Nazri dan PM Najib amat yakin yang Melayu pasti akan undi UMNO lagi pada election akan datang. Yang palig penting adalah tempoh 100 hari sebelum pilihanraya. Daya ingatan kita ni kebiasaan hanya bertahan 100 hari je. Namun PM Najib kena beringat bahawa bila pengundi sudah menyampah, 1000 hari pun tidak akan diperbaiki keosakan itu.

    2)Kenyataan yang dilihat merendahkan tahap pemikiran YB Rohani adalah usaha keras Nazri untuk mempertahankan tindakan PM Najib. PM kita ni jenis yang kenang budi rakan rakan yang pertahankan dia sehingga dia terlupa akan budi pengundi yang walaupun menyampah tapi undi juga BN. Selepas PM Najib mempertahankan isu Nadem, maka tibalah masa Nazri pertahankan Najib dalam isu Shahrizat. Yang lantik manusia pandai bernama Nazri ini bukan pengundi tetapi PM Najib yang terlebih pandai tu..

    3) Senario akan lebih menarik jika YB Rohani melepaskan jawatan Menteri ni seperti yang sepatutnya. Jika peristiwa YB2 Sabah tolak jawatan kabinet Pak Lah berulang maka barulah PM Najib terngadah sebelum terhantuk.

    4) Nazri ini sudah keterlaluan lagaknya. Apa agaknya 'hutang' PM Najib pada dia yang membuatkan Nazri sangat berani menunjukkan kebebalan beliau seperti dalam isu jonker walk, surau di johor, Hang Nadem dan yg terbaru isu shahrizat ni..

    Setuju benar dengan konklusi tuan.. cuma izinkan saya menambah, korbankan kredibiliti Rohani jua sebenarnya korbankan kredibili manusia yang melantiknya..

    ReplyDelete
  2. MR.
    Maklumat yang diterima katanya.
    Wanita UMNO banyak buat ugutan pada Najib.
    Terutama menjelang pemilihan UMNO.
    Najib kena tekanan kuat dari Wanita UMNO .
    Tuntut macam-macam sehinggalah Najib terpaksa akur demu jawatan Presidennya.

    Kesian pada Najib .Lemah bila berdepan dengan tekanan dan ancaman politik.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.