Satu lagi cadangan pandir oleh Timbalan Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari bahawa Kerajaan akan menggunakan
rangkaian skrin di tempat awam di seluruh negara untuk menangkis tohmahan
terhadapnya.
Katanya ia juga untuk menangkis fitnah yang disebarkan oleh
media sosial sehingga dikatakan menimbulkan kebencian terhadap
pemimpin-pemimpin negara.
Kononnya cadangan ini merupakan pendekatan yang strategik
dan berkesan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. (Kerajaan akan guna skrin di tempat awam).
Apa punya sakai la cadangan Pak Menteri yang cuba
berkerja rajin untuk memulihkan kembali imej Najib yang sedang merosot. Mungkin
apa yang perlu dipaparkan di skrin ini ialah kemana pergi nya wang derma RM2.6
billion, isu 1MDB yang masih kabur dan gawat, isu bagaimana diuruskan pelaburan
RM24 billion dan isu belanja mewah PUan Rosmah Mansor.
Isu-isu inilah yang menjadi punca utama imej Najib
tercemar sehingga mencemarkan Negara di seluruh dunia.
Pada adatnya sudah tidak ada apa lagi pada PM Najib.
Hanya tinggal kulit isinya kosong.
Rakyat dah mula muak dan jijik melihat wajah beliau di kaca TV.
Konklusinya yang tinggal pada Najib hanyalah taik kalat.