Semasa pilihanraya Kuala Terengganu, Mummy menerima teguran yang hebat dari bloggers dan politikus kerana blog Mummy di antara blog yang pertama menyiarkan gambar Wan Farid berkaroake.
Walaubagaimanapun untuk pilihanraya Bukit Selambau kali ini Mummy cuba mengelak dari menyiarkan gambar-gambar sensasi mana-mana calun walaubagaimanapun jika rakyat perlu tahu tidak dapat tidak kita akan dedahkan.
Cuti hujung minggu lepas Mummy berkesempatan berjumpa dengan sahabat-sahabat SB Rakyat di Restaurant Cacoa Sungai Petani, khasnya yang sedang memantau perkembangan PRK Bukit Selambau. Kami sempat bertukar-tukar maklumat dan yang menarik mereka telah menyerahkan beberapa visual aksi-aksi “power” khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok sekarang dan beberapa lagi personaliti UMNO Kedah. Walaubagaimanapun tidaklah sehebat aksi Elizebeth Wong, bekas ADUN Bukit Lanjan yang telah lenjan berbogel.
Tetapi dalam banyak-banyak maklumat yang diterima ada satu email yang menarik yang telah Mummy terima dari seorang personaliti muda yang tengah bersiap-siaga untuk menawarkan diri bertanding di atas tiket bebas jika BN meletak calun MIC. Kita telah mendengar beberapa pengistiharan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding bebas di kalangan orang India. Tetapi kali ini calun Melayu (bukan mamak) pulak yang menawarkan diri untuk bertanding bebas.
Calun Bebas tersebut ialah seorang ahli perniagaan Zahran Abdullah, 39, berkelulusan Bc (Hons) Public Administration UUM. Merupakan aktivis masyarakat yang katanya telah berkihidmat selama 3 tahun untuk masyarakat kawasan tersebut walaupun bukan sebagai wakil rakyat. Kalau benar hasrat beliau dan niat yang ikhlas untuk rakyat seharusnya beliau disokong. Tidak lah berbangkit bila nak bertanding baru nampak muka macam Wan Farid di KT.
Komen:
Nasihat Mummy kalau nak bertanding apa pun yang utama ialah nawaitu kena jelas. Kepentingan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu harus menjadi teras utama perjuangan dari keutamaan peribadi. Kerana BN dan UMNO telah jauh menyimpang dari perjuangan ini apabila mereka lebih mementingkan kepentingan diri dan pemimpin mereka sahaja.
Senario sekarang raja-raja Melayu dicabar dan dipermainkan oleh DAP khasnya Karpal Singh situasi ini terjadi kerana Melayu berpecah-belah. Hindraf mengutuk Melayu Islam dan sedang membawa semangat ganas Pembebasan Tamil Elam ke negara ini.
Waduh Waduhhhh ...
ReplyDeleteZahrannnnn !??? Dia ni dah isytihar lawan ke ni? Bukan dia ni Pemuda UMNO Merbok ke ? Bukan kalau tanding tiket bebas, keahlian UMNO akan dipecat ke? Hmmm tolong jelaskan sayaaaa!!!
Zahran?! erkkk!
Zahran?!!! biaq betul ?!!!
ReplyDeleteSaya amat terkejut, klu lah sungguh saya minta Zahran tolong perjelaskan.
Kepada saya yang mengenali Zahran, saya amat menghormati tokoh muda ini. Beliau sememangnya layak jika nak dinobatkan sebagai Wakil Rakyat. Tapi bukan sebagai calon bebas. Seharusnya sebagai calon BN (UMNO).
Kepada Mummi, inilah akibatnya bila pemimpin UMNO terlalu bermain politik, bila dah pemimpin muda dipatahkan harapan, mereka mungkin akan cari jalan lain.
Kalaulah sungguh bagai dikata, saya tidak teragak-agak untuk menyokong calon muda ini. Semoga perjuangan mu Zahran akan beroleh kejayaan besar.
Kau perlu ingat, pasti ada yang akan membantah ! TERUTAMA TAJUL atau SAIPOL.
OOOOKKKKK Mummy kita sokong,
ReplyDeletesaya kemepen dalam blog saya.
www.semut-gatai.blogspot.com.
Adakah ini calun blogger Mummy?
Mummy, Nawaitu nak bertanding dalam komen mummy tu tak betul, "narrow and parochial" lihat kepada the big picture - kepentingan negara berasaskan perlembagaan yang mesti di utamakan.
ReplyDeleteKalau yang nak bertanding macam nawaitu mummy tu, maka Malaysia ni akan pi mai pi mai tang tu jugak.
Harap harap rakyat sedar sesedar nya bahawa mereka mesti mempertahankan ketuanan rakyat.
Asalamualaikum,
ReplyDeleteInilah pertama kali saya melayari blog Mami dan saya agak terpanggil untuk berkongsi topik terutamanya yang berkaitan dengan calon yang mami perkenalkan.
Jika tidak salah penglihatan dan pengamatan saya, Saudara Zahran ini adalah anak kepada seorang tokoh politik terhormat di negeri Kedah ini. Seingat saya bapanya Dato Abdullah Ismail, bekas Ketua Bahagian Yan selama 30 tahun dan wakil rakyat juga hampir 30 tahun.
Jika benar ini anaknya,saya berharap beliau juga mempunyai daya kepimpinan seperti bapanya.
Merbok sememangnya perlu dibersihkan dari terus dicemari oleh pemimpin-pemimpin yang korup. Kepimpinan terdahulu, Tun Daim, Pak Njang Badri dan juga Dato Azmi (walau tidak sehebat 2 nama terawal) kepada saya telah mengharum serta memacu Merbok ke era yang cukup berjaya. Pembangunan di Merbok pesat!
Kehadiran ZAM sebagai ahli Parlimen juga kepada saya cukup signifikan walaupun berkali-kali beliau menegaskan bahawa beliau bukanlah ahli politik namun beliau telah berjaya melakukan banyak sumbangan seperti mewujudkan perpustakaan awam, pusat komuniti bestari di Kampung Hilir dsb.
Akhirnya ZAM berkubur di SP, di"pindahkan" atas sebab kepentingan politik peribadi yang melampau pemimpin baru Merbok, tajul urus.
Sebagai pemerhati politik dari luar, saya menyeru ahli UMNO Merbok dan masyarakat di kawasan Merbok untuk mula melihat kepada anak-anak muda yang berpotensi besar untuk memimpin di kaws Merbok. Mereka ini harus diberikan peluang dan ruang untuk membuktikan bahawa mereka mampu untuk memmimpin kita.
Jika benar ingin berbakti dan berkhidmat jangan lupa sentiasa meminta pandangan dan nasihat dari orang tua-tua dan berilah perhatian kepada isu dan masalah rakyat. Jadilah pemimpin yang prihatin.
Semoga berjaya, InsyaALLAH.
1. Zahran seorang yang berprofil baik
ReplyDelete2. Beliau tewas jawatan Ketua Pemuda Merbok kepada Saipol.
3. Tewas yang bermaruah kerana Saipol menggunakan wang untuk membeli undi perwakilan.
4. Saya menyokong penuh jika beliau bertanding sebagai calon samada Calon BN atau calon Bebas.
# Memang benar Parlimen Merbok tercemar dengan penuh hinanya mengamalkan politik wang oleh Ketua Bahagian Merbok Datuk Tajul & Ketua Pemuda Merbok Saipol(tajaan Khairy Jamaluddin) pada pemilihan baru-baru ini.
Seluruh Kedah mengetahui akan kenyataan dia atas.
Kepentingan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu harus menjadi teras utama perjuangan dari keutamaan peribadi.
ReplyDeletewaah..mummy san ah..u sure is a racist..yes mamma san,this primitive instinct of umno/bn is killing u all..dont u all have 1 lil bit of neuron cell to realise that any type of racism will bound to be attcked by the "invisible hand".?.look what happend to nazism,aperthaid,and now it's u fellas who r feeling the massive thermo blast of a very angry rakyat,regardles of race n gender.but my guess is due to an inborn desire to exhort the rakyat and make money by doing nothing,u fellas,like a broken record keep on manking the same mistakes..good ..keep it up..nobody can escape the wrath of god..btw,can u prove ketuanan melay/raja is oked by the quran?
Momma san,pekida fellas told me ur belioved samy vellu's body guards r tamil elams..yes,Mahathir and geng,UMNO have links with all sorts of terrorists,including LTTE.dat's why Syed Albar released that LTTE linked businessman frm kamunting.Go ahed and keep on fooling urself!!Hahaha!!
ReplyDeletemenarik!bagaimana dengan mejar anuar?katanya dia juga ingin bertanding?mungkin ini lebih kepada serampang 3 mata bagi UMNO.
ReplyDeleteMami, kebiasaannya di dalam UMNO mereka yang buat kerja di grassroot tidak langsung dipandang oleh pimpinan di atas. Lagi mereka tinggi seperti MKT UMNO lagi mereka pandang yang akar umbi ini kecil seperti semut. Tetapi yang mereka pandang ialah yang selalu bodek mereka,yang lobi mereka, yang ampu punggkoq mereka dan yang beli buah tangan kepada mereka.
ReplyDeleteYang buat kerja di bawah adalah barua-barua mereka atau hamba pecacai mereka. Bila dapat nama mereka yang pandai bodek sahaja.
Ini lah budaya UMNO yang membuat rakyat benci dan meluat tengok orang UMNO yang pandai bermuka-muka.
Saya setuju dgn Awang Boncis !
ReplyDeleteMereka yang dok kena perambat buat kheja kot bawah ni tak pernahnya depa highlight.
Sedia2 kena tekan, istilah barua tu saya setujulah. Kes lagu tulah yang dok jadi ramai nak betanding bebas. Pasai puak puak lagu ni selalu kena pedajai dengan orang besaq dalam parti.
Tepat sekali hujah Awang Boncis. Mana ada barua-barua bawah di kurnia datuk ka, JP ka, atau apa-apa pingat. Jawatan pun depa nak tibai sampai anugerah pingat depa tibai sampai projek jalan kampung pun depa tibai.Lepas pilihanraya depa pi enjoy sana-sini Medan,Bandung, Jakarta, Australia hasil sebat duit pilihanraya.
ReplyDeleteUMNO hampehhhhhh.
Macam mana Dun Bkt Selambau nak menang...tajol dan saipol dok bodek sakan kj suruh boh nama depa..sapa kj di mata Pemuda-pemuda merbok...cuba cerita mai ckit nak tau
ReplyDeleteSebenarnya zahran lebih layak darpada saipol untuk menerajui pemuda merbok. Tapi disebabkan oleh RM150-RM200 habis maruah-maruah pemuda-pemuda merbok. Inilah harga maruah pemuda merbok. Bagi duit pun dlm toilet..tgk betapa rendahnya martabat pemuda merbok. Untuk pertandingan lagi sekali sapa2 yang nak bertanding kena up ckit ja RM untuk menang Ketua Pemuda...he..he..he
ReplyDeleteMami,
ReplyDelete1. Sesiapa sahaja yang nak bertanding jadi wakil rakyat, macam mami kata lah tadi, kena pebetoi nawaitu dulu.
2. Nawaitu pulak kerana ALLAH, jangan yang lain kerana kalau niat LAIN dari ALLAH, tak akan dapat apa-apa ganjaran dari sisi Allah.
3. Agama dulu, dan Siapakah MELAYU TanPA AGAMA nya????
4. Kepada pucuk pimpinan UMNO, denagr-dengarlah suara rakyat di bawah.... Cukup-cukuplah dengan angan-angan orang di atas...
5. Rakyat dah muakkk, takkan nak tunggu rakyat MUNTAH baru nak terhegeh-hegeh pebetoi????
Salammmmmm........
Anwar telah memulakan budaya rock star dlm politik , rakyat amat taksup dgn kepopularan rock star saperti Anwar
ReplyDeleteKriteria untuk menjadi rock star politik adalah misti pemidato hebat yg bolih memukau pendengar , memiliki senyuman Smilin Assasin , berpakaian kemas dan personaliti yg tidak nampak sombong
Sekiranya Zahran mempunyai kriteria saperti itu beliau
mempunyai potensi untuk menang
Begitu juga Umno untuk menandingi seorang rock star sapert Anwar Umno perlu membawa seorang rock star Umno untuk berkempen menandingi Anwar siapa dia dari Umno?
Kalau dilihat pemimpin pemimpin Umno yg bertanding dari Tim Presiden , Naib presiden ,MT , KP,KW dan KPTRI nampak macam tidak ada yg benar benar hebat sebagai pemidato melainkan beberapa personaliti ?
Siapa dia Mummy?
Zaran teruskan niat hang kami anak2 ruat pun ramai d kawasan merbok ni .
ReplyDeleteZAHRAN.
ReplyDelete1. Calon Ketua Pemuda Bahagian Merbok 2008 yang di tewaskan oleh Sepol balaci Reezal Merican dan KJ (calon berno 03).
2.Seorang yang bersih dari masalah sosial atau skandal jika di bandingkan oleh juak-juak Tajul.
3.Anak bekas TOKOH POLITIK. Dato' Paduka Abdullah, bapanya is a good fren to DS Najib.
4.Mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tidak menang Ketua Pemuda Bhg Merbok.
5.Soal keahlian UMNO yg di bangkitkan oleh SelamatPagi Selambau. Kalau ADUN Bota istihar kluar dari BN tidak di kenakan apa2 tindakan. Zahran langgar perlembagaan tak kan salah kot. Apa ada pada perlembagaan UMNO? Kalau perlembagaannya di ikuti oleh ahli2 khasnya PEMIMPIN BAHAGIAN dan MT, BN tak kalah PUR12,UMNO terus relevan, UMNO menjadi kuat dan sbgnya.
6.Seorang yang MUFLIS seperti ROSLI AHMAD aka Lee Jerung, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhgn Merbok (sejak 2004) yang mana kesnya di ajukan kepada UMNO PUSAT pada tahun 2004 hingga kini tidak di ambil sebarang tindakan langsung oleh UMNO. Sedangkan perutukan dalam Akta Pertubuhan tidak membenarkan seorang yang MUFLIS menjawat jawatan dalam pertubuhan. Hingga kini, bagi UMNO ianya HALAL. Kes ROSLI AHMAD boleh di rujuk dengan Southern Bank caw Ipoh. Ringkasnya Ketua Penerangan Pemuda UMNO Merbok seorang yang MUFLIS.
7. Kalau Tajol tau benda ni, kalut juga dia. Tapi....ada apa pada Tajul? Orang sekeliling dgnnya kerana dia ada RM. Dia tak ada RM, Lee Jerung Lee Tapai habeh lari.
8. UMNO hari ini tidak tahu nak guna alasan apa yang kerusi Bkt Selambau perlu UMNO bertanding. Dari segi populasi tidak boleh guna, sebab mana ada kawasan India punyai popupasi majoriti.
Kpd: KETUA PEMUDA UMNO MERBOK, Sepol.
Tips untuk melincinkan Gerakerja Pilihanraya kecil Bkt Selambau.
1. Pastikan anda membayar RM150-RM200 seorang sehari untuk kerja-kerja poster. (Pemilihan hari tu boleh bagi sorang banyak tu).
2. Pastikan Mustapa, pen S/U Pemuda Merbok yang sampaikan duit (rujuk no 1) di dalam Tandas Kelab Laguna Merbok.
3. Mana-mana ahli Pemuda UMNO Merbok yang tertunggak bayaran ansuran kereta, sila jelaskan sepertimana ANDA jelaskan untuk WAN SPMC pada PUR12 yang lalu.
4. Pastikan Man Pmtg Samak di beri cuti tanpa REKOD seperti anda KECOHkan cuti tanpa rekod PUR12.
5. Buluh untuk bendera, pastikan Wan SPMC yang dapat kontrak.
6. Untuk lori pula, pastikan guna lori Anuar Ahmad, Naib Ketua Pemuda Merbok. Claim lori pula mesti lebih dari RM19,000.00
7. Baju, Topi dan vest Gerak Gempur, mestilah di kelolakan oleh Lee Jerung. Budget mesti lebih dari RM30,000.00. Juga pastikan baju itu cukup untuk 40 orang sahaja sepertimana PUR12.
8. Ini paling penting!!!!!!! Pastikan sebuah TOYOTA PRADO untuk Lee Jerung tersiap sedia dengan LAMPU SIREN serta Heller.
9. Gunakanlah jentera ahli PEMUDA yang bernilai RM0.13 (150/(365 x 3)) untuk kerja2 pilihanraya kecil Bkt Selambau.
10.RM0.13 adalah nilai harga diri ahli Pemuda UMNO Merbok.
11. Pastikan Syed Osman menjadi penasihat Pemuda Merbok.
Semoga Zahran Berjaya jika bertanding, tidak lupa kepada Sepol bekas pelajar Sek Agama Kedah (rasuah adalah HALAL) Semoga Berjaya! (Berjaya junam)
Kami perati budak ZAHRAN nie buleh. Ada adab,tak kurang ajar,hormat orang tua,suka sedekah. Mengaji tinggi kerja elok.
ReplyDeleteDarah pemimpin mcm ayah dia.Sayang kalau tak bagi peluang kat dia. Kenapa kena masuk bebas? jadi calon BN buleh apa? ahli Umno pun. cuma kalah masa lawan dulu kot.Kami kesian jugak kat dia dan kawan kawan dia yang sama sama kalah.
Dahlah..toksah dok bagi kat penyamun penyamun lain tu. Bagi ZAHRAN calon muda ni wakil BN. Kami turun kempen sama nanti. Dato Najib pun dah kenai betui ZAHRAN anak Tok Lah Pendy ni.
siapa zahran ni yang mummy dok sanjung ni. tak pernah nampak muka kat merbok pun. kalau kami kena hujan ribut dia tak pernah nampak muka pun. asyik dok pembohong mummy kot kata dia dok menabur bakti kat orang bahagian merbok. orang kalau ikhlas taak payah dok cerita kat orang. kalaau buat dengan ikhlas tuhan akan angkat darjat dia
ReplyDeletezahran... hang ni betui ka'
ReplyDeleteari tu hang lawan ketua cawangan laguna merbok pun kalah dengan hj kamarudin, jangan kata lawan ketua pemuda.. tup-tup nak lawan jadi wakil rakyat.. wakil pos boleh la. hang ingat tu pulut dengan serawa ka? Balik laguna merbok pi menuntut dengan hj kamarudin dulu.. kalau hang buleh menang lawan dengan dia , aku akan sokong hang jadi calon bebas bukit selambau..
Aku sokong Lee Jerung jadi calon BN N25 DUN BUKIT SELAMBAU, dia ada nissan terrono.!
ReplyDeleteanom...
ReplyDeletehang tau ka sapa Hj Kamarudin?berapa banyak dia kona duit cawangan?duit pihanraya.Claim sana-claim sini?
Meaouw meaouw....
ReplyDeletemak oooi..sapa yang suggest jerong mau tanding adun tuuuu...
Bau badan dia...masayaaalah...hangit piauuu..budak ni kena boh kabat@ tawas kat ketiak dia@ daun jambu batu tumbok lumat n peram bg lama sikit..buleh kalau dia mau jd calon adun tu, tp kena pakai petua makteh ni...bau ketiak dia xtahan..macamna dia dok bawa boss dia..depa pun dah imiun kot gan bau hangit ketiak dia kot...
hai jerong...berubahlah...baru pu3 akan hampir pada mu...
Salam Mummy, Dengaq kata Hashim Penerangan ,Tajoi lantik dia masuk AJK Umno Bahagain Merbok.Bagi dia diam sikit dok hentam Tajoi.
ReplyDeleteHidup Zahran.. sebagai kawan dari masa sekolah aku tau Zahran bukan ahli UMNO yang korup.. dan ternyata untuk selamat terus dari korup dan jadi kurang ajar dia perlu keluar dari tong taik tersebut.. nak cuci masyaallah.. tak tau berapa lama boleh bersih terutama tong kat merbok tu.. so selamat maju jaya untuk Zahran, biarlah dapat berbakti dalam ruang lingkup yang kecil sb politik UMNO terlalu sakit dari peringkat akar umbi sampailah ke pucuk pimpinan..
ReplyDeleteBaca komen2 kat sini saja kita dah boleh rumus kenapa parti ni boleh jadi kalut macam la ni.
ReplyDeleteMinta hangpa suma jangan amal sifat hasad, dengki dan belot tikam belakang kerana hal-hal kepentingan peribadi boleh tak?
Selalunya yang dok kata kat orang tu dia lagi lebih!
Tapi yang kena maki tu jangan senyum syiok pula. Pasal ada juga petua dulu-dulu, kalau takde angin pokok tak goyang no?
Jadi suma pihak tak kira belah mana pon, jaga lah perangai hangpa sebab nanti hang dok bergaduh sesama sendiri, ramai ahli UMNO yang timpa malang sebab dek hangpa dua tiga orang punya pasal.
Kalau tak reti jaga perangai, jaga mulut pun okay la tapi pastikan hangpa belajar untuk jaga perangai!
zahran,
ReplyDeletecalaon yang berwibawa. aku kenai lama dgn dia. sama2 dok makan megi dgn ayaq sejuk masa zaman sekolah dulu. seorang yang tak sombong dan tinggi diri. mudah didekati. aku amat sokong dia jadi calon PRK bkt selambau nanti.
zahran, aku akan pastikan semua geng2 ASMI p berkempen untuk hang nanti. tak kena upah walau sekupang pun. bagi kawan2 ASMI semua, jom kita pakat ramai2 berkempen untuk kawan kita Zahran.
Hidup zahran! hidup budak Brahim!
Hmmm...dentuman PRK Bukit Selambau ni hebat calon belum ada samada dari BN PKR atau bebas dah ramai yang buat telahan mana calon nak bertanding...hebat juga nujum nujum Pak Belalang ni yer.Belum pun sampai hari penamaan calon dah banyak komen komen masuk En Zahran anak kepada bekas exco Kedah terdahulu telah telah jadi popular sebagai calon bebas.setahu saya SPR belum umumkan apa apa lagi.SeMuTGaTai dok perati perati dengar dengar ramai juga nak bertanding aduh aduh...nak menangguk diair yang keruh ker.kalau ya pun En Zahran Nak bertanding biarkan sajalah kita tak payah sibuk sibuk.sampai masa nanti kalau nak sokong sokonglah...tak gitu hardamaut...hardamaut pun kalau nak bertanding pun ok juga.kita berarak ramai ramai.negara kita negara demokrasi siapa sahaja boleh bertanding.kata orang kalau nak sokong pun jangan membabi buta.sebab yang mengundi adalah yang ada nama dalam daftar pemilih DUN Bukit Selambau semuanya akar umbi.yang ada pangkat Dato ker Hj ker,tan Sri ker kalau dah orang bukit selambau tak mahu maka akan jadilah sepertimana PRK Kuala Terengganu.Putih mata jer yang BN dapat.En Zahran dah Popular bukan sebelum bertanding tapi sebelum isi borang pun.hmm hebat hebat....kalau benar En Zahran nak bertanding.Adakah ada orang UMNO SP takut En Zahran Menang kalau bertanding..??? maka ada 3 makna disini 1 cemburu,2 reputasi dan ke 3 ada yang teringin bertanding tapi rekod sangat buruk maka direka cipta skrip supaya semuanya jadi bubur dalca.
ReplyDeleteSeMuTGatai nak sokong sapa yang muda dan rekod bersih saja.sebab lepas menang SeMuTGaTai nak tel ucap tahniah.mana tau kot kot masih diangkat telefonnya.