Tuesday, May 12, 2009

Penghinaan kepada Raja-Raja Melayu

Insiden di Perak adalah bibit-bibit kejatuhan kuasa Melayu. Melayu berpecah bukan retorik lagi.
Yang malangnya perpecahan dan kejatuhan ini berlaku dengan penuh penghinaan khasnya kepada Raja-raja Melayu.

DAP akan berjaya membawa negara ini kearah negara republik seperti Singapura dan Anwar Ibrahim menjadi alat DAP.

Lihat apa berlaku di Pulau Pinang apabila Gavenor sudah tidak dijemput lagi dalam mana-mana majlis resmi Kerajaan negeri. DAP ingin memansuhkan terus kuasa-kuasa raja-raja Melayu.

Yang malangnya generasi-generasi hari ini langsung buta sejarah. Sejarah bagi mereka hanyalah seperti sebuah cerita dongengan penglipur-lara.

Raja-Raja bagi mereka hanyalah simbol seperti gambar di dalam wang-wang kertas ringgit Malaysia yang mereka berbelanja setiap hari.

Jika Melayu masih tidak slagi edar dan bersatu maka lahirlah satu lagi negara republik di rantau ini.

64 comments:

  1. Abdullah dan Anwar dan kini Nizar adalah anai anainya..

    Rumah (parti) siapa yang kena baham !!!

    ReplyDelete
  2. sekiranya sesuatu yang luar biasa berlaku di negeri perak (mungkin p.raya negeri semula) inilah masanya melayu bangkit menyingkirkan petualang dan talibarut yang telah menconteng arang kepada institusi Raja-Raja melayu.

    ini bukan lagi hanya perjuangan UMNO semata tetapi perjuangan agama,bangsa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    Orang-orang melayu mesti berdiri membentengi kedaulatan Raja-raja melayu,singkir pembelot dan petualang bangsa.

    DAULAT TUANKU!!!DAULAT TUANKU!!!DAULAT TUANKU!!!

    HIDUP MELAYU!!!

    ReplyDelete
  3. Dah lebih 50 tahun raja-raja melau hanya jadi simbol, hanya jadi ketua agam tetapi tidak boleh terlibat dengan keputusan yang bersifat eksekutif. bila pula raja-raja kita ada kuasa. Selama ini hanya UMNO yang berkuasa dan bila kuasa UMNO sudah terhakis maka dikatakan raja pula hilang kuasa. Itu duduk perkara yg sebenarnya

    ReplyDelete
  4. Gunakan Web ini utk download Video Youtube

    http://www.youtube2u.net/

    ReplyDelete
  5. Kesian sungguh. Melaka, Pulau Pinang dan Batu Putih tergadai ketika PR memerintah?
    Yang menghapuskan imuniti raja stau ketika dahulu ialah PR.
    Yang mengahpuskan tulisan jawi, bm dalam sains dan matematik juga PR?

    ReplyDelete
  6. Penghinaan kepada Raja-raja Melayu.??
    Mummy,
    Siapa yang hina raja2 melayu ni? Saya dan rakan2 saya tak..
    Apa yg menyebabkan rakyat sokong DAP?
    Saya dan rakan2 saya tiada pilihan..
    Melayu buta sejarah?
    Saya dan rakan2 saya tau jugak sikit2 kot.Dulu Islam dibawa masuk ke tanah melayu oleh pendakwah cina iaitu Mustafa Mohammad Cheng HO(laksamana Gheng HO).Bila Melayu dah Islam, apasal tak dakwah balik kat cina2 yg dibawa masuk oleh penjajah british.
    Melayu mana yg tak sedar ni?...
    Mummy p la berdakwah kat depa..tapi sebelum tu belajaq dulu kot,nanti depa baca hadis ternganga mummy..

    YB Pencen

    ReplyDelete
  7. Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.


    Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.


    Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.


    Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama. Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi yang menghina dan menggadaikan melayu..???

    ReplyDelete
  8. Dasar munafik, tak pernahnya cakap benar. Malah putar belit lagi. Bila nak taubat nenek? Allah Maha Mengetahui. Astaghfirullah.

    ReplyDelete
  9. mummy,, x paham2 lagi ka? sapa yg menghakis kekebalan raja melayu,, la ni sapa yg tak mau guna bahasa melayu, mengajar anak melayu math dan sains,, jadilah seorang penulis yg peka bukan yg pekak.

    ReplyDelete
  10. mummy jangan cerita politik lagi lah, mummy dah tak relevan

    ReplyDelete
  11. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    To tuan punya blogger N komentar sekutu dgn tuan punya blogger . Kita orang melayu tapi bodoh bagaikan lembu ,hanya pandai makan lepas e2 berak bersepah .Apa saja UBN buat semuanya dipandang ok . Kan bodoh namanya . Politik wang / rasuah / salah guna kuasa atau rampas kuasa / duit kopi / duit bawah meja / atas meja / projek di Ali Baba kan oleh UBN e2 pun orang melayu kata ok . kan bodoh namanya. Orang melayu ibaratkan kita ini bangga dengan dosa dosa pemimpin melayu kita yang terlalu banyak korup . Di sebabkan orang melayu macam Tuan punya blogger dgn sekutu komentarnya menghalalkan perbuatan yang terkutu yg di buat oleh UBN. So sehingga ke hari ini UBN berani buat perkara yang di larang oleh agama islam kerana UBN sudah pasti ada jua-jua bodoh macam tuan punya blogger n sekutunya akan menyokong . HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG , HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI . So sampai bila kita nak membatu kan hati kita dengan menghalalkan perbuatan terkutuk UBN. Negeri orang dah hasilkan hujan emas . Kita di Malaysia masih berhujan kan batu dengan berkerajaan dgn UBN .

    ReplyDelete
  12. mami, jag putar belit story la..ke mami dah nyanyuk? saya kesian dengan mami yang telah dipesongkan fakta...sepatutnya mami labih matang..sori ye..

    ReplyDelete
  13. alaa MUMMY oiii.... tak pandai2 lagi kaaa????

    sumer salahkan PR dan DSAI.... UMNO/BN dan NAJI* sumernya betul kan???

    ReplyDelete
  14. Daulat tuanku...mengaum ke?..siapakah yg menjadi pertualang melayu yg 'membuka jalan' untuk karpal sigh saman sultan..?? Tidakah hasil dari tindakan Tm dulu? tapi masih disanjung? Dapat gelaran Tun lagi...bukannya pertualang...Siapa yg beri gelaran tu..? dan berikan pada siapa..? berfikirlah...dan renung2 lah...Kemana pergi tanah melayu..???Makin bertambah??jgn harap. Kerja siapa ? kerja pertualang kah..?? Membuka kawasan tanah ' atas nama pembangunan' dijohor - Iskandariah? Keluasan melebihi s'pore untuk siapa? rakyat tempatan merempat? Hasil kerja tangan pertualang ke? Penagih dadah tegar melayu cecah jutaan orang...Hasil kerja pertualang kah? Ayuhlah dikesempatan memerintah ( dah lebih 50 tahun pun) tumpulah sepenuh hati untuk membina/membantu mereka yg dah rosak tu...
    Nak membebel tu banyak lagi tapi bila dah lama rasa bosan... malangnya malaysiaku..

    ReplyDelete
  15. Mummy...mumia...

    Terlaku "lok" kau hingga tak boleh dibentuk lurus lagi...
    Terlalu "karat" kau hingga tak boleh di asah lagi...
    Terlalu "senget dacing" kau hingga tak adil seimbang lagi...

    Kau dah nak jadi mumia pun masih lagi merapu...kubur kata MARI!!!! dunia kata "GET OUT!!!"

    ReplyDelete
  16. aduh kamu semua bertaubatlah segera,selama 50tahun lebih kamu pilih pemimpin menerajui malaysia iaitu perdana menteri nya ,tiada sorang isterinya menutup aurat, apa panduan ALLAHswt hanya kepada melantik imam je ke?tepuk dada tanya imam kamu puak umno!!!!!

    ReplyDelete
  17. Ni yang payah ni...keluar statement tanpa memikirkan sapa yang menyebabkan Melayu/Raja Melayu jadi begini..

    Selama 50 tahun lebih BN/Umno perintah bumi Allah yang tercinta ni, baru la ni hang nak cakap ttg issue ttg bangsa...bila pembangkang dah kuat...what a shame...

    ReplyDelete
  18. Hidup Melayu

    1. Anak anak dah tak boleh nak belajar sains dan metamatik dalam bahasa melayu oleh orang jahat nie..

    2. 30% pegangan orang Melayu dah dihapuskan oleh orang jahat nie..

    err orang jahat tu siapa mummy?
    Nizar ke Najib hehehe

    ReplyDelete
  19. mummy tak yah cerita politik lah. buat blog masak memasak lagi baik.

    ReplyDelete
  20. mummy..mummy...rumah kata pergi ,kubur kata mari...buat blog cerita pasal agama lagi bagus...kami tak sembah sultan,kami juga tak takut sultan...kami cuma sembah Allah yang satu...kami cuma takutkan dan teramat-amat takut pada kemurkaan Allah yang satu....Subhanallah...

    ReplyDelete
  21. salamz semua pengomen

    alhamdulillah semua semakin celik

    terpulanglah nak ikut sapa
    sama ada pakatan rakyat atau bn
    semuanya orang malaysia bukan orang asing
    semuanya nak maju
    nak berkhidmat

    muhasabahlah diri..
    tak semua yg kita anggap betul tu mmg betul..
    tak semua yg kita anggap salah tu.. salah

    guna akal
    berdoalah moga kita x tergolong dari manusia munafik..
    yg salahkan org lain sedangkan diri sendiri..
    entah lahhhhhhhhhhhhh

    zulaikha

    ReplyDelete
  22. Ye..le.. Mummy jom kita tukar blog buat cerita resepi, fesyen, macam mana nak mantain muda, berseri-seri, awet muda, petua-petua jaga rumah tangga. Lagi syok kan. Dari membebel pasal fakta politik yang Mummy sendiri tak reti. Macam anak saya yg terkia-kia belajar matematik dlm bahasa org putih. Nasib baik baiklah mak dia ni lulusan U. Dpt juga membantu. Kalau kena yg mak tak sekolah dulu, meloponglah si anak tu.

    ReplyDelete
  23. penulis blog pecacai UBN.
    menulis kerana mengampu/bodek/cari makan itu ciri2 blogger MUMMY ROKIAH.
    2 x 5 mcm SUK Perak

    ReplyDelete
  24. Mummy..
    depa semua dah tak kisah ada Sultan atau tidak..depa dah tak kisah ada ketuanan melayu ke tak..sebab?mereka dah rasa mereka cukup kuat dengan pangkat hebat serta gaya hidup urban ala barat!lagipun ramai jugak kerabat-kerabat diraja yang dah hidup tak serupa Melayu Islam..jadi siapa yang rugi akhirnya?melayu!sapa yang bijak?Cina jugak..boleh takluk dengan kuasa ekonomi..orang melayu ada kuasa politik pun berebut-berebut!
    sedeylah..

    ReplyDelete
  25. untuk mencelikan mata nenek sila lihat link ini http://4.bp.blogspot.com/_bjpMJIU6Drs/SgOxlPZycrI/AAAAAAAABAA/HiXMY6G4fT0/s1600-h/akhbar+hina+raja.jpg

    mengimbau kemabali nostalgia dahulu mengenai siapakah petualang yang sebenarnya.

    kami generasi muda tidak mudah tunduk dengan rejim UMNOBN, ingat generasi muda sekaranglah yang menyebabkan UMNOBN tersungkur pada PRU12 dahulu, dan kami akan lakukan semula pada PRU13 ini, sebabnya kami mahukan perubahan 100% dan bukan cakap2 skima dan janji2 kosong sahaja.

    -Bakal wakil rakyat yang merakyat-

    ReplyDelete
  26. anak kecil main api
    terbakar hatinya yang sepi
    air mata darah bercampur keringat
    bumi dipijak milik orang

    well.... selama 50 tahun PR tak pernah perintah Malaysia. tapi macamana yg boleh jadi bumi dipijak milik orang ni? UMNO dah gadai kat siapa bumi yg kita pijak ni? ish .... jahat sungguh UMNO ni

    ReplyDelete
  27. Satu saja soalan bodoh bangat untuk mummy, tolong jawap.

    "Apakah peranan Raja dan Sultan kepada Rakyat selama ini?" tolong jawap.

    Kalau setakat menjadi simbol orang melayu dan dapat elaun hasil dari cukai rakyat nak buat apa? tiada peranan dalam membantu rakyat. Setakat rasmi upacara sana sini, bagi ucapan itu ini, ramai lagi yang berbakat.

    Buatkan saja tugu/patung raja/sultan kat depan muzium setiap negeri kalau ianya sebagai lambang dan simbol orang melayu.

    Ini abad ke 21, bukannya zaman Parameswara. Sesuaikanlah dengan zaman.

    ReplyDelete
  28. Kepada Anak Bajau Semporna,

    Awak ni seorang PENGAMPU BESAR, Suku kaum Bajau dari SEMPORNA sebenarnya orang PILIPIN. Malu besarlah engkau ni. KONONnya MELAYU... melayu hanyalah Penduduk yang tinggal di Semenanjung. Tak tau MALU punya orang

    ReplyDelete
  29. Apa yang hebat sangat tentang bangsa melayu?mummy rokiah sendiri tak mengiktiraf melayu.kenapa mummy gunakan gelaran"mummy"cuba letak gelaran mak,umi,opah atau tok wan.pr tak ada niat nak menghina raja atau sultan melayu mummy oooi,kalau mummy nak tau sapa yang menghina sultan tu umno.umno telah melucut kekebalan sultan umno lah punca sultan boleh didakwa kemahkamah.umno telah melucut kekebalan sultan dengan kerjasama orang melayu bebal yang menyokong umno.

    ReplyDelete
  30. pada muka orang melayu..kerana nak berkuasa..berkompromi dengan bagsa lain..bila dah lemah, bangsa lain mula tindas bangsa melayu.

    mahu tidak mahu..melayu kena balik kampung semula. tanam jagung.

    kalau melayu tu jaga melayu..dan melayu naik..sudah pasti melayu tidak takut pada bukan melayu.

    padan muka.

    ReplyDelete
  31. pengikut PR berhak meluahkan rasa tak puas hati terhadap segala dasar kerajaan yang mereka tek berkenan,tatapi mengeluarkan kenyataan berbau biadap terhadap Raja-raja Melayu adalah sangat dangkal.

    kepada saudara Sama Kota Belud,ternyata saudara buta sejarah.gugusan Nusantara adalah tempat melatanya rumpun Melayu.

    Melayu bukan di semananjung Malaysia sahaja,malahan Melayu di semananjung datangnya daripada gugusan kepulauan Indonesia,siam dan sebagainya.Umat Melayu telah melata sehingga benua Africa.

    mengikut sejarahnya kaum sama dikenali juga sebagai kaum Samal iaitu sub'etnik kaum pa'lau yang masih premitih dan hidup menetap di atas bot dangan menjadikan gugusan lautan nusantara segagai tempat penjelajahan dan mencari rezki.Etnik ini tadak beragama.

    saudara sama@samal@pa'lau barangkali bernasib baik dengan adanya UMNO di sabah telah memberi pendidikan kepada saudara sehingga dah pandai naik ke tanah darat dan jadi petualang juga macam puak PR yang lain.

    mengampu??? tidak sama sekali,tetapi sebagai warganegara Persekutuan kita kena menumpahkan segala taat setia sejati kepada Duli Yang Maha Mulia yang Di pertuan Agong.Duli Yang Maha mulia Yang Di Pertuan agong terdiri daripada Raja-raja Melayu.

    bajau semporna adalah rumpun Melayu itu fakta,kalau saudara engan mengakui kaum Sama@Samal@Pa'lau sebagai melayu berangkali ada asasnya,sebabnya antara ciri2 utama Melayu di Malaysia adalah islam dan Melayu di malaysia sepatutnya taat setia kepada Raja-Raja melayu.

    ReplyDelete
  32. Joe Penang says,
    Kesian sungguh. Melaka, Pulau Pinang dan Batu Putih tergadai ketika PR memerintah?
    Joe jgn lupa Singapura..... Sape yg bagi lepas? Ameno jugak.

    ReplyDelete
  33. anak bajau semporna said...

    "mengampu??? tidak sama sekali,tetapi sebagai warganegara Persekutuan kita kena menumpahkan segala taat setia sejati kepada Duli Yang Maha Mulia yang Di pertuan Agong".

    Orang ulu baru klue ke Town, bersemangat betul,.

    Macam Katak baru terlepas dari bawah tempurung.

    Dari gaya bahasa kita dah bole baca, die nie mcm mana orang nya..

    Kesian,orang sudah ke bulan berpuluh puluh tahun dolu,die baru dapat naik belon.,dah lupa diri ,merghoyan tak tentu hala.

    Itu lah kesan akibat minum Tuak yang haram di sisi agama.

    Pegi basuh muka,dok diam diam dalam hutan sana.

    ReplyDelete
  34. indraputra80.

    nak psaiko kunun,amatur betul!

    ReplyDelete
  35. WOI BODOH!!!!

    MELAYU MMG BODOH!!!!

    MASUK U BLAJA LAGI DAPAT WANG TAPI SMUA BODOH2.

    Kita orang dapat 10% shj tapi totally score. Melayu Bodoh

    ReplyDelete
  36. salam mummy,
    setuju sangat dengan pandangan ikhlas mummy tu cuma sedih melihat nasib bangsa yang berada di hujung tanduk apabila nafsu politik begitu menguasai diri, saya tela menulis di dalam blog saya bertajuk 'berhentilah berperangai iblis dan binatang' kalau ada masa baca lah.. apapun kita berkongsi keresahan yang sama
    terima kasih

    ReplyDelete
  37. Apa ceritapun saya tetap dengan melayu!!!! Lain bangsa ta mainlah!!!

    Mummy, bagi ANAK DARA MELAYU SATU!!!

    ReplyDelete
  38. Macam ini pula orang Melayu gadung. Biarlah kamu gaduh-gaduh. Biar DAP menang dan kamu semua me"Layu".

    ReplyDelete
  39. asokong Raja Melayu mesti dipertahankan.
    Raja Melayu mestilah orang MElayu.
    Bini raja MElayu juga mesti orang MElayu.
    Isteri Raja Melayu juga mesti mengamalkan adat dan budaya Melayu ISlam dan bukan Melayu Hindu.
    Raja MElayu kena cakap Melayu.
    Raja Melayu kena makan makanan orang MElayu dengan tangan bukan bergarpu.
    Raja MElayu mesti beragama Islam.
    Raja MElayu mesti mendaulatkan ugama Islam dan bukan menghina ugama ISlam.Raja Melayu mesti bertindak mengahpuskan segala budaya Melayu Hindu dan menghina Islam.
    Raja Melayu Mesti solat di mesjid dan menjadi imam setiap solat berjemaah.
    Raja Melayu mesti mengetuai solat tahajud dan program di mesjid dan program yang diharamkan Islam di Malaysia mahupun luar negara.
    Untuk menjadi Raja Melayu, ISlam mesti didahulukan dari segala budaya Hindu dan kafir yang lain.
    Perpaduan Melayu mesti berasakan Islam yang bermula dari keluarga Islam sehingga masuk ke liang lahad.
    Raja Islam mesti mempertahankan hak umat Islam di negeri-negeri Melayu dengan menghalang perkara haram dari terus menjadi budaya masyarakat Melayu.
    Akhir sekali kalau sudah Melayu dan sanggup menjadi imam kepada masyarakat Islam, raja MElayu yang beragam Islam ini akan terus kekal.
    Kalau mahu terus dengan budaya hindu maka raja Melayu ini akan menjadi bahan arkib macam raja Hindu Sri Vijaya, Mataram dan Majapahit.

    ReplyDelete
  40. aku sokong mummy, kita UMNO kuat so jgan takut denga PR..Bubarkan aje DUN PERAK tu..baru depa tau langit tinggi ka rendah...

    ReplyDelete
  41. KAH KAH KAH

    MAMI, KAMI GENERASI MUDA NI DAH MUAK NGAN SISTEM YG ADE...

    ASIK DOK PUTAR BELIT NAK BAGI LAMBANG KERIS NI NAMPAK BAGUIH...

    SEPERTI MANE YG TIONGMAN,ANON 8:30 A.M CKP DAN LAIN2 TULIS, ADE BETUL NYE JUGAK....

    DEN PON PNAH DGR CITER2 YANG TAK BAPER ELOK PSL SULTAN2 ATAU RAJA2 KAT NEGARA NI...(TAK SUME LA...)

    KATE SIMBOL AGAMA ISLAM, TAPI NAPE ADE CITER2 YANG TAK BAGUS BEGITU?

    HAIYA....

    DRPD BER AMIRKAN MEREKA, LAGI ELOK NEGARA NI DITUKARKAN SISTEM JADI REPUBLIK...

    CUKUP LA PROPAGANDA KITE KEHILANGAN KETUANAN...YG TAMAK DAN TIKAM BELAKANG, BANGSA MANE YG PALING RAMAI WAT...

    YG DENGKI, GUNE SANTAU, BANGSA MANE YG SUKE WAT....

    ReplyDelete
  42. Orang Melayu tidak belajar dari sejarah kejatuhan empayar Melaka
    watak Kitul dan Raja Mandaliar muncul kembali
    Semangat ketam didalam bakul muncul kembali biar orang lain berjaya jangan anak ketam yg berjaya sudah....
    Melayu perlu berubah jgn terlalu banyak makan nasi lemak , goring pisang ,cencaluk , belacan dan budu
    Melayu kena mula makan pasta , dgr lagu opera dan classic waltz
    Minda melayu perlu diubah DNA perlu di rombak ....

    ReplyDelete
  43. Ayuh bangsaku kaum Cina teruslah berjuang sampai kita berkuasa di Malaysia.Orang Melayu sudah lemah dan berpecah ,inilah masa kita berjuang dan bersatu.Kita pupuskan Melayu seperti di Singapura dan Pulau Pinang.Lim Kit Siang agung gua.

    ReplyDelete
  44. bangsa lain berpolitik untuk kebaikan bangsa mereka. Melayu berpolitik untuk memusnah melayu...

    melayu celaru...

    melayu keliru...

    melayu haru bru...

    ReplyDelete
  45. sebab mabuk kuasa,
    melayu sokong cina,
    melayu sokong india,
    akhirnya melayu lara...
    melayu jadi barua...
    menjadi barua...
    terjadi barua...
    kah kah kah...

    ReplyDelete
  46. Say 'NO' to Politik Tempoyak Perak
    Bubarkan dun jer.
    Jadi jadi lah

    Ahli UMNO Perak

    ReplyDelete
  47. mmg kalau nak kata umno 2 berjasa pada malaysia tu memang ada. xdinafikan lah. lrt, klia, litar sepang, bangunan pencakar langit. tapi kita kena ingat. segala projek yang ada ni, ideanya bukan datang dari pemimpin umno tetapi dari mereka - mereka yang telah merantau ke luar dan cuba membawa projek itu ke malaysia dan tanpa bantuan dari kerajaan, xjalan jugak semua ni. dulu rakyat nampak wah umno membawa kemajuan pada rakyat tapi sekarang rakyat dah nampak patutla, dia nak bagi kat kroni dia control. itu bezanya. kalau projek itu nak beri pada kroni xpa tetapi biarlah dengan jumlah wang yang digunakan itu munasabah. projek sejuta jd 10juta. mana rakyat xmarah.

    ReplyDelete
  48. Salam tuan,

    Saya mengalu-alukan sebarang komen dari semua pihak tidak mengira fahaman. Namun biarlah konstruktif dan tidak lucah atau fitnah dan melulu

    http://penpusaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  49. salam Mammy..

    teruskan mengingatkan anak bangsa bukan untuk mencari sangketa tatapi demi keutuhan perpaduan negara bangsa.

    tarikh hari ini perlu ditafakur sejenak,betapa andainya kita tak bersatu dan lemah maka sejarah telah membuktikan akibatnya.

    tarikh hari ini bukan disingkap untuk mengapi bara dendam,tetapi perlu dikenang anak bangsa untuk pedoman dan sampadan.

    walaupun peristiwa 1969 itu aku belum lagi ujud di dunia ini dan mengatahuinya sekadar melalui lembaran dan helaian buku-buku sejarah tetapi kesannya patut dan perlu direnungi.

    orang2 melayu mungkin tak perlu melahirkan ketangkasan buah2 silat penglina Daeng Kuning (orang Taiping tahu siapa penglima Hitam gagah ini)tetapi melayu perlu mewarisi samangat pejuang2 tulin seperti beliau dalam memperjuang kelangsungan bangsa.

    blog ini ramai insan2 di luar sana yang melawatinya,teruskan berhujah,hujahan Mammy telah mendapat perhatian.pasti penentang ada di mana2,tetapi pencinta bangsa,pejuang bangsa masih ramai dan masih belum bersuara dan juga berada di mana2 ceruk bumi tercinta ini.

    sekian.

    ReplyDelete
  50. ketawa betul aku dengan fakta sejarah bajau pilipin semporna ni,kononnya gagasan nusantara ni keturunan melayu tetapi bila suku kaum Dusun jadi KM Sabah, dikatakanlah pula HILANG KETUANAN MELAYU. Saya nak Tanya kau Pilipin Semporna KOMANDER ROBOT @ ABU SAYAP yang mempunyai PASSPORT Malaysia tu Sepupu kaukah? Kami Sama Kota Belud tiada seorangpun yang mempunyai pertalian darah (Saudara di PILIPIN) tetapi Bajau Semporna rata rata MEMANG ASAL PILIPIN.

    ReplyDelete
  51. Perlukah Raja-raja Melayu dikekalkan? Apakah peranan dan fungsi Raja-raja Melayu di Malaysia? Apakah itu Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen amalan negara kita? Siapa Melayu mengikut perlembagaan? Apakah itu hak-hak istimewa orang-orang Melayu sebagaimana digariskan dalam Perlembagaan Malaysia?

    Tabii manusia: Manusia akan lebih menghargai kebaikan dan kelebihan setelah ianya hilang dari genggaman. Keunggulan dan kejatuhan sesuatu bangsa itu terletak ditangan bangsa itu sendiri.Bersesuaian dengan firman ALLAH: " Tidak berubah nasib sesuatu BANGSA itu melainkan BANGSA itu sendiri mengubahnya". ALLAH menggunakan istilah BANGSA.

    Jatuhnya Bangsa Melayu akan hanya berlaku jika Bangsa Melayu sendiri merelakan bangsanya jatuh. Fikirkanlah. Cabaran terhadap bangsa Melayu terlalu hebat. Hanya dengan kesatuan yang kukuh dapat kita menghadapinya. Berpecah belah sesama sendiri akan hanya memudahkan Bangsa Melayu dikalahkan.

    ReplyDelete
  52. PERGERAKAN RAKYAT – MIN YUEN

    Parti Komunis Malaya telah di tubuhkan pada April 1930. Matlamat utama mereka ialah menubuhkan kerajaan republic komunis di Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya telah meluaskan pengaruhnya melalui sekolah-sekolah Cina, persatuan-persatuan Cina, Kesatuan-kesatuan Sekerja dan penerbitan majalah Cina.

    Parti Komunis Malaya berjaya mendapat sokongan daripada rakyat khasnya orang-orang Cina dan segelintir orang Melayu setelah melancarkan ‘MIN YUEN’ yang bermaksud ‘Pergerakan Rakyat’. Parti Komunis terlebih dahulu telah mengabui pihak Inggeris dengan menetang pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu. Maka dengan itu pihak Inggeris telah mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai parti yang sah.

    Pada 19 Jun 1948, seluruh Tanah Melayu diistihar DARURAT apabila Parti Komunis Malaya memulakan tindakan revolusi bersenjata. Mereka menggunakan taktik gerila. Selain dari tindakan bersenjata, mereka cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.

    Kemuncak kepada keganasan ini ialah pembunuhan Sir Henry Gurney. Inilah kejayaan yang paling penting kepada Parti Komunis Malaya. Antara nama-nama penting dalam Parti Komunis Malaya ialah Chin Peng, Rashid Maidin dan Abdulah CB.

    Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya. Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

    Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

    Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

    Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

    Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.

    Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

    Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

    Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

    Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

    Rashid Maidin atau Rashid Mydin (10 Oktober 1917 - 1 September 2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya. Rashid dilahirkan di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak. Gunung Mesah terletak di tepi jalan utama antara Gopeng dengan Ipoh. Di sini ada perkampungan Melayu yang dipenuhi rumah-rumah papan dan sekarang bertukar kepada rumah batu separuh.

    Pada tahun 1939, ketika berusia 22 tahun, Rashid bertemu dengan Tu Lung Shan yang ditugaskan mencari ahli baru PKM di Tanjung Tualang. Kumpulan pimpinan Tu ditugaskan oleh pihak parti untuk menganjurkan aktiviti di kawasan sekitar Tanjung Tualang. Pada masa itu, Tu Lung Shan baru berusia 17 tahun dan Perang Dunia Kedua sudahpun bermula di Eropah yang menyaksikan tentera Jerman menyerang Poland.

    Pada mulanya, Rashid menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian diharamkan oleh kerajaan British kerana dituduh berhaluan kiri dan menentang British secara menyeluruh.

    Rashid menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1941 sejurus sebelum pendudukan Jepun dan menjadi ahli jawatankuasa pusat PKM dan kemudiannya memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang. Rashid telah berkahwin dengan gadis Cina pada perkahwinan yang kedua.

    Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara

    Fenomena politik hari ini, orang-orang Melayu sekurang-kurangnya kena berfikir sejenak, mengimbas sejarah, kaji sejarah dan belajar kesilapan orang-orang Melayu yang lalu. Setelah 41 tahun barulah PKM dapat di hapuskan. Tetapi kita kena harus ingat, benih-benih keturunan masih lagi wujud. Benih-benih perangai Komunis masih wujud.

    Berbalik kepada senario politik yang berlaku hari, tidak mustahil MIN YUEN akan berlaku. Bandingkan apa yang berlaku hari ini. Apa bezanya pakatan rakyat dengan pergerakan rakyat ? Jika positif ke arah kemakmuran negara dan ketuanan Melayu terjamin, ALHAMDULILAH. Tetapi jika ianya berlaku seperti PKM, di mana kedudukan Melayu ketika itu.

    PKM berjaya mengabui agenda utama mereka. British pun tertipu dan memberi anugerah kepada Chin Peng. Tetapi niat sebenar tidak terpadam. Apakah kita akan terpedaya lagi dengan helah yang sebegini. DAP yang terang menentang negara Islam, apakah umat Melayu akan di lindungi jika mereka menjadi pemimpin kita.

    PKM hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah negara tanpa Raja. Di Negeri Perak sudah nampak dan jelas penentangan terhadap Raja. Iaitu dengan tidak mengiktiraf dan menghormati Raja. Jika mereka mengiktiraf keputusan Raja, kekecohan di Perak tidak akan berlaku.

    Kelantan apa asasnya ialah sebuah negeri Melayu yang Melayu bersatu. Kenapa tiada bangsa lain berebut-rebut hendak bertanding di Kelantan? Tak kisah samada rakyat Kelantan menyokong PAS atau UMNO, pentingnya di sini Melayu Kelantan bersatu (walaupun tidak 100%). Kekuatan Melayu Kelantan nampak jelas. DAP, MIC, MCA atau mana-mana calon bukan Melayu dari PKR, PPP dan Gerakan tidak berebut pun kerusi di Kelantan.

    Kalau ini berlaku di seluruh negeri-negeri Tanah Melayu, percayalah bangsa lain tidak sewenang-wenang berani mempertikaikan hak-hak Melayu dan Raja-Raja Melayu. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum, tolak ansur mesti wujud antara kaum. Salahkah jika pembahagian sesuatu melebihkan orang Melayu? Melayu sebagai tuan tanah tidak salah untuk mendapat lebih. Walau apa hujah sekali pun, kaum-kaum lain adalah kaum pendatang. Ini asas yang perlu di ingat dan bangsa bukan Melayu tidak pun tertindas pun di Malaysia. Ada mereka di sekat untuk mencari rezeki dan menambah kekayaan? Sejarah tidak menipu. Cuma hari ini kita nampak mereka sudah lupa dan cuba untuk menguasai politik.

    maksubee.blogspot.com

    ReplyDelete
  53. Tun mengurangkan kuasa/imuniti Raja demi untuk Raja/Sultan di hormati. Kaji dan selidik betul-betul kenapa tindakan ini di ambil?

    Berbalik kepada komen Joe Penang,
    Anuar Ibrahim dalam ceramah kempen pilihanraya kecil Bkt Selambau pun nak hapuskan DEB.

    DEB kerajaan mana yang rancang? Ada kenyataan Najib hendak hapus DEB?

    Adakah belajar Sains dan Matematik dalam BI akan hilang keMelayuan. Jgn lupa Nabi berkata belajarlah hingga ke negeri cina. Dlm konteks ini, kalau kita nk p belajar kat Cina. Bahasa apa yang perlu kita pelajari dulu? Kalau kita belajar kat cina Malaysia pun, kalau kita tahu bahasa mereka amat mudah bagi kita hendak pelajari dari mereka.

    Selama 52 tahun UMNO menunjangi pemerintahan Malaysia, kedudukan Melayu telah terjamin. Cuma akhir akhir ini politik kita menjadi tidak stabil.

    Harus faham Agama Islam boleh jadi bkn lagi agama persekutuan jika 2/3 dari Ahli Parlimen setuju.

    Chin Peng = Ngeh
    Rashid Maidin = Nizar.

    Fikirlah agenda DAP.

    ReplyDelete
  54. salam Mammy..sorry masih lgi mengetuk di ruangan ini.maaflah terkaluar sedikit daripada perbincangan asal di sebabkan ada pembahas di sini yang terus mengekori dan masih tak tahu asal usul bangsanya.Berikut adalah penjelasan kajian profesional untuk saudara sama KB.

    ASAL USUL BANGSA BAJAU
    THURSDAY, 10. MAY 2007, 17:38:42
    Lazimnya, apabila disebut Bajau, kita segera terbayang bahawa ia adalah suku bangsa yang mendiami kepulauan Filipina Selatan serta penduduk pribumi Sabah.

    Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara – dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara.

    Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

    Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik1. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

    Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Pala’u (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Pala’u tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka. Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Pala’u sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.

    Daripada segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 subdialek bahasa Bajau.

    Kini masyrakat Bajau terpencar-pencar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

    Mayarakat Bajau dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies oleh penjajah atau penulis-penulis Barat dan nama itu kekal menjadi rujukan pihak-pihak tertentu hingga ke hari ini. Bagi masyarakat Bajau itu sendiri mereka menamakan bangsa mereka sebagai bangsa Samah dan daripada perkataan Samah itulah terbit nama bahasa mereka iaitu Sinamah.



    Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.

    --------------

    1Sejarah Ringkas Bahasa Melayu dalam Nik Safiah Karim et.al (2002): Tatabaha Dewan, Kuala Lumpur: DBP

    saya juga menasihatkan saudara sama KB kalau nak terus persoalkan tentang ini sila buka blog sendiri.jangan kita berdebat tentang isu yang tidak berkaitan dalam blog orang.malu kita orang sabah.Kita dari asal yg sama,sabah perlukan belia hebat dan berani macam saudara tetapi gunakanlah dengan bijak keberanian dan kehebatan itu.

    berikut adalah bait2 pantun dalam bahasa sama KB.saya dengan rendah hati memberi penghargaan kepada saudara sama KB untuk menterjemahkan kepada semua pembahas yang berkunjung ke blog mammy ini ke dalam bahasa Melayu.Silakan.semoga saudara sama KB sedar sama dan bajau itu (sama sahaja alirnya oleh itu nada kita tak boleh kedengaran berlainan.kita kena bersatu suara dan hati.

    “SAGING PINAWAR”
    Saging pinawar tungkul ni pahit.
    Gulai endoku diom Kuali.
    Tuah Datuk Seri Mohd.Najib oyo barakat.
    Manang melulu ya tagal niundi.

    Gulai endoku diom Kuali.
    Peluhuk mangan dinakan susah.
    Najib ngantanan Perdana Menteri.
    Dong tekelipat jomo nang Sabah.

    Peluhuk mangan dinakan susah.
    Idahan,Samma engko Ilanun.
    Amun Najib banah delah ni gagah.
    Dong pebirin jomo matai ngeremun.
    .
    Idahan Samma engko Ilanun.
    Teposok Bisaya,Rungus engko Murut.
    Datuk Seri Mohd.Najib buli meruhun.
    Dong ghaai serebbut rebbut

    Teposok Bisaya,Rungus engko Murut
    Dong tekelipat Berunai,Suluk dan Kedayan.
    Betutur bana bana dong ngalimut ngalimut
    Ngakal,mangan suap dong niamalan.

    nukilan:
    Tuan Hj.Mastun Abas. (orang KB)
    pantun khas untuk PM.

    ReplyDelete
  55. 1. BERITA TERKINI: “DIALOG ANTARA DSAI DAN DATO NAJIB, SOON TO BE PM OF MALAYSIA ”
    ===============================================================================
    ANWAR KATA “MATI LAH AKU.
    SIAL BETUL! CEPAT SANGAT JULY 2009.
    KURANG-KURANG NAK KENA 15 TAHUN.
    DOLAH TOLONG JANGAN LETAK JAWATAN MARCH INI.
    MATILAH AKU DOLAH KALAU KAU LETAK JAWATAN MARCH INI.
    NAJIB MESTI KETAWA BESAR
    DOLAH TOLONG DOLAH. SORRY NUWAR PADAN ENGKAU PUNYA MUKA. SORRY AKU TAK BOLEH TOLONG SEBAB AKU PUN ENGKAU MAIN.
    SIAL, AKU INGAT ENGKAU KAWAN AKU RUPA-NYA ENGKAU KHIANATKAN AKU DOLAH.
    JAHANAM PUNYA DOLAH.
    SIAPA LAGI YANG AKAU BOLEH MINTA TOLONG? YES, NAJIB,
    NAJIB CAN HELP ME. TRY MY LUCK.
    NAJIB, NAJIB, SELAMA INI AKU TELAH BANYAK MENYUSAHKAN ENGKAU. AKU MINTA AMPUN DAN MAAF DI-ATAS SEGALA KESALAHAN DAN DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN TERHADAP ENGKAU DAN ROSMAH.
    “SYUKUR LAH ANWAR ENGKAU TELAH INSAF. AKU DAN ROSMAH MEMAAFKAN ENGKAU. SUDAH LAH ANWAR JANGAN MENANGIS ITU SMALL MATTER.” NAJIB, AKU BERJANJI DAN AKU BERSUMPAH YANG AKU TIDAK AKAN MEMFITNAHKAN ENGKAU DAN ROSMAH LAGI DAN JUGA BERJANJI TIDAK AKAN MENGANGGU ENGKAU DENGAN ROSMAH LAGI. AKU SUMPAH NAJIB. “OK NUWAR PROMISE..” I PROMISE YOU NAJIB. “ALRIGHT”.
    NAJIB NAJIB BOLEH TOLONG AKU TAK. “TOLONG APA NUWAR? CAKAP LAH MUNGKIN AKU DAPAT TOLONG ENGKAU”. KALAU ENGKAU TOLONG AKU. AKU JANJI NANTI AKU TOLONG ENGKAU.
    “NUWAR APA YANG BOLEH AKU TOLONG? APA TOLONG BEBASKAN ENGKAU. NUWAR MACAM MANA AKU NAK TOLONG DAN BEBASKAN ENGKAU? DULU MUNGKIN BOLEH SEKARANG BANYAK SUSAH KERANA
    BADAN KEHAKIMAN TELAH DI-BEBASKAN OLEH KAWAN ENGKAU SI-DOLAH. AKU TIDAK ADA KUASA ATAS MEREKA SEMUA, SORRY NUWAR AKU TAK DAPAT BANTU”. SIAL PUNYA DOLAH.
    “AMACAM NUWAR, SEKARANG BARU ENGKAU TAU BUSOK-NYA KAWAN ENGKAU SI-DOLAH”.
    SIAL PUNYA DOLAH ENGKAU MAINKAN AKU ‘RUPA-RUPA NYA RANCANGAN AKU BACKFIRE RUPA-NYA.’
    NAJIB TOLONG LAH AKU NAJIB KESIANKAN AKU NAJIB. AKU SEMBAH ENGKAU NAJIB.
    NAJIB TOLONG LAH NAJIB, CAKAP APA AJE YANG ENGKAU HENDAK AKU AKAN ADAKAN. DUIT? AKU ADA TUJUH KOTAK, MASIH INGAT “TUJUH KOTAK ” TAK PERCAYA TANYA EZAM POKOK-NYA ENGKAU TOLONG AKU.
    “BETUL KE NI NUWAR, SUSAH AKU NAK PERCAYA JANJI ENGKAU NI SORRY LAH NUWAR AKU
    INGAT ENGKAU MINTA TOLONG “UNCLE SAM” AJE LAH. ENGKAU-KAN KAWAN BAIK DIA”.
    ALAMAK NAJIB THANKS MAN, NASIB BAIK ENGKAU INGATKAN AKU “UNCLE SAM”.
    NAJIB TOLONG AKU SIKIT BOLEH?. “TOLONG APA NUWAR?”.
    ENGKAU TOLONG TEL. SI-HISHAMUDDIN RAIS KATAKAN PADA DIA AKU SURUH DIA JUMPA
    “UNCLE SAM” PUNYA CONTACT MAN. “ALAMAK NUWAR INI KERJA BAHAYA NI. NUWAR SORRY-LAH,
    AKU TAKUT NUWAR AKU BARU NAK JADI PM KERUSI PUN BELUM PANAS LAGI. AGGGH OK BARU AKU TERINGAT, SIAPA NAJIB? SI-KHAIRY,” YES! KHAIRY, NANTI AKU SURUH DIA JUMPA SI-HISHAMUDDIN RAIS, KAN DIA DATANG DARI SATU NEGERI, BETUL NAJIB.
    NAJIB, ENGKAU NI BETUL-BETUL BEST PUNYAI KAKI DAN MANUSIA YANG HATI BAIK.
    YES!, HISHAMUDDIN RAIS IS MY POINT MAN, BARU AKU TERINGAT. TOLONG NAJIB SURUH SI-KHAIRY BILANG SI-HISHAMUDDIN RAIS “TO ACTIVATE”.
    THANKS NAJIB. NOW I KNOW “THE MAN WHOM I THOUGHT WAS MY ENEMY IS IN FACT
    MY FRIENDS AND THOSE THAT I THOUGHT MY FRIENDS ARE IN FACT MY ENEMY”
    SEKARANG BARU AKU TAU SIAPA SEBENAR-NYA SI-DOLAH.
    TAK SANGKA RUPA-RUPA NYA DIA KHIANATKAN AKU.
    “ADA APA-APA LAIN NUWAR?” TAK DE NAJIB, THANKS..
    “ALL THE BEST TO YOU ANWAR” AND YOU TOO NAJIB.
    NAJIB, MY WISH IS THAT “YOU BE A GOOD PRIME MINISTER OF MALAYSIA.”
    MAY GOD BLESS YOU NAJIB AND SENT MY SALAM TO ROSMAH AND NOT FORGETTING MY
    MASTER, TUN DR. MAHATHIR MOHAMMED AND TUN SITI ASMAH AND MAY ALLAH BLESS
    THEM TOO. BYEIIIIIIIIII…….

    ReplyDelete
  56. aduhh bosan betol dgn masalah melayu yg bermacam2 ini. Dah berpuluh tahun masalah melayu-melayu x habis2 bercakar sana sini, dari pemimpin sampai la ke mat rempit. Cubala fikir apa masalah yg wuud di Malaysia ini tiada penglibatan orang2 melayu?

    Orang lain kat luar negara dah mengatasi masalah perkauman lama dah wehhh. Tak ada masalah racism, tgk amerika presiden pon dah dari orang kulit hitam. Apa nk ditakutkn nyer ... bukan kuasa presiden paling berkuasa dalam dunia ini, Allah SWT paling berkuasa atas segala ciptaannya.

    Celikla minta umat Islam di Malaysia harap2 belum terlambat macam. Takut2 Allah SWT hantar bala aje kat Malaysia ni nnti seperti di Acheh. Subhanallah.

    ReplyDelete
  57. assalamualaikum..
    hai mami rokiah, sya nk minta izin nk "copy" n "paste" artikel ni kt blog saya utk tatapan pelawat di luar sana. jika mami izinkan tgglkan msg di shoutbox sya ok.

    ReplyDelete
  58. nizar dan ngeh = komunis?
    haha
    boneka DAP?
    haha
    lucu pemikiran orang2 umno.
    nak malaysia jd republik?
    aku nak.
    bajau nak bersultan?
    ambiklah..pilihlah sultan yg berkenan di hati.
    melayu penang terpinggir?
    atau sendiri meminggir diri menjadi mat rempit?

    biarkan la pengundi2 saluran 1 ni..tak lama dah tu.
    nak perbetul pun dah kematu.

    ReplyDelete
  59. Mummy,
    Adalah lebih baik pendedahan ini dilakukan sebelum pilihanraya supaya Najib tidak memilih calun yang silap mewakili UMNo atau BN dalam PRU13.
    Mereka yang kena batang hidung mestilah sedar diri bahawa mereka tidak layak untuk mewakili rakyat.
    Jangan ingat apabila jadi ketua bahagian depa automatik layak jadi ADUN atau Member of Parlimen.
    Kami pemuda penat dok gantung poster muka calun-calun yang rasuah dan taik betina(maaf mami kasaq sikit).
    Bila nak pertolongan kami lembut gigi dari lidah.
    Bila dah menang jadi wakil rakyat, minta bola sebiji pun mengeliat..
    Wakil rakyat PKR langsung laaa...hidung pun tak nampak.

    ReplyDelete
  60. Salam mummy Roky,
    Saya masih x paham beberapa perkara:-

    - Apa kepentingan Raja Raja Melayu kat Orang Melayu ya!
    - Apa yang sangat dijaga oleh Raja Raja Melayu sehingga Orang Melayu tidak tercacat dan terpinggir dibumi sendir!
    - Kalau institusi raja nie x de tak boleh ke?
    - Dalam masa yang sama pula UMNO dikatakan parti yang hanya boleh menjaga kepentingan orang MELAYU....parti lain x boleh ke jaga kepentingan orang melayu?

    ReplyDelete
  61. Amir,
    Singapore is the best example for your reference.

    ReplyDelete
  62. Apalah anak bajau semporna dan anak sama ni..ni blog sal melayu pn korang nk masuk campur ka?sy ni org sabah etnnik bajau dlm ic bajau surat branak pun bajau. jadi tiada istilah melayu dalam sebarang identiti sy. Bajau semporna yg btul2 asli (yg memang menetap di tongtulun-nama asal semporna- sejak ratusan tahun lalu memang asal sana tidak lah mereka berasal dari filipina. Harus diingat bajau juga terdapat di selatan filipin yang hanya tertumpu terutamanya di gugusan pulau-pulau selatan bersempadan laut dengan Malaysia(selebihnya kaum tausug/suluk hingga ke mindanaoi/basilan).

    Memang dari segi bahasa bajau pantai barat dan timur agak berbeza, kerana mungkin faktor persekitaran mereka di mana bajau kb banyak meminjam suku2 kata etnik berhampiran mereka terutamanya irranun dan brunei. Bajau semporna pula hampir pastinya meminjam banyak suku kata dari kaum suluk, hinggakan seolah-olah hampir sama sahaja bahasa mereka, namun sebenarnya berbeza, terutamanya dari segi kata-kata asas/dasar/ kata kerja/bilangan yang masih -mengekalkan ciri-ciri bajau. Oleh sebab itulah bajau semporna amat memahami pergaulan kaum suluk tapi orang suluk tidak memahami bajau. Tarian bajau semporna yang dikenali sebagai daling-daling dan pakirin itu sebenarnya adat suluk yang dipijam oleh bajau sejak ratusan dahulu sehingga sekarang.

    Bajau semporna jika bertemu sesama mereka tidak akan memperkenalkan mereka sebagai bajau, tetapi `sama`. Begitu juga apabila mengajak untuk berbual, mereka akan mengatakan `ngerling sama ` (cakap bajau) bukan `ngerling bajau`. Tradisi nenek moyang mereka juga mengatakan mereka berasal dari sbuah tempat yang jauh (dari kawasan riau selatan singapura) dan datang ke borneo kerana menemani pendakwah islam ke kepulauan sulu).

    Apa yang berlaku sekarang bajau semporna seringkali dikaitkan dengan pilipin kerana terdapatnya serpihan suku bajau di sana, dan dianggap berasal dari sana.

    Dan bajau itu bukan melayu
    tidak juga bersultan melainkan orang sulu
    bajau adalah bangsa bebas hidupnyua cuma di laut (bajau pala`u)dan sesekali ke darat, dan ada yang terus menetap di darat (bajau pantai darat) , dan ada juga yang sering kali ulang alik ke darat dan laut (bajau semporna).

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi maklumat lanjut berkaitan bajau laut ka terutama yang tinggal di lahad datu. terima kasih

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.