Perhmpunan Agung UMNO yang lepas ibarat gelanggang pak
lawak, badut dan pelakon. Penuh dengan toyol yang sedang menikmati harta samun.
PAU ini juga diguna sepenuhnya membodek ketua seolah-olah
ini lah matlamat asal UMNO menyimpang terus dari berjuang untuk orang-orang
Melayu dan Islam kepada berjuang untuk ketua yang sarat dengan penyelewengan.
Pauk-puak pmbodek ini pada hakikatnya mereka sedar bahawa
najis ketua mereka semakin membusuk maka tidak salah untuk memberi nafas
terakhir sekadar membodek dengan upahan yang lumayan.
Yang sebenarnya kerja mereka
sangat mudah kerana untuk menyungkurkan ketua mereka, mereka tak perlu susah
payah. Kerana kerja-kerja ini sedang dilakukan oleh Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz
dan rakan-rakan di dalam parti baru PPBM.
Ahli UMNO di akar umbi dalam dewan PWTC pada hari itu juga sedar dan membisik
sesama sendiri bahawa mereka sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan atasan. Mereka tidak selera dengan hidangan maki hamun kepada bekas pemimpin Melayu. Inilah bijaknya
ahli UMNO di akar umbi memerdayakan ketua mereka. Di suruh makan mereka makan
disuruh sokong mesti ada habuannya.
Jiwa nurani dan cinta mereka kepada
pemimpin hebat Dr Mahathir yang banyak berjasa kepada orang Melayu sudah melekat dan tak mungkin dengan mudah
dipadam dengan maki hamun biar bersembur air lior Najib.
Apa ke tidaknya? Langut ke langit Nampak Mahathir, pandu
kereta Nampak Mahathir, berjalan di lebuhraya nampak Mahathir,
ronda-ronda di Kuala Lumpur nampak Mahathir, selam dalam air Nampak Mahathir, hantar anak ke universiti nampak Mahathir, tunai haji Nampak Mahathir,ke luar negara bertanya Mahathir, ke pejabat Najib
Nampak Mahathir malah lihat Najib nampak Mahathir.
Hakikatnya PAU yang lepas adalah gelanggang mempromosikan Dr
Mahathir dan secara langsung menghidupkan parti yang bakal mengambil alih
Kerajaan ia itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Langut2 tak nampak pun Mahathir masa tu sebab Mahathir duk dengan DAP. Kalau sokong Mahathir sepatutnya jangan Ke PAU, tapi ke konvensyen DAP!
ReplyDelete