Tuesday, May 26, 2009

Samarata. Samarasa

Kata Rais Yatim 1 : Tolak komunisme. Sentimen yang mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.

Kata Rais Yatim 2 : Rais cadang VIP tidak duduk selonggok dalam majlis. Susun atur majlis seolah-olah mendewa-dewakan VIP perlu dihentikan. VIP kerajaan perlu diajar bergaul dengan rakyat di peringkat akar umbi.

KOMEN:
Dalam ideologi komunis rakyat semuanya sama. Samarata, samarasa.

Protokol, birokrasi dan mengagung-agungkan pangkat, kuasa, harta dan darjat adalah tinggalan penjajah.

Gelaran-gelaran Sir, Lord, Datuk, Datuk Seri, Tan Seri, Tun dsbnya adalah warisan penjajah untuk memisahkan yang kaya dan yang miskin. Petani dan bangsawan.Yang bodoh dengan yang cerdik.

Dengan gelaran-gelaran Dato’, Tan Seri dsbgnya juga status Pariah pun akan gugur dengan sendirinya. Dan mereka bolih duduk sama tinggi dan sama rendah dengan warganegera lain khasnya Bumiputera.

22 comments:

  1. mummy oi, adakah konsep manusia sama rata dalam islam sama dengan ideologi komunis. jawapannya tidak. apakah mummy ingat konsep dan idealis komunis itu yang terbaik. Tidak. Adakah konsep yang dibawa PAS itu baik. TIDAK. Kita ni mummy kena tau beza yang mana baik yang mana buruk. Kalau Dato Rais nak ubah yang selama ini duk agung2kan VIP tu tak elok. Ok la tu. Janganpula orang nak berubah kepada yang lebih baik, kita duk tolak pula. Walau apa pun mummy, suku sakat PKM kita tak terima di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  2. Saudara ANON,

    Masaalahnya Di Malaysia ni kita terlalu mengagung agungkan VIP DAN VIP pun terlalu sombong dan bongkak,terutama sekali yang baru dapat gelaran Dato,Tan Sri,Datin,Puan Sri dll.

    Kalau tak sebut pangkat, gelaran dan nama dalam ucapan alu aluan muka depa jadi masam macam cuka getah.

    Anon, Malaysian always like to be pempered and over,kadang kadang nak termuntah tengok gelagat VIP.

    ReplyDelete
  3. He he..lawak la rais jambatan terbakar ni..lama ni mmg sungguh no VVIP ni orang kata idung tinggi, protokol macam2 , ada kelas tersendiri , pangkat bagai nak rak ..gelaran sampai nak sebut pun boleh tersasul..pingat sukan sampai pingat soltan2 nak kena sebut bila ada sebarang acara..panjang berjela..silap sebut vvip tarik muncong panjang..ish renti kan la yop oiii..

    elok la rais dan gerombolan oiii balik kg naik proton , kancil ka cuba2 round kawasan sundri..singgah warung2 kot rakyat boleh di PERBODOHKAN sekali lagi...dulu time umno kuat bukan main lagi tinggi jamboi bini...la ni coba la ..rakyat sedang menilai..

    ingat na...melayu baru merdeka 50 tahun lebih ..tapi tapi rakyat hilang haluan..

    Ingat Tun ghafar baba...alfatihah..

    ReplyDelete
  4. "One Allah, One Islam, One Vision"

    Islam menyuruh umat berlaku adil SAMBIL mengelak kezaliman. Takde pula ayat-ayat al-Quran menyuruh berpuak-puak dalam parti SAMBIL berpolitik!

    Komunis-me dan Demokerasi-ma tu semua istilah Roman Vampire tu, sedara mara Roman Alkoholik dan Roman Katolik.

    ReplyDelete
  5. macamlah bukan SAMA

    SAMA RATA SAMA RASA ni KOMUNIS memang keliru sikit kalau tak tahu konsep2 komunis.

    Sebab tu ramai gak orang Islam ingat SAMA konsep adil dalam Islam.

    Orang tak faham sangat makna adil dalam imperialisme dan capitalisme gak KELIRU ingatkan sama ADIL dalam Islam.

    Jadi keistimewaan Melayu dalam Malaysia tak adil.

    Keistimewaan mestilah macam kat perak tu 999 tahun tanah untuk kg baru dan lombong dolomite kat ipoh tu.... tamil elam tubuh negeri sendiri di batu caves, selangor... khalid mesti lulus...

    kita & anwar master mind, kena sokong, bagi dulu negeri india tu, lepas tu anwar jadi pm, kalau lambat sangat dia tue, aku pun boleh jadi PM.

    SALIM I, Perdana Menteri Malaysia Kerajaan Pakatan Rakyat...

    ReplyDelete
  6. "Blog bekas gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sasaran kecaman Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menjawab balas kenyataan keras menteri penerangan hari ini.

    Penulis blog tersebut yang memperkenalkan dirinya Mat Amin menyifatkan usaha menghalang penyebaran sejarah perjuangan bersenjata mereka sebagai "tidak demokratik" dan "tidak profesional."

    Nah,..amek ko Rais kuda tua,,..semenjak dilantik menjadi menteri penoh oleh rejim Najib,,bukan main lagi si kuda tua nie mengampu dan menjilat,,, jgn ingat kami nie rakyat yang bodoh dan tak tau nenilai mana burok dan mana baik,,,mana betol mana salah,,biar lah dorang nak ber blog,,perbuatan si kuda tua ini nampak sangat akan takotnya pada bayang bayang

    ReplyDelete
  7. Kalau nak haramkan kemasukan Chin Peng mengapa kerajaan kita menandatangani perjanjian damai di Hadyai dengan PKM.
    Buat apa perdamaian, baik kita berperang habis-habisan dengan PKM dan Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan lain-lain kita tempur mereka dan bunuh di medan peperangan.
    Malah kita semua bangga kerana berjaya berdamai dengan PKM.
    Bolehkah kita hapuskan sejarah PKM dalam pemikiran rakyat negara ini seperti kehendak Rais Yatim?

    ReplyDelete
  8. Dengan isu cheng peng maka bertambah pening lagi la pak najib..mula tidok tak lena...ishhh mongolia dok hantar surat haram tak layan....
    anak ucu kublai khan ,hulagu khan , ghehiz khan kini sedang menanti peluang..

    Shah rukh khan bik mama dak kaw team..selamat satu khan..ta ta

    ReplyDelete
  9. aku rasa agak aneh dengan Gelong Gajah dan beberapa pengikut pR yang berhujah dalam bolg ini..mengikut firasat aku daripada cara mereka melontar fakta mengambarkan betapa golobgan ini mengalami ganguan bebenan jiwa yang amat sangat beratnya.

    aku simpati dengan hang Gelong Gajah dan rakan2 seangkatan hang yang merapu macam burung Tiong yang pandai bercakap dua tiga patah tapi haram satu pun tak difahamnya apa yang diucapnya.

    Aku sarankan pada hang Gelong Gajah kalau boleh jangan tunggu hari esok..hang perlu ziarahi mental hospital sebab jiwa dan mental hang dah tak betul.

    inilah akibat terlalu banyak berangan nak berkuasa,merobah sejarah negara,nak cuba menongkat langit...ingatlah nasib pR lebih baik sedikit daripada komunis yang berkuasa hanya 13 hari dan bagitulah nasib pR pada PRU-13 kelak.Waktu itu sahih hang dan rakan2 mungkin dah jadi gila akibat terlalu keciwa.

    ReplyDelete
  10. awat bila kita dah merdeka, 30 taun lepeh tu pon depa dok serang lagi rakyat dari dalam hutan? ramai jadi anak yatim tau mami.. mami tak kesian ka..

    kalau kot mami lupa, nin dia saya bawak mai khas untuk mami pi tengok... cerita Bukit Kepong... boleh tengok macam mana KOMUNIS SIYYEYYY dok bunuh orang-orang kita.. mami pi bukak kat sini mami.. http://ugproject.org/bk.php mami scroll page tu sampai bawah nanti boleh klik dekat link nak download movie tu..

    ok naaaa mami... jangan dok ikot depa yang dok apsere semua tu... semua nak tunjuk jora tapi lupa apa kominis siyey tu dah buat dekat mak pak kita semua..

    p/s : mami, kirim salam kat combi.. ;P

    ReplyDelete
  11. Tokapi hang tak payah duk nasihat dekat mamila. dia tu 2X5 = 5X2, bukan orang asai, mai dari india. suku sakat dia di india. kalu ini malaysia haru biru balik india. sedara mara dia masih ada. Tu la pasai melayu banyak yang bengung, india mari cina mari boleh duk peguna melayu. lagi bengung melayu PKR dan lagi tongung melayu PAS.

    ReplyDelete
  12. Nauzubillah...kita orang melayu yang dok kacau bilau pasal si chin peng keparat ni dok buat apa? Kita generasi baru tak tau apa yang chin peng dan sahabat2 PKM dok belasah datuk dan nenek kita. kalaulah depa masih hidup masa hangpa dok sokong chin peng dan PKM ingat sumpah depa menyesal tak lenyek hangpa masa kecik-kecik dulu. Si Mat Amin tu cerita pasal perjuangan dia masa kat PKM tapi dia tak cerita bagaimana PKM menggunaka konsep 'matlamat menghalalkan cara' yang PKM amalkan. Umat Melayu kena sedar sikit, orang-orang melayu dulu kena samun, kena rompak, kena rogol, rumah kena bakar dan kena seksa dengan PKM nie. Depa tak perjuangkan Islam tapi dok berjuang guna idealisma komunis dari negara China nun. Samarata, samarasa...last2 orang melayu habuk pun tarak..!

    ReplyDelete
  13. mummy,,,,habaq kat depa nie,,,yang dok rogol bunoh dok curi tu komunis jahat,,,,yang kita puji nie komunis hat baik,,, sama lar jugak ATM kita pun ada yang baik sembayang 5 waktu,,posa dan segala amal ibadat buat,,,tp ada jugak yang cukop jahat,,suroh org lain minum ayaq longkang larr,,ayanq kencing,,,isap ganja,,mencuri dan sebagai,,polis2 pun ada yang menyamun,,rogol,,bunoh letup org sampai kena hukum gantong tu(tp muka tak nampak laa)
    habeh tu mcm mana??sapa nak jawab kalu mcm nie,,,toksah dokhingaq larrr,,,sapa nak sokong sokong larr,,,sapa tak mau tak pa larr,,,dok hingaq dlm nie pun bukan buleh jd apa pun

    ReplyDelete
  14. Dalam peperangan apa juga berlaku. Kalau tidak dia tak panggil perang laaa.
    Kita kata bahaya komunis. Kita lupa hindraf lagi bahaya...depa operasi macam LTTE.
    Betui tak mami?

    ReplyDelete
  15. inilah melayu sekarang..hilang pedoman. bila kita kita dok ckp pasal komunis tue penjahat, ia dok cerita ATM or polis kita jahat. kita dok cerita yang komunis nie pakai ideologi komunis. depa buta ka yang ada parti politik di negara kita skrg nie dah ada yang guna konsep mcm tue. samarata, samarasa. bodohnya sesetangah orang melayu skrg tak sedaq2 pasai tue..bau merdeka lebih sikit 50 tahun, anak melayu dah hilang pedoman. depa tak tanya kot tok wan dan tok2 depak yang dok kenarogai dengan komunis, rumah kena bakar..nie lah bila kesenangan tak dak jadi pedoman. melayu semakin haprak!!!

    ReplyDelete
  16. "Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2007?" katanya, dikenali juga sebagai Kak Min.

    "Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah,"

    hehehehe...jawab mummy,,,maseh kah kau ingat,

    ReplyDelete
  17. ""inilah melayu sekarang..hilang pedoman. bila kita kita dok ckp pasal komunis tue penjahat, ia dok cerita ATM or polis kita jahat. kita dok cerita yang komunis nie pakai ideologi komunis. depa buta ka yang ada parti politik di negara kita skrg nie dah ada yang guna konsep mcm tue. samarata, samarasa. bodohnya sesetangah orang melayu skrg tak sedaq2 pasai tue..""

    jgn marah bang,,..kita cerita saja,,,lebeh baik samarasa sama rata,,,cubala bang tgk melayu kita la nie,,yang kaya betambah kaya yang miskin akan terus papa kedana,,..konsep dan idelogi sapa nie?????jahat baik tu lumrah sebagai manusia walau depa dok sebelah manapun,,bukan sebelah pihak saja yang baik dan sepehak lagi jahat,,..kedua dua pun jahat kedua dua pun baik,,,aruah ayah saya SC dulu,,tapi jumpa komunis depa disuroh balek, cuit pun tidak,..komunis kata depa bukan nak perang dgn puakpuak SC nie,,,habeh tu saya nak kata lagu mana??nak kena samun,,rogol la nie pun banyak walaupun komunis dah tak dak dah pon,,,,nie idelogi sapa plak,,..

    ReplyDelete
  18. Anon, May 26, 2009 4:51 PM
    Ckp ko mcm ko ni komunis..ko tak rasa bgaimana atok atau ayah ko disiksa dan dibunuh komunis. mak atau kakak ko dirogol komunis..kalo ko rasa semua tu, ko akan tau kenapa org benci komunis..ko mmg buta sejarah, maka aku suka nasihatkan agar ko lebe baik tutup mulut ko tu..walau pun keluarga aku tak ada yg terlibat dgn siksaan komunis tp aku dapat merasai dan menyelami perasaan mereka..ko adalah species yg tidak punya perasaan..aku rasa kalo mak ko dirogol dek komunis pun, ko pasti tidak terasa apa2..kuda tua yg ko maksudkan itu adalah pemimpin umno yg paling berwibawa ketika ini..kalo ini pun ko tak pandai nk nilai, aku rasa aku tau ko ni jenis makhluk apa..

    ReplyDelete
  19. Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

    Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

    Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

    Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah
    penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

    Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin
    Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

    Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
    penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

    http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

    Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
    negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berkaku di Turkestan Timur?

    Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan samarata dan samarasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep samarata dan samarasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-
    negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawa Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

    Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

    ReplyDelete
  20. Melayu mudah lupa atau bodoh atau memang bodoh..



    Sebaik sahaja chin peng minta nak balik ke malaysia jamil tengok rioh rendah orang melalak. tv-tv ,media-media yg sudah kekeringan berita menyalak macam anjing gila. orang-orang tua yg bodoh di temuramah,ya jamil tak nafikan jamil tiada waktu komunis dulu. dan tapi jamil dapat banyak info bagaimana kekejaman komunis. antinya orang melayu dekat chin peng lebih teruk dari anti terhadap yahudi. persoalannya adakah orang melayu mudah lupa atau bodoh.

    Di antara komunis dan tentera jepun siapa paling kejam, antara komunis dan tentera jepun siapa potong kepala orang, antara komunis dan jepun siapa waktu itu lebih tersiksa , jamil rasa jepun lagi teruk,lagi jahat lagi kejam,sampai salah sikit potong kepala orang. tapi tak dengar lak komunis potong kepala orang. tapi komunis di halau sampai tak boleh balik ke negara mereka sendiri.walaupun mereka komunis.

    Sebaliknya jepun di sambut bagaikan raja, jepun di jemput buka perniagaan di sini, jepun di beri bermacam-macam ke istimewaan, sedangkan bangsa melayu dan rakyat malaysia banyak menderita , merana kehilangan saudara mara tanpa kepala kerana jepun.mereka pernah membunuh sdr/mara kita,tetapi sekarang bangsa jepun di sanjung,di sambut,di hormati. apa ni? double standard ke.

    Jamil bukan suka komunis atau menerima mereka tapi benci dengan manusia yang hipokrit, manusia yang double standard, manusia yang pentingkan diri sendiri.penting kan wang.mungkin gak jepun dulu mereka tidak kacau orang-orang berada di malaysia,tak kacau orang bangsawan di malaysia sebab itu mereka tidak di hina di kutuk atau di caci.tapi komunis kacau tak kira kaya atau miskin,biasa atau bangsawan.tu yg di kutuk dan di hina tu.

    Ko orang pembaca fikirlah sendiri.
    cukuplah kita 50 tahun tertipu dengan agenda melayu barua dari umno. sekarang apa pun susah nak percaya permainan mereka ini.

    ReplyDelete
  21. Maidin bapa RashidMay 30, 2009 at 7:18 AM

    Jamil Kucing,
    Jepun diangkat darjatnya kerana dasar pandang ke timur dahulu. Kita pandang Jepun kerana marah pada penjajah Inggeris jadi Mahathir keluarkan dasar Buy British Last.
    Hari ini kita telah berkawan rapat pula dengan negara China Komunis. Ia bermula dengan lawatan Tun Razak berjumpa Chow En Lai. Dan Najib akan melakukan lawatan ke Negara China Komunis itu sebagai jalinan persahabatan yang akhrab. China Komunis telah banyak bantu Malaysia semasa kegawatan ekonomi tempoh hari.
    Kita marah pada Chin Peng dari Parti Komunis Malaya tapi kita kawan dengan bapanya Parti Komunis China.
    Dalam perhimpunan agong UMNO pun ada pemerhati dari Parti Komunis China.Apabila diumum kehadziran mereka, wakil-wakil UMNO dalam dewan bertepok sorak riuh rendah suka hati.

    ReplyDelete
  22. Betoi sangat la ..mmg perangai kepala umno suka jilat orang putih , bapak komunis , bapak israel , bapak amerika..dah terang lagi ber sport ligt..

    satu aku nak habag mai..yang dok jaja suroh bawa balik cheng peng mai ke malaysia ni ketua gerakan UBN penang..awat umno penang tak jerit biaq bergegar satu pulau tu..mana hero umno hari tu..mana ?

    kalau payah sangat suruh UTK najib C4 je ceng peng ni..itu pun aku nak kena ajar ka ?..leboq macam altantuya...isssh orang umno faham ke apa aku cakap ni...

    Nota..sirul mengaku dia di kambing hitamkan...ishhh orang umno faham ke ni..kambing hitam tu agak aku mmg ada tuan..tapi tuan kambing tak nak mengaku..kambing hitam tu nak cakap tak boleh pasai dia dah jadi kambing ..dan mahkamah pun tak faham bahasa kambing..pendakwa pun tak faham bahasa kambing , pembela pun tak faham bahasa kambing..tah la..kambing hitam terus beranak pinak..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.