Sunday, August 18, 2013

JANGAN BUAT NEGARA NI SEPERTI HARTA MERDAK MAK BAPAK SENDIRI.

Berbagai pihak nampaknya memberi reaksi negatif susulan Najib membela dan menyokong sahabatnya Nazri Aziz untuk meletak anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 
Mengikut undang-undang memang tidak ada halangan asalkan jangan guna wang Kerajaan untuk bayar gaji, elaun atau imbuhan. 
Kata Nazri dia guna duit poketnya sendiri untuk membayar gaji Nedim anaknya malah Nedim boleh jadi offisboy tetapi datang kerja memandu Ferrari. 
Duit poket Nazri yang datang dari gaji menteri dibayar pada anaknya samalah seperti masuk poket kiri keluar poket kanan dari baju yang sama. Seringkali baju Pak Menteri mempunyai poket yang banyak dua di bawah dua di atas seperti baju ‘telok belanga’. 
Tiada siapa boleh pertikaikan kemampuan Pak Menteri. Pak Menteri bukan setakat mampu melantik seorang anak sebagai Pegawai Khas malah Pak Menteri juga mampu melantik dua, tiga atau lebih anak-anaknya untuk dijadikan Pegawai Khas. 
Jika ‘Boy’ anak lelaki dilantik untuk menjaga pengundi muda mengapa tidak ‘Darling’ isteri kesayangan Pak Menteri dilantik juga sebagai Pegawai Khas untuk menjaga pengundi Wanita dan ‘Girgle’ anak perempuan Pak Menteri pula boleh dilantik menjaga puteri muda di kawasan. 
Najib yang menyokong pun sudah nampak bunga-bunga mengamalkan amalan yang sama. Setelah isteri bergentayangan dengan berbagai penglibatan di pejabat PM kini Najib juga melibatkan anaknya Ashman konon untuk menarik pengundi Cina. 
Che Det pernah menasihat “leaders must not only be clean but must be seen clean”. Sesungguhnya kuasa, harta dan khazanah negara ini hendaklah ditadbir dengan bersih, cekap dan amanah bukan ditadbir atau kelihatan ditadbir seperti harta merdak mak bapak sendiri.

9 comments:

  1. Macamnana menteri duit tak banyak:

    1.persen setiap projek berapa .
    2.komisyen kroni dapat projek berapa.
    3.tauke-tauke cina juruwang berapa.
    4.gaji menteri berapa.
    5.elaun menteri berapa.
    6.claim menteri berapa.

    Rakyat ..........jawab sendi

    .

    ReplyDelete
  2. Menyalahguna kuasa dan harta benda kerajaan merupakan satu kesalahan serius. Dalam kes ini menteri berkenaan boleh didakwa kerana mengambil pekerja tanpa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. Menteri berkenaan juga bersalah kerana membenarkan pegawai khas berkenaan menggunakan harta-benda pejabat di kemententerian.

    ReplyDelete
  3. Dari bawah lagi dah banyak yang menjadikan anak beranak , pembantu dalam politik mereka , ada tu , laki ketua cawangan , bini , ketua wanita anak ketua pemuda , anak perempuan ketua puteri , lagi bagus , cam tak ada orang lain yang boleh memimpin , ingat dia sekeluarga je yang bijak pandai memimpin . Yang paling bodoh adalah yang menyokong setengah mati . Mereka ingat , negara ni mak bapa dia je yang punya ke ?

    ReplyDelete
  4. jangan salahkan menteri. Rakyat yang berkehendakkan pemimpin yang begini. UNDI LAH BN.

    ReplyDelete
  5. MR,

    This is PM Najib not Tun M.. Masa berubah dan seperti UMNO pun dah hampir tiba diubah..

    ReplyDelete
  6. Mummy, UMNO cawangan saya hint: Cawangan UMNO yg tertua dWP, isteri, anak branak, menantu ipar duai ada 6 org dlm AJK, so dipanggil mesyuarat utk formality shj, keputusan dah dibuat di ruang tamu rumah ketua cawangan.

    ReplyDelete
  7. So itulah hakikat Umno, masuk Umno untuk survival diri dan keluarga je kan, kepentingan rakyat nombor 2, walaupun dah tahu hakikat ni tetap jugak pilih pemimpin macam tu. Tolonglah berubah Umno sebelum parti ni jadi sejarah, dikuburkan pada GE14. Hidup Melayu sejati... :)

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.