skip to main |
skip to sidebar
'KUIN' UJIAN KEPADA KEPIMPINAN MUKHRIZ DI BULAN RAMADAN
ALOR
SETAR, 4 Ogos: Kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik
dalam mengatasi masalah petugas Insaniah Holding Sdn Bhd yang tidak
mendapat gaji, sejak Mei lalu.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun
Dr Mahathir berkata isu tuntutan gaji tertunggak itu tidak sepatutnya
diajukan kepada kerajaan negeri kerana ia tiada kaitan secara langsung
dengan Insaniah Holding.
"Insaniah Holding merupakan satu anak syarikat di bawah Kolej Universiti
Insaniah (Kuin), jadi kerajaan negeri memang tidak ada kaitan dengannya
kerana selama ini kita hanya berurusan dengan Kuin dan bukannya dengan
Insaniah Holding.
"Tetapi kakitangan Insaniah Holding masih
menuntut supaya kerajaan negeri membantu membayar tuntutan gaji yang
tertunggak itu. Kita faham situasi mereka, jadi kita akan selesaikan
masalah ini di luar bidang kuasa Kuin itu sendiri," katanya kepada
pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri
akan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk membayar gaji petugas
Insaniah Holding atas dasar ehsan walaupun tidak mempunyai sebarang
kaitan dengan anak syarikat Kuin itu.
"Jalan penyelesaian akan
dicari tetapi mungkin nanti akan ada pihak yang masih tidak berpuas hati
kerana gagal untuk mendapatkan gaji seperti sebelum ini.
"Saya ingin jelaskan bahawa masalah yang timbul ini sebenarnya berakar
umbi daripada Insaniah Holding itu sendiri, apabila berlakunya perubahan
kuasa pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, masalah ini secara
langsung telah diwariskan kepada kami," kata Mukhriz.
Mengulas
kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengenai kos anggaran
nilai gaji tertunggak yang berjumlah RM2.7 juta itu, Mukhriz berkata
perkara itu merupakan masalah yang rumit.
"Seperti yang sedia
maklum, Insaniah Holding telah beroperasi seolah-olah seperti Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) jadi dari situ kita faham bahawa kerajaan
negeri sama sekali tidak terlibat dengan semua pengurusan termasuklah
pembayaran gaji.
"Saya pelik kerana cara operasinya seperti
IPTS tetapi masih bergantung pada dana kerajaan di mana setiap bulan
masih meminta pembayaran gaji kepada kakitangan," katanya.
Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai tidak adil apabila kerajaan negeri yang harus membayar tunggakan gaji berkenaan. - BERNAMA
Kerajaan Pas dulu pun memang kurang cerdik dalam merangka satu-satu pembangunan.
ReplyDeleteMereka ingat senang macam dalam ceramah.Ceramah dengan perlaksanaan bukan sama
Insaniah Holding ini ibarat nanah yang kian busuk ciptaan Kerajaan Pas Kedah.
Mahfuz mana ada idea dalam isu ini.Dia bukan ada ilmu dan pelajaran yang baik.Setamat jual minyak dalam ceramah boleh lah.
Pas Kedah berkecamuk sejak Mahfuz ambil aiih Pas Kedah.
Sekarang giliran Mukhriz untuk atasi isu Insanih Holding ini.Mukhriz kena bijak dan berani untuk atasi isu ini.Pasti pemikiran Mukhriz lebih jauh hebat daripada pemikirab Mahfuz yang lemah itu.
Tak sia-sia atau memelukan jika Mukhriz mampu selesaikan isu ini berbanding dengan Mahfuz yang masih buat lawak atau jenaka bodoh.
Rakyat akan menilai kemampuan tokoh sewaktu ada kuasa.
.
Ada kulliyah yg berada bawah pengurusan Ehsaniah Holding dan yuran yang KUIN kutip kena bagi kat EHSB tapi sejak Barni KCS yg busuk hati jadi pemangku rektor dia tak bayar.
ReplyDeleteSelenggaraan kampus oleh EHSB pun KUIN tak bayar, kemudian ada pekerja yg depa suka diserap ke dalam KUIN dan yang lain nganga tak dapat gaji.
Ada laporan mengatakan Barni tak benarkan rektor bercakap semasa pertemuan dgn MB Mukhriz semasa kerajaan BN baru berkuasa. Rektor merajuk keesokkannya letak jawatan.
MR kena siasat puncanya. Punca kepincangan adalah pegawai KCS yg dihantar ke KUIN iaitu Barni. Sejak Barni bertugas di KUIN dia jarang ada di pejabat dan dia tak masuk dalam mesyuarat kerana dia tak suka kat rektor.
Yang kuat nak katup kampus Kuala Ketil adalah Barni pasai dia macam pegawai KCS lain, depa dok di Alor Setar dan Sungai Petani saja. Kalau kena tukar ke daerah lain depa berulang
hari-hari.
Barni besar kepala pada masa itu sebab laki dia Pegawai Kewangan Negeri yang sekarang naik pangkat jadi SS. Laki bini berpakat jadi duri dalam daging.
Laki dia tak mau jumpa dengan rektor walaupun beberapa kali permohonan dibuat bagi membincang hal kewangan KUIN semasa MB Azizan lagi. Azizan pulak bila dimaklumkan perangai dua laki bini ini dia diam saja.
Saya rasa MB Mukhriz telah disihir oleh dua laki bini ini iaitu SS dan Barni. Dia dah tak nampak kebaikan KUIN dN EHSB.
Ingat KUIN dapat lesen utk fakulti perubatan melalui EHSB dan lesen terakhir yg dikeluarkan oleh MOE. Kalau dah katup rugilah.
cerdik apanya, belum apa2 dah banyak masalah berlaku
ReplyDeleteUntunglah Mahfuz ini.Menang di Parlimen Pokok Sena pada PRU 13 yang lalu pun kerana adanya pakatan dan sokongan sulit dengan pemimpin UMNO di Pokok Sena MOU Mahfuz/UMNO.
ReplyDeleteYang ini dia cerdik.Win Win agrement.
Cerita KCS Kedah.Depa ini keras kepala.Sapa pun bukan boleh tegur langsung.Dunia mereka ialah Alor Setar dengan Sungai Petani sahaja.Lain lain daerah cuma tempat makan gaji sahaja.100 % berulang dari daerah yang mereka bertugas.Selalu sampai pejabat lewat.Pantang ada mesyuarat di Alor Setar atau mesyuarat hari Khamis.Tak sampai Pejabat lah.Ada rumah kerajaan disediakan tak mahu duduk .Banyak rumah KCS di Daerah jadi rumah kediaman ular ,babi hutan dan semak samun.
ReplyDeleteSiapa pun tak berani tegur.MB pun takut nak tegur.
Kedah kena buat perubahan dari pegawai nya.Semua darerah diKedah adalah hak Kedah.
Itulah sebabnya Kedah mundur selalu.