Friday, August 30, 2013

GESAAN OTAK TIGA SUKU PENGERUSI TABUNG HAJI

Gesaan Pengerusi Tabung Haji supaya Jemaah Haji Malaysia, pakai baju melayu dan samping semasa dalam rombongan haji dan umrah di anggap cadangan tiga suku oleh Ustaz Tarmizi. 

KUBUR P RAMLEE – ISU ANTARA HUKUM, KOS DAN HIASAN, MANA SATU UMAT ISLAM HARUS PATUHI?

Pembinaan semula pusara P.Ramlee dan Saloma yang mencecah puluhan ribu ringgit itu hukumnya haram dari sisi agama Islam. Selain ianya satu pembaziran Islam juga mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan kerana tanah kubur itu adalah tanah wakaf dan tidak boleh dibina apa juga binaan berbentuk kekal seperti bangunan atau monumen. 
Ini ditegaskan oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid baru-baru ini menegur tindakan FINAS yang berbelanja sehingga RM23,000 untuk membina semula kubur P.Ramlee yang rosak dihempap pokok.
Menjawab balas kenyataan Mufti Selangor itu Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan berkata, langkah itu bukanlah satu pembaziran sebaliknya mahu mengekalkan warisan P.Ramlee dan Saloma supaya dapat memudahkan generasi akan datang untuk menziarahi pusara berkenaan. Malah Finas juga terpaksa mengimport batu marmar dari luar negara untuk kerja-kerja pembaikan itu kerana mahu mendapatkan material sama seperti batu nisan asal.
Persoalannya mana satu kita sebagai umat Islam yang wajib akur? Hukumkah? Jimat kos kah? Hiasankah?. (nada Nujum Pak Belalang). 
Janganlah kita keterlaluan memuja seseorang dan menjadikan kubur P Ramlee seperti kubur Elvis Presley yang penuh dengan hiasan. 
Fahamilah apabila kita telah mati tanah kubur pun bukan hak kita lagi hanya apa yang kita tinggalkan adalah ilmu yang dimanafaatkan, amal jariah dan anak yang soleh.

Wednesday, August 28, 2013

NAJIB MAKIN DIBENCI? APA SUDAH JADI?

MR terkejut dengan posting sahabat blogger Marahku dalam FB nya yang entri yang berbunyi "Kata kata nasihat yang bermula dengan begitu manis dan lembut kini sudah mula berbunyi kasar dan marah. 
Hakikatnya semakin ramai penyokong-penyokong Umno sendiri sudah jelak dengan perangai mereka yang menghurung Perdana Menteri bagai lalat langau. 
Makin ramai juga yang mula jelak dengan Perdana Menteri sendiri yang dikatakan tidak dapat melihat perangai buruk mereka yang mendampingi beliau...Blogger Apanama dikenali sebagai blogger yang begitu teguh menyokong Perdana Menteri dan pentadbirannya, begitu juga dengan Life of Annie dan Syed Akbar Ali... namun kini semuanya sudah mula bersuara keras." Najib apa sudah jadi?
Klik entri blogger Apanama lagi kasar entrinya: klik sini "Dear Prime Minister, I hope that you take note ...."

Tuesday, August 27, 2013

KUIN - KERAJAAN KEDAH CADANG SEDIAKAN KERTAS PUTIH

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan 'kertas putih' mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, bagaimanapun pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Saya tidak berkeupayaan untuk menyatakannya, tapi saya lihat ia sebagai satu cadangan yang baik dan akan berbincang dengan Menteri Besar," katanya menjawab soalan tambahan dan cadangan daripada Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) pada sidang dewan undangan negeri (DUN) di sini Selasa.
Phahrolrazi mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbang menyediakan 'kertas putih' yang menjelaskan secara terperinci masalah sebenar yang masih dihadapi Kuin supaya ia dapat dijadikan pencerahan kepada semua pihak.
Sementara itu, Tajul Urus memberitahu dewan setiap keputusan yang diambil berkaitan pemindahan fakulti dari kampus Kuin di Kuala Ketil ke Mergong di sini, dan penyusunan semula struktur pentadbiran kolej universiti itu adalah mengikut peraturan serta prosedur yang sah.
Tajul Urus berkata tidak ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa selepas penyusunan semula struktur pentadbiran.
Beliau menjawab soalan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berhubung keputusan yang diambil untuk perkara-perkara berkenaan sama ada sah dan mengikut prosedur.
Tajul Urus berkata seperti mana kerajaan negeri terdahulu, pihaknya juga mempunyai hasrat sama iaitu ingin meletakkan Kuin sebagai universiti penuh dan tidak sesekali mengundur ke belakang dalam soal berkenaan.
Katanya, untuk merealisasikan hasrat itu, setiap proses melibatkan pengurusan dan pentadbiran Kuin dilakukan secara teratur dan strategik di samping mengambil kira kepentingan semua pihak.
Mengenai dakwaan kepadatan pelajar di kampus Mergong, beliau berkata perkara itu masih tidak dapat disahkannya kerana berdasarkan tinjauan pihaknya baru-baru ini proses pengajian berjalan lancar.
"Ketika meninjau ke kampus Mergong, saya dapati tidak berlaku 'limpahan pelajar' hingga ke luar kelas," katanya ketika menjawab mengenai dakwaan terdapat pelajar yang terpaksa duduk di luar kelas akibat bilik kuliah yang sempit.
- BERNAMA

Monday, August 26, 2013

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN MACAM LAGU FILEM KARTUN




Berbagai pihak tidak berapa puas hati dengan lagu tema Kemerdekaan pada tahun ini. MR bukan komposer tetapi mana-mana orang biasa mendengar pun dapat menilai kualiti lagu ini.
Mungkin ia dicipta di dalam tandas atau ketika komposernya bermain video game. 
Apa pun pihak-pihak penilai harus peka dengan kualti sesebuah lagu  patriotik jangan sampai anak generasi hari ini termuntah mendengar nya.

Sunday, August 25, 2013

ULAR TEDUNG PAGUT (PATUK) ANU.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy mempersoalkan penjelasan polis bagaimana lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini. Kelima-lima penjenayah tersebut terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis. 
Waytha Moorthy pula tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mengesyaki mereka ditembak pada jarak dekat. 
Kini sudah terang lagi bersuluh dan nyatalah pelantikan Waytha Moorthy di dalam kerajaan oleh Najib ibarat memelihara ular tedung senduk di dalam kain sarung yang dipakai nya.
Maaf posting MR kali ini agak pendek kerana letih dengan berita keselamatan negara. Malah rumah MR juga telah dimasuki pencuri dan dua laptop telah hilang.

Wednesday, August 21, 2013

KENYATAAN NAZRI TIDAK HARUS DILIHAT SEBAGAI MEMPERKECILKAN KEWIBAWAAN MENTERI DARI SARAWAK.

YB Rohani Karim
Mengikut lapuran "Local daily The Star reported that Shahrizat will likely be appointed the prime minister’s special adviser on women affairs. The yet-to-be announced appointment will also confer Shahrizat full ministerial status and powers, allowing her the avenue to return to the corridors of power. 
Shahrizat had remained a Cabinet member and had headed the women, family and community development ministry previously courtesy of her appointment to Parliament's upper house despite losing in the March 2008 general election. According to Nazri, the ex-Lembah Pantai MP's experience was needed to help Rohani run a ministry that is accustomed to “the peninsula (Malaysian) way of doing things”. 
Kenyataan untuk menghalalkan tindakan Najib melantik Sharizat Jalil sebagai penasihat Khas PM dalam hal ehwal wanita dilihat memperkecil-kecilkan kewibawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim yang mewakili pengundi Sarawak. 
Kata Nazri “Rohani is from Sarawak. Probably her focus of work does not cover many of the peninsula aspects. The ministry is used to the management done by those from the peninsula”. Memandangkan Rohani dari Sarawak konon beliau tidak memahami orang-orang semenanjung. 
Jika begini tanggapannya mengapa Rohani dilantik menjadi menteri? Apakah kerana untuk please pengundi Serawak sahaja? 
"Asked if the move could tarnish Najib's reform credentials, Nazri dismissed the idea and said political sensitivity was no longer and issue since the 13th general election is already over. “Now is already after the elections. Before it was sensitive because of the general election. Now such sensitivity should not be given priority. What is important is that the ministry must be run properly”. Nampak sangat selepas pilihanraya mereka bebas melakukan apa sahaja kerana 2018 dilihat lambat lagi. Ingatlah rakyat tidak mudah lupa. Sebelum pilihanraya rakyat ditatang selepas pilihanraya rakyat ditendang. 
Konklusinya bukan kerana Rohani tidak berwibawa tetapi untuk menghalalkan pelantikan Sharizat Jalil maka terpaksa korbankan kredibiliti Rohani.

Monday, August 19, 2013

SAKSIKANLAH MUKA-MUKA MELAHAQ DI RUMAH TERBUKA TUN M

Sumber visual : Facebook KP Penerangan
Apa yang MR paparkan di atas ialah muka-muka tak malu. Muka-muka kemaruk. Muka melahaq dan muka-muka loqlaq semasa rumah terbuka Tun M. Tak cukup dengan jamuan mereka bungkus dalam plastik untuk dibawa balik. 
Walaubagaimana pun biar lah kita berperasangka baik mungkin itu adalah makanan lebihan atau ‘left overs’.

Sunday, August 18, 2013

JANGAN BUAT NEGARA NI SEPERTI HARTA MERDAK MAK BAPAK SENDIRI.

Berbagai pihak nampaknya memberi reaksi negatif susulan Najib membela dan menyokong sahabatnya Nazri Aziz untuk meletak anaknya sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 
Mengikut undang-undang memang tidak ada halangan asalkan jangan guna wang Kerajaan untuk bayar gaji, elaun atau imbuhan. 
Kata Nazri dia guna duit poketnya sendiri untuk membayar gaji Nedim anaknya malah Nedim boleh jadi offisboy tetapi datang kerja memandu Ferrari. 
Duit poket Nazri yang datang dari gaji menteri dibayar pada anaknya samalah seperti masuk poket kiri keluar poket kanan dari baju yang sama. Seringkali baju Pak Menteri mempunyai poket yang banyak dua di bawah dua di atas seperti baju ‘telok belanga’. 
Tiada siapa boleh pertikaikan kemampuan Pak Menteri. Pak Menteri bukan setakat mampu melantik seorang anak sebagai Pegawai Khas malah Pak Menteri juga mampu melantik dua, tiga atau lebih anak-anaknya untuk dijadikan Pegawai Khas. 
Jika ‘Boy’ anak lelaki dilantik untuk menjaga pengundi muda mengapa tidak ‘Darling’ isteri kesayangan Pak Menteri dilantik juga sebagai Pegawai Khas untuk menjaga pengundi Wanita dan ‘Girgle’ anak perempuan Pak Menteri pula boleh dilantik menjaga puteri muda di kawasan. 
Najib yang menyokong pun sudah nampak bunga-bunga mengamalkan amalan yang sama. Setelah isteri bergentayangan dengan berbagai penglibatan di pejabat PM kini Najib juga melibatkan anaknya Ashman konon untuk menarik pengundi Cina. 
Che Det pernah menasihat “leaders must not only be clean but must be seen clean”. Sesungguhnya kuasa, harta dan khazanah negara ini hendaklah ditadbir dengan bersih, cekap dan amanah bukan ditadbir atau kelihatan ditadbir seperti harta merdak mak bapak sendiri.

Saturday, August 17, 2013

TIDAK SALAH MENTERI ATAU ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN MENGAMBIL ANAK, ISTERI ATAU MENANTU SEBAGAI PEMBANTU

Nazri Aziz tidak kisah apa orang kata berhubung dengan isu perlatikan anak beliau Mohd Nedim sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan yang diamanahkan kepada beliau untuk menjadi menteri. 
Katanya "I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me. You must know, I'm a trained lawyer and I know what I am doing”. Sebagai peguam terlatih beliau boleh melakukan apa sahaja kerana tidak menyalahi undang-undang dan pergi jahanam dengan persepsi rakyat janji beliau happy dan seronok. 
"I don't please anybody but myself. If making him a special officer makes me happy then that's it. He (Nedim) is happy working for his father”. Pendek kata Pak Menteri mesti mahu happy-happy dan anak Pak Menteri juga mesti happy-happy kerana hari ini Pak Menteri sudah berkuasa dan tidak siapa boleh gugat Pak Menteri. "Today I am still a minister appointed by a bigger majority in my constituency, so what do they have to say?" 
Najib juga menyokong tindakan beliau malah tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan. Bermakna ia juga tidak salah untuk melantik isteri, anak dan menantu. 
Kini terpancarlah wajah sebenar sikap seseorang pemimpin itu. Selepas pilihanraya pemenang-pemenang yang telah menang bertanding dan dipilih rakyat sebagai wakil, mereka boleh bercakap dan lakukan apa sahaja malah boleh mendabik dada angkuh kerana telah berkuasa. 
Dulu sebelum pilihanraya sewaktu berkempen kenalah berlakun baik hippokrate depan rakyat kerana nak tagih undi. 
Inilah salah seorang cirri-ciri ‘winnable candidate’ yang sering dilaung-laungkan Najib sebelum pilihanraya dahulu. Kelak jangan persalahkan rakyat jika mereka bangun membuat keputusan atas persepsi kerana majoriti rakyat melihat apa yang mereka lihat kerana mereka bukan peguam terlatih.

Wednesday, August 14, 2013

"AWAKENING" BUKAN CARA PAK LAH MENCARI DAMAI ABADI

BRIDGET SALAH SEORANG PENULIS BUKU "AWAKENING"
AWAKENING atau KEBANGKITAN adalah satu tajuk buku yang betul-betul membangkitkan kebimbangan beberapa golongan tertentu. 
Buku kajian ilmiah Prof Bridget Welsh's dan Prof James UH Chin itu tiba-tiba menjadi panas sebelum dilancarkan kerana terdapat wawancara dengan bekas PM Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang dikatakan menyentuh Tun M. 
Ramai yang masih belum membaca sepenuhnya buku tersebut tetapi panas komentarnya seperti halilintar membelah bumi. 
Semuanya angkara kebimbangan serta takut Tun M akan bangkit mengamuk menjawab kenyataan di dalam buku ini dan secara tidak langsung akan membuka lagi pekung-pekung lama hendak pula ketika ini UMNO akan menghadapi pemilihan. 
Dan yang lebih membimbangkan akan berlaku seperti kata Mat Salleh “mudslinging” atau balingan selut, lumpur atau air-acar di kalangan pengikut setia Tun Abdullah dan Tun M. Baru hanya mendengar bunyinya sahaja sedikit sebanyak percikannya sudah dapat dirasai.
Tun M pantang dicabar dan pantang ditegur. Tun Abdullah pula selama ini membisu seribu bahasa tak ubah seperti kata orang Melayu “bercakap dengan ketul batu”. Sikap Tun Abdullah ini membuat semua pihak mati akal termasuk Tun M kerana Pak Lah tak melawan. Maka apabila ada ruang seperti kebangkitan buku Awakening ini maka semua pihak ada bahan yang sedap untuk tibai Pak Lah. 
Pak Lah pula selama ini tak berani nak jengol kepala kerana beliau juga bimbang sedikit sebanyak tindakan beliau akan menjejaskan menantu beliau Khairy Jamaludin yang sedang meragas jawatan menteri cabinet. 
Buku Awakening dilihat akan menjejaskan KJ maka sebab itu Pak Lah terpaksa menafikan pembabitan dalam penerbitannya dan kalau dapat dicucuh api kan buku ini. Yang sebenarnya banyak perkara yang ada dalam minda Pak Lah yang beliau ingin luahkan tetapi apakan daya Mahathir masih segar-bugar. 
Ramai rakan yang berseloroh menyatakan adalah lebih baik Pak Lah mencari damai abadi dengan isteri muda dari mencari penyakit dengan politik negara yang semakin kalut. Sesungguhnya itulah kenikmatan yang ada dalam hidup Pak Lah dan yang tidak ada pada Tun M.

Wednesday, August 7, 2013

DAPATKAN BUKU YANG AKAN MENDEDAHKAN APA YANG TERBUKU DALAM DIRI TUN ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI.

Selama ini semua pihak melihat Pak Lah hanya bersikap berdiam diri apabila bertubi-tubi beliau dihentam oleh Che Det. 
Buku terbaru "AWAKENING" yang bakal dilancarkan akan mendedahkan apa yang terbuku di dalam isi hati Pak Lah selama ini. 
Buku ini dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya oleh Pak Lah sendiri. 
Berikut adalah sedikit sedutan dari buku tersebut:-
“When we did well in 2004, he said such a strong mandate was not good for the country. When we did not do so well in 2008, he heaped all the blame on me.
"He is doing it even today… Mahathir cannot deny that he contributed to the erosion of Barisan Nasional’s support in the 2008 elections through his open and unwarranted criticisms and attacks, calling my administration, which included a majority of people from his own Cabinet, as a ‘half-past six government’ and accusing us of corruption and all sorts of things,” said Abdullah. – August 6, 2013.

Tuesday, August 6, 2013

JIWA KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH SANGAT DEKAT DENGAN KUIN



LOGO KUIN MACAM LENCANA SEKOLAH

Saya dapati setiap kali tulisan saya yang menyentuh KUIN pasti ramai rakan-rakan blogger khasnya blog-blog politik akan memetik dan mempautkan ke laman-laman web mereka. 
Pautan mereka samada disertai dengan komen atau tanpa komen atau cut and paste. Tidak kurang juga ramai yang menghentam saya malah ramai yang mentafsirkan mengikut kelok kecenderongan politik masing-masing.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa tulisan saya tentang KUIN langsung tidak ada niat atau telunjuk berkait bagi tujuan mempolitikkan gedung ilmu ini. Ianya juga bukan ditulis sekadar hentam keromo tanpa berlandaskan kesahihan dan fakta yang saya arkibkan sejak dari tahun 2009 lagi.
Kelangsungan itu saya juga memohon maaf kepada komentator-komentator kerana saya terpaksa menapis komen-komen saudara yang  berbaur kesumat tanpa fakta sahih dan lebih kepada sentimen peribadi.

Berhubung isu KUIN, sesungguhnya kritikan atau pandangan saya ini datang atas minat dan ingin membela untuk menjulang kecemerlangan gedung ilmu khasnya keilmuan Islam. Ini agar  institusi ilmu, para-para sarjana dan penuntut-penuntut tidak menjadi mangsa politik sempit sesetengah pihak khasnya pihak-pihak pentadbir, politikus pemerintah, politikus pembangkang, oportunis-oportunis di sebalik tabir yang diperalatkan dan memperalatkan para ilmuan untuk meragas jawatan dalam pentadbiran.
Janganlah hanya kerana golongan ini tidak pandai berpolitik, patuh berpegang kepada professionalisma dan non- partisan mereka boleh wewenangnya memerangkap golongan ini.

Sebenarnya pengalaman saya dengan KUIN bermula di sekitar tahun 2010 dan juga saya secara langsung berkesempatan mengikuti “Langkawi Islamic Finance and Economics  Conference (LIFE3)” peringkat antarabangsa anjuran Kolej Universiti Insaniah yang diadakan di Langkawi pada Oktober 2011.

Konference kali ke3 itu adalah konference tahunan dianjurkan oleh KUIN. Tema pada tahun itu berkisar kepada "Islamic and Finance: Waqf, Zakkat and Sadaqah as Community Empowerment Strategies for the Economic Transformation of the Ummah”.

Saya tidak berhasrat untuk mengupas isi konference tersebut tetapi cukup dengan komen ringkas menyatakan ‘salute’ saya pada KUIN ketika itu yang berjaya mengumpul tokoh-tokoh sarjana kewangan Islam yang besar untuk menjana ilmu Islam yang begitu luas khasnya pengurusan Waqf. Dan hasilnya ramai para-para sarjana ini yang pulang ke negara mereka membawa buah fikiran untuk dilaksanakan di negara mereka.

Di kesempatan berbual dengan Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman bersama beberapa tokoh ilmuan di waktu sidang media saya sempat berbisik pada Rektor memohon penjelasan satu perkara kecil tidak langsung berkait dengan konference yang dianjurkan.

Pertanyaan saya ialah mengapa logo KUIN seperti logo atau lencana sekolah? Sambil tersenyum  jawab Datuk Prof Dr Jamil sebenarnya beliau ingin mengubah logo tersebut tetapi  KDYMM Tunku Sultan ingin mengekalkannya malah huruf-huruf kecil di dalam logo itu adalah cadangan Tuanku sendiri jelas beliau. Bertolak dari itu saya dapat membuat kesimpulan bahawa ternyata KUIN begitu dekat di hati Tuanku Sultan.

Di sini juga saya ingin menyentuh berhubung dengan berbagai tohmahan terhadap bekas Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman selama ini di mana saya lihat beliau lebih berdiam diri dan tidak pernah tampil mempertahankan diri beliau. 
Satu konklusi yang saya ingin nyatakan di sini bersempena menjelang hari baik dan bulan baik Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba bahawa sepanjang saya mengenali Rektor secara jauh dan dekat saya yakin beliau telah mentadbir KUIN dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Dan jika pun terdapat kelemahan dan kesilapan yang dipolitikkan oleh puak-puak dalaman tertentu sesungguhnya semuanya itu adalah perangkap untuk menjatuhkan beliau. Sesungguhnya semua tohmahan kepada beliau selama ini adalah fitnah yang penuh durjana, syak wasangka dan hasad dengki di bawah pengaruh iblis laknatullah. 

Akhirnya satu pandangan kepada Rektor baru yang bakal dilantik harap berhati-hati dengan pentadbir kerajaan negeri.
WASSALLAM.

Monday, August 5, 2013

MUNGKIN INI LAH LAGU RAYA TAHUN INI

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SELURUH RAKAN-RAKAN BLOGGER SEKELIAN KHASNYA FOLLOWER TEGAR YANG TAK PERNAH CEMUIH LAWAT BLOG INI.

Sunday, August 4, 2013

'KUIN' UJIAN KEPADA KEPIMPINAN MUKHRIZ DI BULAN RAMADAN

ALOR SETAR, 4 Ogos: Kerajaan Kedah akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah petugas Insaniah Holding Sdn Bhd yang tidak mendapat gaji, sejak Mei lalu.
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata isu tuntutan gaji tertunggak itu tidak sepatutnya diajukan kepada kerajaan negeri kerana ia tiada kaitan secara langsung dengan Insaniah Holding.
"Insaniah Holding merupakan satu anak syarikat di bawah Kolej Universiti Insaniah (Kuin), jadi kerajaan negeri memang tidak ada kaitan dengannya kerana selama ini kita hanya berurusan dengan Kuin dan bukannya dengan Insaniah Holding.
"Tetapi kakitangan Insaniah Holding masih menuntut supaya kerajaan negeri membantu membayar tuntutan gaji yang tertunggak itu. Kita faham situasi mereka, jadi kita akan selesaikan masalah ini di luar bidang kuasa Kuin itu sendiri," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya mencari jalan untuk membayar gaji petugas Insaniah Holding atas dasar ehsan walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat Kuin itu.
"Jalan penyelesaian akan dicari tetapi mungkin nanti akan ada pihak yang masih tidak berpuas hati kerana gagal untuk mendapatkan gaji seperti sebelum ini.
 "Saya ingin jelaskan bahawa masalah yang timbul ini sebenarnya berakar umbi daripada Insaniah Holding itu sendiri, apabila berlakunya perubahan kuasa pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, masalah ini secara langsung telah diwariskan kepada kami," kata Mukhriz.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengenai kos anggaran nilai gaji tertunggak yang berjumlah RM2.7 juta itu, Mukhriz berkata perkara itu merupakan masalah yang rumit.

"Seperti yang sedia maklum, Insaniah Holding telah beroperasi seolah-olah seperti Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) jadi dari situ kita faham bahawa kerajaan negeri sama sekali tidak terlibat dengan semua pengurusan termasuklah pembayaran gaji.

"Saya pelik kerana cara operasinya seperti IPTS tetapi masih bergantung pada dana kerajaan di mana setiap bulan masih meminta pembayaran gaji kepada kakitangan," katanya.
Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai tidak adil apabila kerajaan negeri yang harus membayar tunggakan gaji berkenaan. - BERNAMA