Saturday, August 17, 2013

TIDAK SALAH MENTERI ATAU ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN MENGAMBIL ANAK, ISTERI ATAU MENANTU SEBAGAI PEMBANTU

Nazri Aziz tidak kisah apa orang kata berhubung dengan isu perlatikan anak beliau Mohd Nedim sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pelancongan yang diamanahkan kepada beliau untuk menjadi menteri. 
Katanya "I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me. You must know, I'm a trained lawyer and I know what I am doing”. Sebagai peguam terlatih beliau boleh melakukan apa sahaja kerana tidak menyalahi undang-undang dan pergi jahanam dengan persepsi rakyat janji beliau happy dan seronok. 
"I don't please anybody but myself. If making him a special officer makes me happy then that's it. He (Nedim) is happy working for his father”. Pendek kata Pak Menteri mesti mahu happy-happy dan anak Pak Menteri juga mesti happy-happy kerana hari ini Pak Menteri sudah berkuasa dan tidak siapa boleh gugat Pak Menteri. "Today I am still a minister appointed by a bigger majority in my constituency, so what do they have to say?" 
Najib juga menyokong tindakan beliau malah tidak ada masalah jika seseorang menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil anggota keluarganya sebagai pembantu jika ia tidak melibatkan sebarang pembayaran gaji atau elaun oleh kerajaan. Bermakna ia juga tidak salah untuk melantik isteri, anak dan menantu. 
Kini terpancarlah wajah sebenar sikap seseorang pemimpin itu. Selepas pilihanraya pemenang-pemenang yang telah menang bertanding dan dipilih rakyat sebagai wakil, mereka boleh bercakap dan lakukan apa sahaja malah boleh mendabik dada angkuh kerana telah berkuasa. 
Dulu sebelum pilihanraya sewaktu berkempen kenalah berlakun baik hippokrate depan rakyat kerana nak tagih undi. 
Inilah salah seorang cirri-ciri ‘winnable candidate’ yang sering dilaung-laungkan Najib sebelum pilihanraya dahulu. Kelak jangan persalahkan rakyat jika mereka bangun membuat keputusan atas persepsi kerana majoriti rakyat melihat apa yang mereka lihat kerana mereka bukan peguam terlatih.

9 comments:

  1. Wajah sebenar pemimpin yg menerajui umno kini dan watak sebenar najib sangat terserlah lewat kebelakangan ini adalah penting untuk ahli umno Dan orang melayu menilai Dan membuat keputusan sekarang Dan masa hadapan.

    Jika umno tersungkur selepas ini, tiada kesalan dihati org melayu.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn Nazri tak salah amik anak sendiri jd pegawai khas kpdnya sbg Ahli Parlimen Pdg Rengas.yg salahnya Nadem patut duduk d pej.Ahli Parlimen Pdg Rengas krn melaksana tugas2 AP. kecuali kalau dia Menteri dia blh guna pej.Menteri sebagai pej.AP.jawatan Menteri dn Ahli Parlimen dua jawatan yg berasingan tp org yg sama memegang jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  3. MR.

    DS Najib sedar atau tidak cakap cakap dibawah yang kena batang hidungnya sebagai PM.

    1.perlantikan Azezzz Rahim sebagai Pengerusi LTH.
    2.Isu Nazri lantik anak dia jadi pegawai khas.Tak

    Entahlah UMNO.Apa nak jadi.PRU 14 pun tak lama lagi cuma ada lagi 57 bulan.



    ReplyDelete
  4. Di pejabat kerajaan atau di mana pun jika bini pegawai..sudah nak suruh buat keja..sebab ada pengaruh wpun betina tu keja kerani biasa ja..belagak mcm KSU

    ReplyDelete
  5. Saya berpendapat tidak mudah BN untuk mengekalkan kemenangan mereka yang berterusan akibat perkara-perkara yang begini.
    Masih tak serik-serik lagi.Sudah terhantuk tapi masih belum terngadah.
    Selamt....

    ReplyDelete
  6. Tgh cari Parti alternatif Melayu yg lain. Pastinya bukan Pas atau PKR. UMNO sudah hancus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Perkasa/Jati boleh wujud jadi parti alternative buat UMNO.

      Sekiranya mereka dipimpin oleh pemimpin pemimpin yang baik dan ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan Negara, jom kita semua orang Melayu Islam berhijrah menyokong mereka.

      UMNO dan pemimpin seperti Najib dan Nazri Aziz semuanya sudah hancuuus!

      Mereka manusia sombong yang tidak sedar diri akan kekuasaan Allah swt. Hari ini di atas mungkin esok terjunam di lembah kehinaan!

      Delete
  7. Mungkin ini petanda Najib PM terakhir dari parti UMNO dan orang Melayu seperti yang di laungkan selama ini konsep R.A.H.M.A.N

    ReplyDelete
  8. WOW. opisboy siap berkot an tie bagai...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.