Wednesday, August 14, 2013

"AWAKENING" BUKAN CARA PAK LAH MENCARI DAMAI ABADI

BRIDGET SALAH SEORANG PENULIS BUKU "AWAKENING"
AWAKENING atau KEBANGKITAN adalah satu tajuk buku yang betul-betul membangkitkan kebimbangan beberapa golongan tertentu. 
Buku kajian ilmiah Prof Bridget Welsh's dan Prof James UH Chin itu tiba-tiba menjadi panas sebelum dilancarkan kerana terdapat wawancara dengan bekas PM Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang dikatakan menyentuh Tun M. 
Ramai yang masih belum membaca sepenuhnya buku tersebut tetapi panas komentarnya seperti halilintar membelah bumi. 
Semuanya angkara kebimbangan serta takut Tun M akan bangkit mengamuk menjawab kenyataan di dalam buku ini dan secara tidak langsung akan membuka lagi pekung-pekung lama hendak pula ketika ini UMNO akan menghadapi pemilihan. 
Dan yang lebih membimbangkan akan berlaku seperti kata Mat Salleh “mudslinging” atau balingan selut, lumpur atau air-acar di kalangan pengikut setia Tun Abdullah dan Tun M. Baru hanya mendengar bunyinya sahaja sedikit sebanyak percikannya sudah dapat dirasai.
Tun M pantang dicabar dan pantang ditegur. Tun Abdullah pula selama ini membisu seribu bahasa tak ubah seperti kata orang Melayu “bercakap dengan ketul batu”. Sikap Tun Abdullah ini membuat semua pihak mati akal termasuk Tun M kerana Pak Lah tak melawan. Maka apabila ada ruang seperti kebangkitan buku Awakening ini maka semua pihak ada bahan yang sedap untuk tibai Pak Lah. 
Pak Lah pula selama ini tak berani nak jengol kepala kerana beliau juga bimbang sedikit sebanyak tindakan beliau akan menjejaskan menantu beliau Khairy Jamaludin yang sedang meragas jawatan menteri cabinet. 
Buku Awakening dilihat akan menjejaskan KJ maka sebab itu Pak Lah terpaksa menafikan pembabitan dalam penerbitannya dan kalau dapat dicucuh api kan buku ini. Yang sebenarnya banyak perkara yang ada dalam minda Pak Lah yang beliau ingin luahkan tetapi apakan daya Mahathir masih segar-bugar. 
Ramai rakan yang berseloroh menyatakan adalah lebih baik Pak Lah mencari damai abadi dengan isteri muda dari mencari penyakit dengan politik negara yang semakin kalut. Sesungguhnya itulah kenikmatan yang ada dalam hidup Pak Lah dan yang tidak ada pada Tun M.

5 comments:

  1. Nikmat mahathir - terus bersuara - luahkan.
    Nikmat paklah - terus diam - pendam.

    Gunung berapi pun tak berani meletus, meletup kalau sebut sahaja nama mahathir (maaflah kalau anti mahathir tak suka ayat ni)

    ReplyDelete
  2. Tiada siapa yang tidak melakukan kesalahan sepanjang hidup mereka kecuali Nabi.Begitu juga Tun M. Tetapi jasa dan kebaikan yang telah beliau lakukan kepada rakyat Malaysia telah menutupi hampir keseluruhan kesalahan beliau.Hampir keseluruhan jenerasi rakyat Malaysia yang hidup dizaman pemerintahan beliau menikmati apa yang telah beliau usahakan.Pastilah mereka2 ini melenting jika ada pemimpin yang terkemudian cuba memburuk-burukan beliau. Termasuk lah aku...hehehe

    ReplyDelete
  3. tak kiralah biar berjuta juta pun jasa Mahathir, yg penting dia bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Kenapa dia fikir dia lebih pandai dari Pak Lah dan Najib? nampak sangat dia sebenarnya nak jadi PM sampai mati. Bagilah ruang untuk Najib jadi PM. Muslihat Mahathir mudah dibaca-dia nak jaga kepentingan kroni2 nya, termasuk anak2nya. Dan dia nak pastikan Mukhriz (bukan bijak sangat pun) ada kedudukan politik yg kuat, sampai jadi PM.

    sri hartamas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn komen anda. Yelah TDM bila cakap masalah selalu sebut bermula daripadaTAB ke DSNTR. Seolah2 TDM maksum langsung tak buat silap. Dia lupa kot UMNO diharamkan dizamannya. Ada baiknya terbit buku "awakening" tu boleh buat pertimbangan mana satu yang betul.

      Delete
  4. Lari dari topik sikit tapi saya rasa blog ini boleh publish komen saya mengenai perlantikan Abdul Azeez Rahim sebagai pengerusi Tabung Haji.

    Saya mintak tolong sangat-sangat dengan kerajaan utk tarik balik watikah perlantikan beliau.

    Saya kenal Azeez. Ini kisah hidupnya. Sekolah rendah di SK bukit bintang. sekolah menengah di Sm bukit bintang PJ. GAGAL SRP. Masuk vanto akedemy PJ dan ambil SRP sekali lagi dan gagal SRP sekali lagi sbg pelajar persendirian.

    Lepas itu dia kerja di Shah Motel di Pj sebagai pelayan. Sambil tu dia mula jual kereta terpakai di kalangan kawan2 dia. Dulu dia duduk di kg ghandi jln klang lama.

    kemudian dia pindah ke rumah panjang dekat sg way. dia buka kedai kereta terpakai di pj. Nama kedai KTA- Kereta Terpakai Azeez.Banyak buat duit bila dia jual kereta kat pensyarah ITM dsb.

    Masuk politik melalui kenalan di Baling. Dia lahir dan membesar di Petaling Jaya. Emak dia 100% mamak. dia janda 5 anak lelaki. Ayah dia rahim ( 100% mamak) tinggalkan anak2 dia dan kawin lain. ayah dia dulu pernah bawa teksi. pas tu berniaga kedai makan dsb.adik beradik dia nasir, rashid, rahman dan mutalib.

    Dia bohong satu dunia yg dia ada MBA dari "Preston" universiti. Tak pernah ambil SPM tahu2 dah "beli" MBA.

    Dia kalau baca ni pasti terkejut sbb maklumat ini betul 100%. Dia memang kenal sangat dengan saya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.