Tuesday, August 6, 2013

JIWA KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH SANGAT DEKAT DENGAN KUIN



LOGO KUIN MACAM LENCANA SEKOLAH

Saya dapati setiap kali tulisan saya yang menyentuh KUIN pasti ramai rakan-rakan blogger khasnya blog-blog politik akan memetik dan mempautkan ke laman-laman web mereka. 
Pautan mereka samada disertai dengan komen atau tanpa komen atau cut and paste. Tidak kurang juga ramai yang menghentam saya malah ramai yang mentafsirkan mengikut kelok kecenderongan politik masing-masing.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa tulisan saya tentang KUIN langsung tidak ada niat atau telunjuk berkait bagi tujuan mempolitikkan gedung ilmu ini. Ianya juga bukan ditulis sekadar hentam keromo tanpa berlandaskan kesahihan dan fakta yang saya arkibkan sejak dari tahun 2009 lagi.
Kelangsungan itu saya juga memohon maaf kepada komentator-komentator kerana saya terpaksa menapis komen-komen saudara yang  berbaur kesumat tanpa fakta sahih dan lebih kepada sentimen peribadi.

Berhubung isu KUIN, sesungguhnya kritikan atau pandangan saya ini datang atas minat dan ingin membela untuk menjulang kecemerlangan gedung ilmu khasnya keilmuan Islam. Ini agar  institusi ilmu, para-para sarjana dan penuntut-penuntut tidak menjadi mangsa politik sempit sesetengah pihak khasnya pihak-pihak pentadbir, politikus pemerintah, politikus pembangkang, oportunis-oportunis di sebalik tabir yang diperalatkan dan memperalatkan para ilmuan untuk meragas jawatan dalam pentadbiran.
Janganlah hanya kerana golongan ini tidak pandai berpolitik, patuh berpegang kepada professionalisma dan non- partisan mereka boleh wewenangnya memerangkap golongan ini.

Sebenarnya pengalaman saya dengan KUIN bermula di sekitar tahun 2010 dan juga saya secara langsung berkesempatan mengikuti “Langkawi Islamic Finance and Economics  Conference (LIFE3)” peringkat antarabangsa anjuran Kolej Universiti Insaniah yang diadakan di Langkawi pada Oktober 2011.

Konference kali ke3 itu adalah konference tahunan dianjurkan oleh KUIN. Tema pada tahun itu berkisar kepada "Islamic and Finance: Waqf, Zakkat and Sadaqah as Community Empowerment Strategies for the Economic Transformation of the Ummah”.

Saya tidak berhasrat untuk mengupas isi konference tersebut tetapi cukup dengan komen ringkas menyatakan ‘salute’ saya pada KUIN ketika itu yang berjaya mengumpul tokoh-tokoh sarjana kewangan Islam yang besar untuk menjana ilmu Islam yang begitu luas khasnya pengurusan Waqf. Dan hasilnya ramai para-para sarjana ini yang pulang ke negara mereka membawa buah fikiran untuk dilaksanakan di negara mereka.

Di kesempatan berbual dengan Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman bersama beberapa tokoh ilmuan di waktu sidang media saya sempat berbisik pada Rektor memohon penjelasan satu perkara kecil tidak langsung berkait dengan konference yang dianjurkan.

Pertanyaan saya ialah mengapa logo KUIN seperti logo atau lencana sekolah? Sambil tersenyum  jawab Datuk Prof Dr Jamil sebenarnya beliau ingin mengubah logo tersebut tetapi  KDYMM Tunku Sultan ingin mengekalkannya malah huruf-huruf kecil di dalam logo itu adalah cadangan Tuanku sendiri jelas beliau. Bertolak dari itu saya dapat membuat kesimpulan bahawa ternyata KUIN begitu dekat di hati Tuanku Sultan.

Di sini juga saya ingin menyentuh berhubung dengan berbagai tohmahan terhadap bekas Rektor, Datuk Prof Dr Jamil Osman selama ini di mana saya lihat beliau lebih berdiam diri dan tidak pernah tampil mempertahankan diri beliau. 
Satu konklusi yang saya ingin nyatakan di sini bersempena menjelang hari baik dan bulan baik Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba bahawa sepanjang saya mengenali Rektor secara jauh dan dekat saya yakin beliau telah mentadbir KUIN dengan penuh amanah dan tanggung jawab. Dan jika pun terdapat kelemahan dan kesilapan yang dipolitikkan oleh puak-puak dalaman tertentu sesungguhnya semuanya itu adalah perangkap untuk menjatuhkan beliau. Sesungguhnya semua tohmahan kepada beliau selama ini adalah fitnah yang penuh durjana, syak wasangka dan hasad dengki di bawah pengaruh iblis laknatullah. 

Akhirnya satu pandangan kepada Rektor baru yang bakal dilantik harap berhati-hati dengan pentadbir kerajaan negeri.
WASSALLAM.

8 comments:

  1. Maaf nak tanya, siapa yang lebih mengenali mantan Rektor? Saudari yang pernah berbual sekejap dengannya atau staf-staf yang pernah bertahun bekerja di bawahnya?

    ReplyDelete
  2. MR.
    Nampak macam MR nak jadi pembela pada Dr Jamil.
    Kalau begini punya teruk perjalanan KUIN sampai kelam kabut.Sila nyatakan siapa yang sebenarnya yang buat salah.

    Semua rakyat Kedah sayang pada KUIN.MR kena buat liputan yang adil.

    Bukan soal politik sangat.Tapi semua ini berpunca dari dasar politik Kedah juga.

    Dr Jamil hanyalah menjalankan tugas.Ada tangan-tangan yang lebih atas darinya.

    MR kena turun padang semua lihat KUIN sebenar.Setakat hadziri konferen anjuran KUIN bukanlah kayu ukur sebenarnya.Itu hanyalah kulit bawang KUIN sahaja.

    MR kena beri maklumat tepat baru boleh nampak masalah sebenar.Jelas MR pun kurang teliti untuk menepati isu sebenar.

    MR bukanlah pakar dalam selesai isu yang memalukan kerajaan dan rakyat Kedah.

    Dulu pun kerajaan Melayu Pas Kedah.Sekarang Kerajaan Melayu UMNO Kedah.

    Nampak sangat mana-mana Kerajaan Melayu pun lebih utama warna politik daripada warna bangsa dan agama.

    Harap MR dapat turun padang buat siasatan yang profesional sikit.

    ReplyDelete
  3. "Akhirnya satu pandangan kepada Rektor baru yang bakal dilantik harap berhati-hati dengan pentadbir kerajaan negeri".

    Betul tu MR... depa adalah satu kelompok geng-geng depa saja... kalau takat ada 1st class degree mohon jadi KCS jangan harap boleh dapat kalau bukan dari anak-abak cucu geng tertentu. Depa macam Freemason!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum MR..!!!Di bulan baik ini MR masih lagi mencari dan meletakkan kesalahan urustadbir KUIN kepada pentadbir Kerajaan Negeri.Soalan pertama saya pada MR siapa yang mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan apa yang akan bibuat oleh Pentadbiran KUIN,apakah ada campurtangan Pentadbiran Kerajaan Negeri untuk sebarang keputusan yang dibuat.Urustadbir KUIN dibuat oleh pentadbiran KUIN sendiri dan kuasa hamper mutlak tentulah rektornya sendiri.Perbelanjaan KUIN diberikan secara lumpsum mengikut budjet yang dibentangkan kepada kerajaan negeri.Tidak adapun Pentadbir Negeri campur tangan tentang perbelanjaan dan pengurusan mereka kecualiPentadbiran KUIN sendiri.

    Soalan kedua untuk MR jawab ialah mengapa kemelut kewangan ini hanya timbul bila PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.MR harus melihat sejarah penubuhan KUIN dan perjalanan KUIN tidak berdepan dengan masalah besarpun waktu itu.MR dengan bangganya menyatakan bahawa DR Jamil telah memainkan peranannya sehingga dinaikkan taraf Kolej Universiti.Betul lah tu tetapi MR juga tidak harus melupakan nama-nama lain yang sama-sama berusaha kearah pengiktirafan itu.Jangan kerana MR berkenalan baik dengan seseorang maka apa juga salah tidak perlu diungkit langsung.Komen dan ungkitan itu mungkin untuk mencari punca masalah sebenar apa yang berlaku.

    MR!Setahu saya hanya seorang KCS yang berkhidmat dengan KUIN itupun hanyalah melibatkan urusan pentadbiran KUIN sahaja.Jangan cuba untuk menyalahkan Pentadbir Negeri bila masalah yang dibuat kerana pemutus dan dasar adalah ditangan Rektor sendiri.Saya cuba selidiki penglibatan pentadbir negeri dengan KUIN ini tetapi mereka sendiri tidak mengerti dengan perjalanan KUIN kerana bagi mereka sempadan tugas dan tanggung jawab masing-masing berbeda.Seperti pernah saya baca komen MR sebelum ini tentang pengorbanan seorang Prof dari USM yang sanggup berkhidmat dengan KUIN kerana dia anak Kedah.MR! Gelaran Prof saja tidak cukup menguji kecerdikan kita.Prof yang MR maksudkan saya kenal latarnya dan cuba MR selidik apa berlaku pada tahun 1982 kalau tak silap ingatan di USM sebelum Tan Sri Musa dilantik menjadi VC USM.

    Kepada anonymous 6:10 jangan menjadikan fitnah amalan kita dibulan yang mulia ini.Kita bercakap untuk merungkai masalah yang MR utarakan bukan untuk membuat fitnah pada sesiapa.

    MR! Seperti yang dicadangkan oleh Mahawangsa buatlah sedikit penyelidikan dan jangan hanya mendengar kepada sebelah pehak dan enggan mengaku kesilapan.Kita bukan nak menyalahkan Dr.Jamil sahaja tetapi punca sebenar harus dirungkai.Pentadbiran Negeri terutama YAB MB sedang memikir dan mengambil langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah KUIN.Kita doakan kejayaannya..Aminnn...Selamat Berhari Raya MR..Maaaf salah silap...Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Eidul Fitri Anom 2:59,
      Terlebih dahulu saya memohon maaf jika takrifan saya berhubung istilah 'Pentadbir'difahamkan terlalu umum dan saya faham kerana "Kerbau seekor membawa lumpur maka semua terpalit".
      Saya juga sedar dan amat menghormati serta sesungguhnya tidak harus terlepas pandang bahawa masih terdapat ramai lagi pentadbir yang berkhidmat dengan tulus ikhlas demi rakyat dan anak bangsa negeri Kedah.
      Saya tidak ingin mengulas lagi berhubung Prof Datuk Dr Jamil bekas Rektor KUIN cuma untuk makluman, beliau merupakan guru saya dalam bidang Statistic di School Of Computer Science di ITM, Shah Alam sekitar 80an dahulu. Ketika itu kami adalah golongan pelajar-pelajar Melayu yang datang dari kampung dipandang rendah dan kami bersaing dengan Kolej Tunku Abdul Rahman. Tetapi apabila kami mendapat tawaran ke universiti luar negara seperti US dan UK ramai rakan-rakan kami telah membuktikan kejayaan yang cemerlang sehingga tercatat dalam senarai "Who's Who Among Student In American Universities".
      Atas semangat itu, seperti dari awal komen posting saya bahawa saya ikhlas ingin melihat KUIN dinaikan taraf ke universiti penuh.
      Kedah hari ini di bawah Kerajaan Melayu dan Islam buktinya pengudni Cina tidak mengundi UMNO lagi.Dan saya tidak akan patah dan akan terus bersuara dalam isu pendidikan ini.
      Apa juga isu dan masaalah harus ditangani dengan cermat, lendit dan tertib tanpa prejudis tanpa sentimen.
      Terima kasih di atas respon dan pandangan.
      JANGAN LUPA HARI RAYA KE3 RUMAH TERBUKA MB DI MENTALOON. JUMPA DI SANA.

      Delete
  5. OOOOO! Rupanya MR nak habak yang dia pun student sebarang laut juga yang asalnya UiTm.
    Baguih lah.Tak payahlah berbelit-belit sampai heret dengan KUIN merata ceruk.

    Harap-harap MR student asli.Tak macama student lain beli ijazah.

    Maaflah kalau kasar sikit.

    ReplyDelete
  6. Ini semua Barni punya angkara ada konspirasi nak jatuhkan Ustaz Azizan. Ada ka bagi surat pecat Dr Latifah (Ex Pendaftar UUM) ketika dia mahu lapur diri. Kini Dr Latifah akan saman Barni, cerita ini akan panjang dan memalukan kerajaan Kedah.

    ReplyDelete
  7. Sepertimana terbitnya keterangan saya yang lepas tentang masalah tuntutan tunggakan gaji yang diajukan kepada YAB Menteri Besar Kedah, saya ingin memberikan pencerahan kenapa isu tuntutan itu ditujukan kepada beliau.

    Dengan rasa rendah diri, kami ingin melahirkan rasa kesal apabila YAB Menteri Besar yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN yang kami hormati, membuat kenyataan bagaikan entiti IHSB dan setiap kakitangan yang bekerja di dalamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Kerajaan Negeri.

    Seperti yang saya jelaskan di dalam keterangan sebelumnya, punca kegagalan IHSB membayar gaji kami adalah kerana berlaku masalah aliran kewangan. IHSB dan anak syarikat lain menyediakan kemudahan pembelajaran dan sumber tenaga manusia untuk membolehkan pelajar-pelajar KUIN mendapat servis dan kemudahan yang mereka bayar.

    Segala apa yang disediakan oleh IHSB untuk pelajar KUIN telah diperincikan di dalam invois bayaran kepada Bendahari. Invois itu telah dipersetujui dibayar oleh KUIN sebagaimana pembayaran yang dibuat sehingga sekurang-kurangnya April lalu. Namun tiada bayaran dibuat untuk invois bulan Mei hingga kini.

    Dengan ini, saya tidak menafikan apa-apa jenis masalah pengurusan dan halatuju syarikat. Tetapi saya menerangkan bagaimana kami dibayar, untuk apa kami dibayar dan siapa yang perlu menjelaskan bayaran.

    Read more: http://www.taufiking.com/2013/08/kenapa-ihsb-buat-tuntuan-kepada.html#ixzz2c7SjF54U

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.