ALOR SETAR: Kerajaan
negeri Kedah bersedia mempertimbang cadangan untuk menyediakan 'kertas
putih' mengandungi penjelasan berhubung pelbagai isu yang melanda Kolej
Universiti Insaniah (Kuin).
Pengerusi Jawatankuasa
Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Datuk Tajul Urus Md Zain
berkata, bagaimanapun pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
keputusan.
"Saya
tidak berkeupayaan untuk menyatakannya, tapi saya lihat ia sebagai satu
cadangan yang baik dan akan berbincang dengan Menteri Besar," katanya
menjawab soalan tambahan dan cadangan daripada Datuk Ir Phahrolrazi Mohd
Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) pada sidang dewan undangan negeri (DUN)
di sini Selasa.
Phahrolrazi mencadangkan
supaya kerajaan negeri mempertimbang menyediakan 'kertas putih' yang
menjelaskan secara terperinci masalah sebenar yang masih dihadapi Kuin
supaya ia dapat dijadikan pencerahan kepada semua pihak.
Sementara itu, Tajul
Urus memberitahu dewan setiap keputusan yang diambil berkaitan
pemindahan fakulti dari kampus Kuin di Kuala Ketil ke Mergong di sini,
dan penyusunan semula struktur pentadbiran kolej universiti itu adalah
mengikut peraturan serta prosedur yang sah.
Tajul Urus berkata tidak
ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan
beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa
selepas penyusunan semula struktur pentadbiran.
Beliau menjawab soalan
Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berhubung keputusan yang diambil untuk
perkara-perkara berkenaan sama ada sah dan mengikut prosedur.
Tajul Urus berkata
seperti mana kerajaan negeri terdahulu, pihaknya juga mempunyai hasrat
sama iaitu ingin meletakkan Kuin sebagai universiti penuh dan tidak
sesekali mengundur ke belakang dalam soal berkenaan.
Katanya, untuk
merealisasikan hasrat itu, setiap proses melibatkan pengurusan dan
pentadbiran Kuin dilakukan secara teratur dan strategik di samping
mengambil kira kepentingan semua pihak.
Mengenai dakwaan
kepadatan pelajar di kampus Mergong, beliau berkata perkara itu masih
tidak dapat disahkannya kerana berdasarkan tinjauan pihaknya baru-baru
ini proses pengajian berjalan lancar.
"Ketika meninjau ke
kampus Mergong, saya dapati tidak berlaku 'limpahan pelajar' hingga ke
luar kelas," katanya ketika menjawab mengenai dakwaan terdapat pelajar
yang terpaksa duduk di luar kelas akibat bilik kuliah yang sempit.
- BERNAMA
MR.
ReplyDeleteIsu Kuin ini.Masa zaman Kerajaan Pas dia jadi modal poliiik UMNO.Kemudian bila zaman Kerajaan UMNO dia jadi modal politik Pas.
Menarik juga politik Kedah.
Sepaptutnya dua pihak parti Melayu ini duduk bincang agar Kuin tidak BUNGKUS angkara mainan politik BODOH pemimpin PAS/UMNO.
Kerajaan UMNO Kedah wajib selamat dan terus masa depan KUIN>
Pemimpin PAS perlu ikhlas dalam isu KUNI ini.
Diharap KUIN jangan jadi modal politik lagi antara UMNO/PAS.
Sdr Shamsuir Ismail,
DeleteSaya setuju dengan pendapat tuan. Melayu berpolitik ibarat "menang jadi arang kalah jadi abu" tidak seperti kaum Cina yang berpoltik di mana dalam apahal juga semuanya mereka menang.
Kita menghadapi cabaran isu-isu pendidikan oleh pendesak-pendesak seperti Dong Zong dan Jio Zong yang mendesak bukan-bukan menegakkan sekolah venerkular. Sebaliknya kita sesama kita berbahas dan berdebat tanpa sudah isu KUIN yang sepatutnya di tangani dengan mudah tidak terjejas pelajar dan integriti pengajian dan keilmuan.
WASSALLAM.
MR,
ReplyDeleteKata UMNO kami berjaya tawan Kedah kerana isu KUIN, kata PAS pulak kami kalah kerana UMNO putar isu KUIN. Dalam PAS sendiri tak ngam dengan Ustaz Azizan depa hentam Ustaz Azizan guna kelemahan Ustaz Azizan dalam KUIN.
UMNO nak kan "BN Menang Kedah Senang" guna maklumat dalaman yang dibongkar orang dalam PAS hentam KUIN bagai nak mampus melalui media kawalan UMNO.
Habis terlungkup. Sekarang siapa yang mampus? Kita tunggu sejauh mana Kedah akan senang bila BN menang..
Main politik bodo....
"Tajul Urus berkata tidak ada juga sebarang arahan oleh mana-mana pihak untuk memberhentikan beberapa tenaga pengajar dan kakitangan Kuin seperti yang didakwa selepas penyusunan semula struktur pentadbiran."
ReplyDeleteMacam mana pula Ustaz Ghani Shamsuddin ? Yang lain2 kakitangan dan pensyarah di bawah Insaniah Holding memang tiada hitam putih berhenti ke apa2 ke, cuma gaji tak di beri dari Mei 2013. Apa erti nya ? Undang2 negeri mana yang mereka guna?