Wednesday, October 24, 2012

CEO GLC telah hilang jatidiri Melayu

(Utusan). Kongres Ekonomi Melayu 2012
Hari ini sempena Kongres Ekonomi Melayu 2012 Che Det menegur lagi di mana terdapat pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya yang sepatut memperkukuhkan ekonomi Bumiputera.
Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan untuk memelihara equiti Bumiputera terutama orang Melayu ternyata lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti. GLC yang seharusnya menjaga kepentingan Bumiputera sebenarnya sudah hilang jiwa dan jatidiri Melayu nya.
GLC-GLC ini dipimpin oleh CEO-CEO yang berkelulusan barat yang telah dilatih dengan ilmu ekonomi liberal amalan barat. Keuntungan merupakan matlamat utama. Membantu Bumiputera dan Melayu merupakan liabiliti bagi mereka dan bukan pun KPI utama sebagai penilaian prestasi mereka.
Parut krisis ekonomi 1997 ialah Melayu dan Bumiputera dilihat sebagai kroni. Walaupun kita tidak meminjam dari IMF dan kita menentang Soros penyangak mata wang habis-habis tetapi pemikiran IMF dan Soros telah tertanam di dalam minda pelajar-pelajar kita yang belajar di Universiti Of London, Harvard dan Cambridge.
Mereka-mereka ini lah yang sedang menguasai GLC kita hari ini. Mereka hidup mewah dengan gaji dan saraan hidup yang lumayan dan hanya bercampur sesama mereka dalam kelab elit.
Tidak mustahil generasi selepas ini akan malu untuk mengaku mereka itu Melayu dan Bumiputera. Yang masih kuat memperjuangkan hak-hak Melayu dan Bumiputera ialah mereka yang ‘drop out’ dan terpinggir kerana merasakan mereka harus mendapat pembelaan dari kuasa politik.

6 comments:

  1. Mukhriz pernah mengingatkan:

    Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) yang dilantik untuk menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mesti menyokong dasar kerajaan, kata Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir.

    “GLC ditubuhkan oleh Umno untuk membantu ekonomi orang Melayu. Jika mereka menyokong atau condong kepada pembangkang itu memang tidak boleh," katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan seorang perwakilan yang mahu kerajaan menyingkir CEO yang menyokong parti pembangkang.

    Gesaan ini bukan baru kerana setiap tahun dalam perhimpunan ada wakil yang mahu kerajaan bertindak ke atas CEO yang tidak menyokong polisi kerajaan.

    Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, setiap orang yang menjadi ketua GLC mesti mempunyai Indek Prestasi Utama (KPI).

    “KPI akan dinilai dan dijadikan ukuran oleh kerajaan sama ada CEO berkenaan sesuai atau tidak,” katanya.

    Ujar beliau, “saya bimbang jika mereka gagal menerajui GLC mereka akan menyalahkan Umno dan Barisan Nasional kelak.”

    ReplyDelete
  2. MR.
    Itu cerita pasal GLc.

    Apa hal fasal keruntuhan Bernama TV yg kata bekas menteri penerangan orang Kedah masa penubuhannya dia pun tak dimaklumkan.

    Bukan GLC saja.Jgn salah orang luar umno saja.

    Bernama TV katanya orang kuat UMNO betul ke.

    Semua serupa asal perut sendiri kenyang.

    ReplyDelete
  3. Awat Madey nak komen GLC dan ekuiti orang Melayu? Tidakkah Madey mahu membangkitkan ke mana perginya RM 50 bilion yang dikhaskan bagi ekuiti orang Melayu? Segala usaha nak agihkan ekuiti orang Melayu enak didengar pada retorik pemimpin UMNO dan NGO yang proUMNO malangnya duit itu hangus di dalam proses untuk tujuan itu kerana elit UMNO atau kroninya akan sapu.Pemimpin GLC adalah berjiwa kapitalis dan mereka tiada hati perut mengenai nak tingkatkan ekuiti orang Melayu majoriti TAPI untuk penuhkan tempolok mereka, perkara ini sulit diterima oleh majoriti orang Melayu dari kampong/FELDA dan yang kureng dedahan dengan pendidikan dari kalangan pembangkang.Orang daif Melayu tak boleh merespon cerdik bagaimana anak Mahathir atau Sharizat boleh jadi kaya raya meskipun mereka tiada bakat luar biasa.

    ReplyDelete
  4. Ceo glc mula naik kepala pabila pemerintahan paklah. Beruk lakanat ni gaji besar, mengatur projek utk family dan kawan2 dan buat syarikat glc ni macam bapak dia punya company.

    Tapi beruk2 ni hidup lagi b'coz ada menteri ane duduk dlm kabinet lagi.. Lepas tu azman mokhtar ni pun satu paria juga tak reti2 nak melingkup setelah buat duit yg byk.

    Yg paling kretikal pabila di PM Off pun ada beruk yang baik dengan ceo glc lakanat2 ni semua. Dulu zaman paklah beruk ni sanjung paklah and Kj. Lani dia pi bodek PM pulak.

    Mahkluk perosak ni semua mau dok buang dari tempat2 penting seperti di PM off dan glc. Lakanat ni semua tak ada sifat@semangat nak bantu orang melayu.

    Yg baru siye ni semua tau. Pakai branded item, Lepak main golf, lepak cigar room habuan boleh mengatur segala benda.

    Jimis

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.