MR telah ditegur supaya tidak sangat menghentam UMNO kerana
mereka merupakan parti majoriti kelak akan menjejaskan perjalanan mereka di
dalam menghadapi PRU13 yang dijangka persaingannya kali ini amat sengit demi
survival UMNO dan kepimpinan Najib.
Tetapi disatu pihak lagi khasnya di kalangan anak muda yang
sentiasa menyokong blog Mummy Rokiah sejak dari mula MR menapak dalam blogsfera pada tahun
2008 mendesak agar MR menulis sedikit teguran tentang penjaga pintu bangunan
UMNO yang sombong dan merak tak tentu pasal.
Mengenang kesetiaan dan jasa mereka kepada blog ini MR terpaksa juga bangkitkan rungutan mereka semoga tidak mejadi personal kelak.
Adu hal mereka ialah mereka keciwa dengan salah seorang
penjaga pintu yang bergelar datuk bermotor besar kerana semasa sessi perjumpaan
temujanji dengan mereka, ayat pertama datuk itu luahkan ialah “Ok, you ada 10 minute apa you nak cakap
dengan I? I tak ada masa”.
“Amboiii…mentang-mentang lah kami ini budak-budak yang tidak
ada apa-apa kepentingan bagi dia, kami dilayan seperti melepas batuk ditangga saja”
keluhan pemuda itu.
Mungkin DS Najib sebagai Presiden UMNO harus rebranding kembali bangunan UMNO ini menjadi
bangunan rakyat supaya ianya tidak dianggap seperti bangunan kelab elit UMNO
yang hanya melayan ahli-ahli UMNO yang boleh menjana kuasa kepada mereka
sahaja.
Penjaga pintu masuk bangunan UMNO juga tidak harus sombong.
Kekalahan mereka dalam PRU lepas seharusnya menyedarkan mereka betapa
kebencian rakyat yang memuncak kepada mereka.
Bangunan berprestij sebegini akan rosak
dengan penjaga pintu yang berkepentingan khasnya tingkah laku, body language seperti bodyguard
dalam filem gangster. Yang lebih parah ialah bertindak sebagai Mat Sibuk yang lebih sibuk dari boss mereka di mana tingginya hidung melebihi
lobangnya.
Parti yang hanya tinggal buat rakyat hari ini hanyalah UMNO.
Parti Rakyat pimpinann Kassim Ahmad telah terkubur hanya tinggal batu nisan dan
pejuang sosialis rakyat Syed Husin Ali pun sudah termakan gedembong oppotunis
Anwar Ibrahim.
Apapun kepada rakan-rakan remaja tadi penyokong blog MR, hanya satu
pesanan MR, jika marahkan nyamuk jangan dibakar kelambunya.
“Usah diharap padi seberang entahkan masak entahkan tidak,
jangan diharap kuasa pembangkang entahkan menang entahkan tidak”
Mummy Rokiah,
ReplyDeleteTerima kasih Mummy atas sokongan. Untuk makluman Pak Mansor dan Lim Guan Eng dok bertokak pasal rakaman suara tempoh hari.
Bila MR nak mai Penang?Kami nanti bawa Mummy pi pekena Kari Kepala Ikan di Batu Maung pasti menjilat lengan..
BYE.
Salam dari semua.
Terima kasih MR kerana mendengar suara kita.Dunia bulat.
ReplyDeleteBila MR nak buat perjumpaan tertutup lagi? Jun,Mi,Wan, Tim dan Zack ready for further instruction..salam dari kami di CJaya.
Yessssszerrr.
UMNO will either “sink or swim” in the next coming election. Hard work, energetic, taking responsibility and serving others is only be seen as a core values in Najib but not in other UMNO leaders.
ReplyDeleteYesterday meeting Najib address that their special set up committee will not wait for months for any disciplinary action. I do not know its going to be difficult and painful decisions.
WE SEE.
*That is the gatekeeper Mummy?mmmm brrrrrrrr.
OK BRO.
Kami, CJaya, O2,
ReplyDeleteTerima kasih MR ucapkan di atas sokongan kamu semua.
Kami,
MR tak tau lagi bilak nak p Penang.Gulai Kepala ikan hang kata tu Pen Mutiara ka? memang sedap kalau Pen Mutiara. Haritu MR pi sebaik turun kereta dah bau gulai dia...woooo POWER BEB!
Cjaya,
Salam juga pada Jun, Zack, Mi, Wan dan Tim. Kan perjumaan tertutup kena buat secara tertutup la. Hang jangan dok tanya di sini.
O2,
Ill get in touch with you for our next move.
Busy maaaaaaaaaaaaaaa..
'Parti yang hanya tinggal buat rakyat hari ini hanyalah UMNO.' Betul ke? Parti UMNO pada hakikatnya adalah parti untuk kroni dan elit Melayu bukan parti untuk rakyat. UMNO mengguna "parti untuk rakyat dan mempermainkan ketidak selamat mereka dengan orang Cina khasnya bagi mendapat sokongan dan terus berkuasa dan mengkayakan kroni dan elit Melayu lain".
ReplyDeleteParti Rakyat pimpinann Kassim Ahmad telah terkubur hanya tinggal batu nisan dan pejuang sosialis rakyat Syed Husin Ali pun sudah termakan gedembong oppotunis Anwar Ibrahim." - Parti Rakyat telah merudum bersama parti kiri lain tatkala penjajah serang dan patahkan pemimpin mereka, Kassim Ahmad terlalu saintifik sosialinya sehingga ramai tak boleh menggarap dan Kassim pun tiada mutu kepimpinan dan terpesona dengan Islam mengikut ajaran Quran dan Syed Hussin Ali masih sosialis yang berprinsip dan ideanya diambil pula Anwar Ibrahim yang selalu menekankan segelintir elit menindas 99% majoriti rakyat.Anwar sejak di bangku sekolah lagi dah menentang bentuk-bentuk kezaliman, masuk jail, dihina dan masih mahu menentang kezaliman, apakah itu dia mengikut MR seorang opporcunis?
Melayu terbahagi kepada 3 golongan:
ReplyDelete1) Melayu Kampung pekat menyokong UMNO.
ii) Melayu Bandar elitis yang pentingkan harta dan kemewahan. Hidup seperti barat. Tidak ambil tahu tentang parti dan anggap UMNO ini parti kolot.
iii) Melayu Sam-Sam di mana golongan ini bercampur di antara kampung dan elit. Mereka ini hanya mencari ruang yang mana asyoookk mereka sambar.
Saya takrifkan penjaga pintu bangunan UMNO ini bukan sombong tetapi Gila Kuasa, kerja gila mesti ditunjukkan kepada bosnya supaya bos berkuasa kelak dia pun diberi kuasa.
MR,
ReplyDeletekesian UMNO krn mempunyai ahli2 yg kadangkala bebal nak mampuih!!
ada yg guan nama UMNO hanya utk berniaga! kontrak dihambat, modal dirembat! dah kaya ilang jatidiri! ni la buat busuk nama UMNO! nak tulong bangsa tp bangsa tak kenang budi!!
ada yg guna nama UMNO utk dptkan pangkat! dah dpt pangkat cuba tunjuk eksen, mcm penjaga pintu tu la!
ada pula guna UMNO utk jahanamkan kaum sendiri! ni lagi ghaprah! lama2 runtuh parti krn segolongan manusia dlm UMNO ni yg angkut geng tarah UMNO habih2! bila dah susah makihamun UMNO balik!! adaka lagu tu?
paling parah ada gunakan nama pemimpin no1# UMNO utk kumpulkan pengaruh!! gilakuasa sungguh!! kesian PM bila dpt pendamping2 yg gila serbaserbi nih!!
jgn terasa hati kalu tidak kena batang idung sesiapa di sini.
apapun ambo doakan UMNO mampu bertahan. semoga PM dpt kikisbuang parasit2 dlm UMNO ni, biarlah tinggal mrk yg benar2 ikhlas berjuang utk membantu agama, bangsa & negara dari jatuh ke tgn pihak lain...Insyaallah