Sunday, October 7, 2012

Segelintir pemandu teksi KL besar kepala



How much?: Natalie having to haggle with a taxi driver in Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, despite (below) the sticker on a taxi stating that haggling is prohibited. (The Star)
Segelintir pemandu teksi KualaLumpur yang melancarkan mogok buat kali kedua disifatkan sebagai sudah besar kepala. Mereka membantah perkhidmatan GO-KL yang mengikut mereka menjejaskan pendapatan mereka.
The Star sebelum ini mendedahkan sikap pemandu teksi Kuala Lumpur yang sungguh memualkan. Mengikut kajian  Londoncabs.co.uk rating sikap pemandu teksi di kota-kota besar dunia, perkhidmatan Teksi Kuala Lumpur merupakan yang terburuk. Klik - KL Cabbies 'worst taxi drivers in the world'.
Inilah akibatnya jika permit-permit teksi diberi kepada individu. Perkara ini juga pernah berlaku di sekitar tahun 1990an dahulu di mana perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur hampir lumpuh akibat dari tindakan mogok pemandu-pemandu teksi pada ketika itu.

Berikutan daripada tindakan itu pihak Kerajaan telah membekukan semua permit-permit teksikepada individu dan hanya dilkeluarkan kepada syarikat supaya syarikat bertanggung jawab kepada setiap sikap pemandunya.
Mungkin suasana yang hampir pilihanraya ini Najib terpaksa memberi muka kepada mereka buat seketika sehingga jalan keluar yang bijak dirumus.

1 comment:

  1. Sehingga ke hari ini kerajaan UBN dan juga PR di Pulau Pinang tak boleh selesaikan masalah pembawa teksi yang tak mahu guna meter sebaliknya mencekit darah para para penumpang dah sekian lama. Apa ilmu yang dipakai dek pemandu teksi ini sehingga tiada kuasa boleh mengubahnya? Dahlah teksi buruk, busuk dan pemandu langsung tak ada penampilan sebagai pemandu yang kemas, berbudi bahasa walaupun dapat empat biji ayar percuma. Apa masalah akarnya? Tak malu langsung dapat jolokan pemandu paling teruk di DUNIA!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.