Lawatilah Memorial Tun Ghafar di Persiaran Tun Abdul Ghafar Baba, Peringgit, 75450 Melaka |
Nama Tamrin Bin Abdul Ghaffar bukanlah nama besar. Nama Tamrin Ghaffar menjadi besar hanyalah
apabila disertakan nama Baba atau Tamrin Bin Ghaffar Baba. Jika tidak nama
Tamrin ini hanyalah nama kebanyakaan seperti yang terdapat pada nama-nama
keluarga Melayu di kampong dan pekan kecil.
Semasa bersekolah peringkat menengah dahulu MR juga mempunyai
seorang rakan sekelas yang bernama Tamrin. Tamrin anak seorang petani yang
cukup cekap dengan kerja-kerja kampungnya seperti menangkap ikan keli, haruan,
puyu dan sepat ketika musim mengerat padi (menuai padi). Kecekapan Tamrin
menangkap dengan tangan tanpa pancing atau jala ikan-ikan ini adalah skill
semula jadinya. Tangan Tamrin sudah kematu dengan sengat-sengat ikan keli dan
puyu.
Kerapkali ketika musim ini Tamrin akan ponteng dan selalu
lambat datang ke sekolah. Guru kelas sudah mangli atau give up dengan perangai
Tamrin. Mereka seringkali menjadi lembut dengan kelebihan Tamrin melalui public relation beliau dengan guru yang sangat baik kerana beliau tidak pernah lupa untuk membawa hasil tangkapan seperti keli,
puyu dan sepat sebagai buah tangan kepada mana-mana guru yang kerap marah
beliau.
Kesannya sehingga lepas persekolahan guru-guru ini dan kami masih ingat Tamrin daripada murid-murid mereka
yang lain.Itulah Tamrin kawan saya yang saya kenali.
Berbalik kepada Tamrin anak Pak Ghaffar. Tamrin Pak Ghaffar pun bukanlah seorang yang sangat cerdik politik tapi hanya dipandang cerdik apabila lahir dari benih negarawan negara Ghaffar Baba. Perjalanan politik beliau juga sampai berkolek ke hulu ke hilir atau seperti mainan Yo-Yo, ada up ada down ada hanyut. Ada ketika nakal ada ketika degil sehingga bapa perlu campur tangan apabila terlibat dengan hutang jutaan ringgit. Ghaffar Baba nyaris-nyaris terjerumus dalam jurang muflis kerana Tamrin.
Berbalik kepada Tamrin anak Pak Ghaffar. Tamrin Pak Ghaffar pun bukanlah seorang yang sangat cerdik politik tapi hanya dipandang cerdik apabila lahir dari benih negarawan negara Ghaffar Baba. Perjalanan politik beliau juga sampai berkolek ke hulu ke hilir atau seperti mainan Yo-Yo, ada up ada down ada hanyut. Ada ketika nakal ada ketika degil sehingga bapa perlu campur tangan apabila terlibat dengan hutang jutaan ringgit. Ghaffar Baba nyaris-nyaris terjerumus dalam jurang muflis kerana Tamrin.
Hari ini Tamrin mempergunakan nama bapanya lagi untuk
temberang atas pentas PAS. Nama bapanya dijaja seperti kacang putih untuk
menghibur ahli-ahli PAS yang datang mendengar ceramah beliau. Mereka terlopong
mulut dan Tamrin menjadi gembira apabila ucapan beliau diakhiri dengan teriakan
‘Takbiiir’.
Itulah Tamrin hanya saya kenali sebagai anak Ghafar Baba,
negarawan negara.
Itu Tamrin anak Ghaffar Baba yang tiada bakat tetapi menumpang reputasi ayahnya dan mengutuk UMNO mungkin dia dah tak dapat kontrak UMNO. Biasalah tu. Bagaimana anak mantan Madey yang juga jika nak diikutkan tiada bakat dalam arena bisnes yang mereka berkecimpung pasti juga menumpang reputasi baik atau buruk ayah mereka untuk terus bernafas. Mereka terus dapat bernafas dan mempertahankan 'azimat/keramat' UMNO kerana masih dapat kontrak dari UMNO, jika sebaliknya? Mungkin merekaa sama seperti Tamrin yang bukan anak petani tu. Sifat mengutuk parti jika dah tak dapat habuan adalah perkara biasa. Orang-orang seperti Tamrin ada di mana saja baik di UMNO,PKR, DAP, PAS. Alah, lihat Madey kondem Pak Lah apabila dia tak dapat jembatan bengkoknya? Atau Sheikh Kadir tak dapat jadi Pengerusi MAS turut hentam UMNO atau Zahrain (MP Bayan Lepas) tak dapat kontrak jutaan ringgit menghentam PR selepas keluar PKR.
ReplyDeleteJadi MR jangan fokus Tamrin aje ada banyak contoh lain yang harus ditelanjangkan.