Sunday, October 21, 2012

Bukan setakat bolasepak tetapi pentadbiran Kerajaan Kedah gagal segala-galanya



ILHAM untuk menulis tajuk ini datang selepas menyaksikan kejohanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan ATM semalam. 
Kegemilangan bolasepak Kedah berkubur menjadi sejarah
Sejak Kedah diperintah PAS pentadbiran mereka dilihat gagal dalam segala aspek. Yang terbukti di depan mata ialah kegagalan mereka menjulang dan mengekalkan kegemilangan bolasepak Kedah yang telah dibina sekian lama oleh Kerajaan BN dahulu. Prestasi pasukan Kedah merudum di tangga yang tercorot langsung tidak menjadi sebutan di bibir-bibir rakyat Kedah khasnya di kalangan pengundi-pengundi dalam pilihanraya kelak.
Berbagai komen berbisa dilontarkan bukan setakat di kalangan remaja malah yang veteran mengatakan pentadbiran Kedah amat lemah dalam segala aspek baik dari segi pentadbiran Kerajaan negeri sehinggalah kepada pasukan bolasepak.
“Tak dak satu pun yang kami boleh banggakan hari ini” kata seorang mamat Kedah dengan penuh emosi ketika bertemu di restoran Pelita Nasi Kandar jalan Ampang semalam.
Nada suaranya yang kuat loghat Kedah telah menarik perhatian meja sebelah kami yang ramai dengan pengunjung dalam restoran tersebut. Mereka menjeling kearah kami. MR hanya mampu berpaling kearah lain untuk menyembunyikan wajah malu. Beliau menghukum seolah-olah kegagalan prestasi bola sepak Kedah bersamaan kegagalan keseluruhan pentadbiran Kerajaan PAS Kedah dalam ertikata lain PAS gagal sebagai kerajaan yang memerintah Kedah.
Ada ura-ura Musa nak masuk PAS?
Sedikit sebanyak MR yakin terdapat ramai ‘the undercurrent feeling‘ yang sebegini di Kedah. Cuma kita tidak ada satu kajian yang terperinci yang benar-benar telus dan menepati sasaran. Memang terdapat banyak kajian-kajian sosio-politik khasnya sikap pengundi yang dijalankan oleh bebagai pihak seperti JASA, Jabatan Penerangan, BTN, MIO dan badan-badan NGO yang lain. Tetapi kebanyakkan kajian adalah memihak kepada satu-satu agenda yang tersembunyi malah ‘sampling’ yang diambil hanya di kalangan kelompok yang 'friendly' dengan mereka sahaja. Mereka gagal menembusi tembok dalaman parti lawan.
Atas alasan ini MR amat bersetuju dengan ura-ura jika bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan masuk menjadi aktivis PAS susulan beliau menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim. PAS perlu dibetulkan dari dalam supaya tidak terus terpesong dan sesat.

5 comments:

  1. Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

    Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







    (( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

    ReplyDelete
  2. Salam..berkenaan penawaran terbaru Mummy, CCZ rasa tak ada masalah utk join. Dengan syrt posting update setiap minggu. Klu setiap hari, CCZ mungkin tak mampu lakukan.

    Tq mummy...

    ReplyDelete
  3. Mummy Rokiah,
    Saya amat ragu dengan tulisan Mummy ini seolah-olah mengheret sukan kedalam kancah politik.
    Kita sumua kan sudah akur untuk tidak mempolitikan sukan? Unsur-unsur mesej dalam tlisan ini jelas Mummy mempolitikan sukan.
    Selama ini saya mengamati tulisan Mummy yang kami kira berkecuali konon non-partisan sekarang nampaknya tidak begitu.
    Saya berpendapat supaya MR terus kekal dengan prinsip.
    Terima kasih.

    Ustaz.

    ReplyDelete
  4. Ustaz,
    Terima kasih di atas pandangan Ustaz. Penulisan saya ini tidak harus dilihat mengheret sukan ke dalam politik atau mempolitikan sukan. Dari dulu memang kita bersetuju batasan-batasan ini.
    Di dalam scenario politik terkini Ustaz harus juga menerima pandangan di kalangan anak-anak muda malah semua peringkat umur yang meminati bolasepak di Kedah. Malah Ustaz Azizan sendiri telah letih dengan kerenah sesetengah mereka ini.
    Realitinya mereka telah hilang keyakinan kepada Kerajaan PAS kerana kemerosotan teruk bolasepak Kedah di mana Ustaz sendiri terima hakikat ini semasa pertemuan kita.
    Blog saya masih kekal non-partisan dan saya tetap akan bersuara demi suara masyarakat di bawah, baik UMNO, baik PAS, baik PKR atau mana-mana parti. Jika Ustaz scroll posting saya Ustaz dapat lihat kenyataan ini.
    Apa yang saya postkan adalah desakkan suara majoriti rakan-rakan kita. Kalau majoriti terkena hidung UMNO itu nasib mereka begitu juga kalau majoriti terkena hidung PAS itu juga nasib mereka.
    Ustaz pun tahu banyak tulisan saya yang menghentam UMNO diculik dan dipostkan di blog mereka dan saya tidak pernah tegah tindakkan ini.
    Saya amat menghormati keterbukaan Ustaz menegur saya dan saya kira pandangan Ustaz ini adalah titik pertemuan yang kita harus berlapang dada menerima realiti pasaran terkini supaya kita tidak ketinggalan.
    Sekian.
    “Jauh Di Mata Dekat Di Hati, Ada Masa Kita Jumpa Lagi”

    MR.

    ReplyDelete
  5. Melaka,Johor,Perak dn Perlis di bwh BN kn?Dimana kedudukan pasukan bolasepak mereka.Cuba Mummy dtg ke Perak dn beritahu kita rakyat Perak apa pembangunan yg di bawa oleh BN selama ni?Yg ada kita lihat Brazil dh ada wilayah khas di Perak.Pasaraya Mydin ada dlm kampung dn menyebab kn ramai peniaga kecil gulung tikar.(peniaga Melayu tu)Dn yg paling ketara skrg ni kamera AES dh berterabur di Perak.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.