Wednesday, October 24, 2012

Lapuran Audit Negara sebagai senjata politik yang berkesan

Berbagai taktik, strategi dan senjata digunakan oleh parti-parti politik yang bertarung di dalam gelanggang politik sejak Tsunami Politik 2008.

Ada yang berbau fitnah, ada yang membawa pendekatan carutan, ada yang mendedah video, ada yang mendedah rakaman suara, ada yang memutarkan belitkan ucapan pemimpin yang berpengaruh, ada yang potong tampal visual-visual lawan dan dipostkan di blog dan media sosial malah bermacam-macam cara yang kotor yang tidak terlintas di akal yang normal untuk tergamak dilakukan seperti kata strategis politik barat ‘The end justify the mean’ atau ‘Matlamat Menghalalkan Cara’. Gunalah apa cara sekali pun asalkan dapat kuasa.

Salah satu senjata yang paling berkesan dan telah terbukti ialah menggunakan Lapuran Audit Negara untuk menembak politik lawan. Hasil yang paling berkesan yang telah terbukti ialah ia telah menembak jatuh Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil berhubung isu NFC. Isu ini dimainkan dengan licik sehingga Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan Menterinya dan Pergerakan Wanita UMNO pimpinannya tercalar begitu besar.

Pembangkang memainkan isu ini sehingga pergerakan wanita disekutukan dengan lembu dan terdapat di kalangan ahli-ahli wanita seperti tidak dapat angkat kepala apabila mendengar lagu “Ada Lembu Nak Jaga” menghentam Shahrizat secara halus-mulus. 

Hari ini Lapuran Audit Negara 2013 mendedahkan lagi berbagai kepincangan dalam pentadbiran baik pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan juga pentadbiran Kerajaan Negeri parti pembangkang. Di Kedah, laporan audit negara telah mendedahkan kepincangan pelaburan projek balak oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Corporation Sdn Bhd di Papua New Guinea sebanyak RM135 juta. Pelaburan ‘buluh kasap, masuk angin keluar asap’. Pengarah Urusan Kedah Corp, Akhashah Ismail telah gedembong Kedah Corp dengan membuat pinjaman ‘off-shore’ sebanyak USD40 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Kedah Corp yang akhirnya Kerajaan Kedah terpaksa membayar khidmat runding sebanyak RM1.4 juta kepada sebuah syarikat tanpa sebab.

Rumusannya apa juga senjata yang digunakan dalam gelanggang politik ia harus berteraskan kebijaksanaan, berakhlak dan berilmu. Yang benar tetap benar hanya masa akan menentukan.

1 comment:

  1. Sekadar laporan..

    Sebab tu saban tahun tak pernah kurang ketirisan...sory...kebocoran...sory...kelubangan yg membesar...sory..makin menjadi jadi, menggalakan

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.