Suasana politik dalaman pembangkang sudah menampakan pekong sedikit demi sedikit. Pakatan mereka makin celaru dan haru-biru. Di hadapan rakyat
lain di belakang rakyat lain
Tokoh ulama terkenal Ustaz Harun Din pun sudah mula bersuara apabila beliau menyatakan 'Dia (Anwar) tak
asaskan politiknya dengan Islam. Jadi dia tak macam kita (Pas). Kita asaskan
kepada Islam. Semuanya kita rujuk dengan Islam’.
Beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan Anwar Ibrahim melancarkan buku tulisan bekas Ahli
Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal yang menyimpang
dari asas perjuangan PAS.
Ternyata
apabila tersepit Anwar Ibrahim yang akan
melakukan apa sahaja yang boleh menguntungkan politiknya walaupun bertentangan
dengan rakan dalam pakatan.
Dalam
perkembangan lain Prof Emeritus Shahnon
Ahmad, ahli seumur hidup PAS berpendirian bahawa DAP sepatutnya tertakluk
kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas. Sebaliknya
hari ini PAS hanya menuruti kehendak
politik DAP.
Di Pulau Pinang perang dingin di antara Timbalan Ketua
Menteri, Dr Mansor Osman dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sudah bukan rahsia
lagi apabila Dr Mansor menyifatkan LGE
sebagai sombong dan angkuh “very corky”.
Dalam masa yang sama Bekas Timbalan Presiden PAS,
Ustaz Nasharudin Mat Isa sedang menunggu surat saman dari Karpal Singh
berikutan kenyataan beliau mengatakan Karpal Singh bukan setakat anti hudud
tetapi juga anti Islam. Dan di Selangor perhubungan Azmin Ali dengan MB Selangor
Khalid Ibrahim sudah semakin tegang dan panas membahang. Nampaknya jalan PR ke Putrajaya makin berliku-liku
Cuma yang terhegeh-hegeh berpelukan dengan Anwar Ibrahim ialah Kadir Shekh Fadzir yang berhijrah tidak kena pada masanya ketika dangau Pakatan Rakyat hampir reput dimakan anai-anai.
Rakyat tidak boleh ditipu selama-lamanya.
Jalan ke Puterajaya ??
ReplyDeleteBanyak berlopak dan putus putus dah !!
Hanyut dilanda banjir waktu.
you meant cocky not corky
ReplyDeleteSiapa kata jalan ke Putrajaya adalah jalan yang lurus? Adanya masalah dalaman adalah perkara biasa bukannya penentu gagal ke destinasi yang ingin ditujui. Memang media arus perdana atau seperti Sayuti Omar media penjilat buntut akan membesarkan apa saja masalah yang boleh merekahkan gabungan longgar PR. Media dan para agamawan setengah masak maksum cuba melukiskan DAP tak habis-habis bagaikan anti-Islam,walaupun DAP malar membangkitkan isu urus tadbir negara, korapsi dan keadilan sosial dan tidak memperjuangkan aqidah/martabat/maruah agama Islam anutan orang Melayu. Orang Melayu akan syiok atau lena apabila isu agama,bangsa dan budayanya diangkaktkan tidak kira ia telah diklentong oleh pemimpin UMNO selama 50 tahun lalu. Kerana kena klentong orang Melayu sulit membuka mindanya tak nampak kuatum rasuah mega yang telah berlaku dalam pentadbiran negara. Peminin PAS seperti Mat Sabu dah nampak terang akan skala korapsi dalam negara dan dia cuba membuka minda orang Melayu dan orang yang berkuasa tidak suka Mat Sabu atau personaliti sepertinya dalam PR.Itu yang membuat perjalanan ke Putrajaya berliku sedikit. Jadi orang UMNO akan cari apa saja yang akan meretakkan PR. Isu yang paling best sekali mungkin isu hudud. UMNO akan jolok Nik Aziz dan Karpal Singh dengan isu ini dan jika berjaya mungkin PR akan berkecai dan tak dapat cium Putraja.
ReplyDelete