Blogger A.Kadir Jasin di dalam entrinya -Dasar dan janji boleh jahanamkan ekonomi menulis beliau baru
tergerak untuk komen mengenai belanjawan 2013 setelah mendengar pandangan dua
orang mantan menteri kanan yang identiti mereka tidak didedah oleh Kadir.
Menurut Kadir lagi mereka merupakan dua pakar ekonomi terulung di Malaysia dan
di dunia.
Beliau berpendapat kita perlu mendengar cakap 2 tokoh ini : Kalau cakap mereka tidak boleh dipakai, saya
tidak tahu cakap siapa lagi boleh dipercayai.
Seorang bercakap
secara terbuka kepada khalayak. Beliau menyatakan kehairanannya mengenai dari
mana Mohd Najib mendapat begitu banyak wang untuk ditaburkan. “Macam keluar
dari hidung,” kata beliau. Tetapi maklum sajalah kalau kenyataan itu tidak
mendapat liputan media tradisional.
Seorang lagi bercakap
di belakang tabir. Kedua-dua mereka keliru dan bimbang mengenai keghairahan
Perdana Menteri memberikan duit kepada pihak itu dan ini, yang terakhir dalam
bentuk bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam.
Realitinya di dalam suasana bahang suhu politik terkini, Najib perlu meraih populariti, baik jangka pendek atau pun jangka panjang ikut tafsiran masing-masing. Asakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim (dilantik menjadi Menteri Kewangan hasil rekomen kuat Daim kepada Mahathir) bukan calang-calang personaliti di mata pengundi atas pagar.
Realitinya di dalam suasana bahang suhu politik terkini, Najib perlu meraih populariti, baik jangka pendek atau pun jangka panjang ikut tafsiran masing-masing. Asakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim (dilantik menjadi Menteri Kewangan hasil rekomen kuat Daim kepada Mahathir) bukan calang-calang personaliti di mata pengundi atas pagar.
Bagi mengembalikan keiwibawaannya sebagai bekas menteri
kewangan, Anwar Ibrahim juga tampil membentang budget Pakatan Rakyat mereka
yang tersendiri. Beliau dilihat lebih berwibawa dari Hadi Awang, Lim Kit Siang
atau Karpal Singh di atas pengalaman beliau sebagai bekas menteri kewangan walaupun
budget tersebut hanyalah budget syok sendiri dan tidak praktikal.
Teori dan formula politiking bekas-bekas pemimpin (Sekolah
Lama) semasa mereka menjawat jawatan ketika pentadbiran Mahathir dahulu mungkin
sudah malap untuk suasana politik semasa. Ada fomula yang tidak popular boleh
dilaksanakan ketika itu kerana kepimpinan Mahathir yang solid dan kuat sukar
digugat.
Berlainan sekali dengan cabaran yang ditongkah Najib hari ini yang bukan
calang-calang. Beliau mewarisi
pentadbiran yang lembut dan lembek malah barisan kabinet yang ada juga bukannya
terdiri dari barisan kabinet Najib.
Kadir juga turut bimbang apabila Kerajaan dan juga pembangkang
mengabaikan financial prudence. ‘Financial
Prudence’ atau kewangan berhemah boleh ditafsirkan sebagai kewajaran menguruskan
kewangan dengan berhati-hati bagi mengelak risiko yang tidak perlu.
Pemberian tunai kepada yang layak tidak harus dilihat
sebagai penaburan wang oleh Kerajaan. Rakyat dalam kategori ini tidak akan
appreciate menafaat yang mereka dapat melalui potongan cukai atau insentif
lain. Bantuan kepada mereka haruslah ‘tangible’ bersifat boleh merasai dan terjereguk di
depan mata.
Konklusinya, di dalam keadaan politik nyawa-nyawa ikan, rakyat
bukan setakat mesti diberi ikan dan perlalatan menangkap ikan tetapi Kerajaan
juga seharusnya mengenal pasti di mana lokasi yang banyak ikan untuk sampan berlabuh.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.