Wednesday, October 17, 2012

Mari kita bongkar Rahsia dan Strategi untuk melonjakkan saham Felda Global Ventures (FGVH)


APABILA gong penyenaraian Felda Global Venture dipalu pada 28 Jun 2012 oleh DS Najib, keseluruhan rakyat bertepuk sorak menjulang kejayaan FELDA. FELDA yang diasaskan oleh Tun Razak kini secara rasmi disenaraikan dalam pasaran saham dan secara lansung menjadi ‘global players’.
Dahulunya peneroka-peneroka apabila ditempatkan di kawasan FELDA mereka diibaratkan diletak di tempat jin bertendang atau kawasan yang terpencil pinggir hutan. Bebagai-bagai kerenah, perangai dan sikap peneroka pada waktu itu seperti yang pernah dipaparka di dalam siri radio ‘Fajar Di Bumi Permata’.
FELDA begitu ‘attached’ dengan Najib seperti juga Tun Razak. FELDA adalah Tun Razak dan Tun Razak adalah FELDA. Begitu juga Najib, Najib adalah FELDA dan FELDA adalah Najib. Pendeknya sudah seperti irama dan lagu.  Sebaliknya implikasi kepada sinonim ini ia terdedah kepada risiko politik Najib. Ini kerana apabila FELDA melalui FGVH di senaraikan di pasaran saham ia terdedah kepada mainan harga saham yang adakalanya naik dan adakalanya turun malah adakalanya parah menjunam. Jika saham naik nama baik Najib akan naik tetapi sebaliknya jika saham jatuh nama Najib juga akan terjejas.
Pasaran saham tidak mengenal hati budi mangsa walaupun mengikut teori-teori ekonomi ia sepatutnya berasaskan ‘fundamental’ syarikat. Seringkali ia juga terdedah kepada spekulasi, manipulasi penyangak-penyangak pasaran saham untuk mengautkan kekayaan dan hakikatnya FGVH terdedah kepada diserang atau mereka menyerang.
Ini dapat dilihat bibit-bibit kebelakangan ini apabila saham FGVH menunjukkan sedikit prestasi penurunan. Pengerusinya Tan Sri Isa Samad berhempas pulas membuat kenyataan untuk menyakinkan pasaran.
Pada 11 Ogos di Segamat Tan Sri Isa Abdul Samad menyatakan akan mengumumkan strategi untuk memastikan harga sahamnya bertahan dan terus melonjak pada suku kedua tahun ini. Walaupun strategi sudah dibuat, pergerakan harga saham FGV boleh terjejas kerana dipengaruhi oleh kejatuhan harga Minyak Kelapa Sawit Mentah (CPO) dunia dan serantau.Harga saham FGVH masih tidak berganjak.
Sekali lagi pada 25 Ogos di Port Dickson beliau mengakui harga saham, pada masa sekarang memang ada penurunan tapi ini satu perkara yang berlaku pada semua syarikat dan sudah pasti pihak pelabur akan melihat perkembangan FGVH pada masa akan datang. Soal turun naik harga saham adalah perkara biasa dalam perniagaan dan ia memang dijangkakan dan pihak Felda sendiri sedang mencari kaedah untuk mengatasinya termasuk membuat penambahan pegawai untuk menguruskan FGVH agar syarikat itu dapat terus menjadi syarikat yang terbaik.
Katanya lagi isu penurunan harga saham FGVH itu sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik bagi menghakis kepercayaan pelabur terutama peneroka terhadap Felda dan juga kerajaan.
Kenyataan Pengerusi FELDA nampaknya tidak menunjukkan gigitan berbisa. Ia tidak menampakkan pergerakan saham FGVH, mungkin pengurus-pengurus dana melihat ini adalah kenyataan dari seorang bekas politikus bukan seorang koporat pasaran. Realitinnya Isa Samad bukannya ‘maker and mover’ dalam pasaran saham.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang jarang sekali mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pasaran saham tetapi sebagai menyokong dan yakin dengan prestasi FGVH menyatakan di Gua Musang pada 16 Oct bahawa:
"Kita sedia maklum permainan saham terdedah kepada risiko, tetapi kita yakin pengurusan FELDA mampu menaikkan semula harga saham itu, terus pegang saham itu untuk tempoh beberapa tahun akan datang kerana kejatuhan harga saham FGVH di Bursa Malaysia sekarang hanya bersifat sementara,” kata Tengku Razaleigh.
 Bercakap tentang gelanggang pasaran saham yang sebenarnya di Malaysia dan dunia tokoh yang terkemuka dalam arena ini ialah bekas dua kali Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin. Sejarah telah membuktikan di sekitar tahun 1993 Daim pernah ‘bersin’ dan saham jatuh merudum.
Pada 5 Januari 1993, Bernama telah mendapatkan wawancara bersama Daim tentang aktiviti pasaran saham ketika itu yang begitu galak dan rancak seperti pasar malam. Khabarnya Bernama tidak menyiarkan wawancara itu sehinggalah lima hari kemudian kerana mereka ingin mendapatkan pandangan pihak lain dahulu.  Dan apabila tersiarnya wawancara tersebut pasaran saham jatun merudum. Aktiviti jual beli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur seperti bertih mengelupur kepanasan.
Ramai yang tergadai harta mereka. Ada yang yang membunuh diri. Ada ugutan mahu membunuh Pengurus Besar BSKL dan ramai yang menyumpah Daim. Berita besar ketika itu ‘Daim Bersin, BSKL Demam’. Lee Kuan Yew mengeluarkna kenyataan bahawa  Daim “The maker and the mover” jika ditafsirkan Daimlah pemainnya dan Daim lah penggeraknya. Itulah hebatnya Tun Daim Zainudin.
mkini
Dalam situasi saham FGVH sekarang penglibatan Daim harus dikembalikan. Daim harus diletakkan sebagai Penasihat FGVH mengatasi Isa Samad bersamaan status Tun Mahathir sebagai Penasihat PETRONAS. Diam Daim maka saham FGVH agak sukar untuk melonjak dan yang lebih parah dibimbangi keyakinan pemegang-pemegang saham FGVH yang terdiri dari peneroka-peneroka FELDA dan orang Melayu akan terhakis.
Niat murni dan luhur allahyarham Tun Razak yang disambung oleh warisnya Najib untuk melihat kecermerlangan Federal Land and Development Authority (FELDA)  entity bangsa Melayu seharusnya disambut dengan sokongan yang murni, tulus dan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Segala serangan kapitalis ekonomi harus ditentang habis-habisan demi maruah Melayu dan Islam.
Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. Buat apa nak ambil Daim sebagai penasihat memandangkan selama lama beliau bergelumang dengan dunia duit/komersil/korporat/dagangan /kewangan apa dia yang beliau telah menguntungkan majoriti ekonomi orang Melayu.Lagi pun banyak pokok kelapa sawit milik FELDA kini sedang berusia, maka produktivitinya akan jatuh.
    Daim sama dengan Madey penganut kroni kapitalisme hanya mementingkan kepentingan elit Melayu dan untuk cover itu semua akan melaungkan sentimen demi martabat/maruah/jati diri orang Melayu beragama Islam yang merupakan suku kaum majoriti Malaysia.MR tunjuk hamba seorang pemimpin UMNO kini yang sungguh2 memperjuangkan nasib majoriti orang Melayu, silap-silap pemimpin bukan Melayu akan sebliknya memperjuangkan nasib majoriti orang Melayu.
    Orang Melayu dah terlalu lama diklentong oleh pemimpin kini.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.