APABILA gong penyenaraian Felda Global Venture dipalu pada
28 Jun 2012 oleh DS Najib, keseluruhan rakyat bertepuk sorak menjulang kejayaan
FELDA. FELDA yang diasaskan oleh Tun Razak kini secara rasmi disenaraikan dalam
pasaran saham dan secara lansung menjadi ‘global players’.
Dahulunya peneroka-peneroka apabila ditempatkan di
kawasan FELDA mereka diibaratkan diletak di tempat jin bertendang atau kawasan
yang terpencil pinggir hutan. Bebagai-bagai kerenah, perangai dan sikap
peneroka pada waktu itu seperti yang pernah dipaparka di dalam siri radio ‘Fajar Di
Bumi Permata’.
FELDA begitu ‘attached’ dengan Najib seperti juga Tun
Razak. FELDA adalah Tun Razak dan Tun Razak adalah FELDA. Begitu juga Najib,
Najib adalah FELDA dan FELDA adalah Najib. Pendeknya sudah seperti irama dan
lagu. Sebaliknya implikasi kepada
sinonim ini ia terdedah kepada risiko politik Najib. Ini kerana apabila FELDA
melalui FGVH di senaraikan di pasaran saham ia terdedah kepada mainan harga saham yang
adakalanya naik dan adakalanya turun malah adakalanya parah menjunam. Jika saham
naik nama baik Najib akan naik tetapi sebaliknya jika saham jatuh nama Najib
juga akan terjejas.
Pasaran saham tidak mengenal hati budi mangsa walaupun
mengikut teori-teori ekonomi ia sepatutnya berasaskan ‘fundamental’ syarikat. Seringkali
ia juga terdedah kepada spekulasi, manipulasi penyangak-penyangak pasaran saham
untuk mengautkan kekayaan dan hakikatnya FGVH terdedah kepada diserang atau mereka menyerang.
Ini dapat dilihat bibit-bibit kebelakangan ini apabila
saham FGVH menunjukkan sedikit prestasi penurunan. Pengerusinya Tan Sri Isa
Samad berhempas pulas membuat kenyataan untuk menyakinkan pasaran.
Pada 11 Ogos di Segamat Tan Sri Isa Abdul Samad menyatakan
akan mengumumkan strategi untuk memastikan harga sahamnya bertahan dan terus
melonjak pada suku kedua tahun ini. Walaupun strategi sudah dibuat, pergerakan
harga saham FGV boleh terjejas kerana dipengaruhi oleh kejatuhan harga Minyak
Kelapa Sawit Mentah (CPO) dunia dan serantau.Harga saham FGVH masih tidak berganjak.
Sekali lagi pada 25 Ogos di Port Dickson beliau mengakui
harga saham, pada masa sekarang memang ada penurunan tapi ini satu perkara yang
berlaku pada semua syarikat dan sudah pasti pihak pelabur akan melihat
perkembangan FGVH pada masa akan datang. Soal turun naik harga saham adalah
perkara biasa dalam perniagaan dan ia memang dijangkakan dan pihak Felda
sendiri sedang mencari kaedah untuk mengatasinya termasuk membuat penambahan
pegawai untuk menguruskan FGVH agar syarikat itu dapat terus menjadi syarikat
yang terbaik.
Katanya lagi isu penurunan harga saham FGVH itu sengaja
dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan politik bagi menghakis
kepercayaan pelabur terutama peneroka terhadap Felda dan juga kerajaan.
Kenyataan Pengerusi FELDA nampaknya tidak menunjukkan gigitan
berbisa. Ia tidak menampakkan pergerakan saham FGVH, mungkin pengurus-pengurus
dana melihat ini adalah kenyataan dari seorang bekas politikus bukan seorang koporat
pasaran. Realitinnya Isa Samad bukannya ‘maker and mover’ dalam pasaran saham.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku
Razaleigh Hamzah yang jarang sekali mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang
pasaran saham tetapi sebagai menyokong dan yakin dengan prestasi FGVH menyatakan
di Gua Musang pada 16 Oct bahawa:
"Kita sedia maklum permainan
saham terdedah kepada risiko, tetapi kita yakin pengurusan FELDA mampu
menaikkan semula harga saham itu, terus pegang saham itu untuk tempoh beberapa
tahun akan datang kerana kejatuhan harga saham FGVH di Bursa Malaysia sekarang
hanya bersifat sementara,” kata Tengku Razaleigh.
Bercakap tentang gelanggang pasaran saham yang sebenarnya
di Malaysia dan dunia tokoh yang terkemuka dalam arena ini ialah bekas dua kali
Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin. Sejarah telah membuktikan di sekitar tahun
1993 Daim pernah ‘bersin’ dan saham jatuh merudum.
Pada 5 Januari 1993, Bernama telah mendapatkan wawancara
bersama Daim tentang aktiviti pasaran saham ketika itu yang begitu galak dan
rancak seperti pasar malam. Khabarnya Bernama tidak menyiarkan wawancara itu
sehinggalah lima hari kemudian kerana mereka ingin mendapatkan pandangan pihak
lain dahulu. Dan apabila
tersiarnya wawancara tersebut pasaran saham jatun merudum. Aktiviti jual beli
saham di Bursa Saham Kuala Lumpur seperti bertih mengelupur kepanasan.
Ramai yang tergadai harta mereka. Ada yang yang membunuh
diri. Ada ugutan mahu membunuh Pengurus Besar BSKL dan ramai yang menyumpah
Daim. Berita besar ketika itu ‘Daim Bersin, BSKL Demam’. Lee Kuan Yew mengeluarkna
kenyataan bahawa Daim “The maker and the
mover” jika ditafsirkan Daimlah pemainnya dan Daim lah penggeraknya. Itulah
hebatnya Tun Daim Zainudin.
mkini |
Dalam situasi saham FGVH sekarang penglibatan Daim harus
dikembalikan. Daim harus diletakkan sebagai Penasihat FGVH mengatasi Isa Samad
bersamaan status Tun Mahathir sebagai Penasihat PETRONAS. Diam Daim maka saham
FGVH agak sukar untuk melonjak dan yang lebih parah dibimbangi keyakinan
pemegang-pemegang saham FGVH yang terdiri dari peneroka-peneroka FELDA dan
orang Melayu akan terhakis.
Niat murni dan luhur allahyarham Tun Razak yang disambung
oleh warisnya Najib untuk melihat kecermerlangan Federal Land and Development Authority
(FELDA) entity bangsa Melayu seharusnya
disambut dengan sokongan yang murni, tulus dan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Segala serangan
kapitalis ekonomi harus ditentang habis-habisan demi maruah Melayu dan Islam.
Wallahu a'lam.
Wallahu a'lam.
Buat apa nak ambil Daim sebagai penasihat memandangkan selama lama beliau bergelumang dengan dunia duit/komersil/korporat/dagangan /kewangan apa dia yang beliau telah menguntungkan majoriti ekonomi orang Melayu.Lagi pun banyak pokok kelapa sawit milik FELDA kini sedang berusia, maka produktivitinya akan jatuh.
ReplyDeleteDaim sama dengan Madey penganut kroni kapitalisme hanya mementingkan kepentingan elit Melayu dan untuk cover itu semua akan melaungkan sentimen demi martabat/maruah/jati diri orang Melayu beragama Islam yang merupakan suku kaum majoriti Malaysia.MR tunjuk hamba seorang pemimpin UMNO kini yang sungguh2 memperjuangkan nasib majoriti orang Melayu, silap-silap pemimpin bukan Melayu akan sebliknya memperjuangkan nasib majoriti orang Melayu.
Orang Melayu dah terlalu lama diklentong oleh pemimpin kini.