Saturday, October 6, 2012

Tamrin kalau bukan anak Ghafar



Lawatilah Memorial Tun Ghafar
di Persiaran Tun Abdul Ghafar Baba, Peringgit, 75450 Melaka

Nama Tamrin Bin Abdul Ghaffar bukanlah nama besar.  Nama Tamrin Ghaffar menjadi besar hanyalah apabila disertakan nama Baba atau Tamrin Bin Ghaffar Baba. Jika tidak nama Tamrin ini hanyalah nama kebanyakaan seperti yang terdapat pada nama-nama keluarga Melayu di kampong dan pekan kecil.
Semasa bersekolah peringkat menengah dahulu MR juga mempunyai seorang rakan sekelas yang bernama Tamrin. Tamrin anak seorang petani yang cukup cekap dengan kerja-kerja kampungnya seperti menangkap ikan keli, haruan, puyu dan sepat ketika musim mengerat padi (menuai padi). Kecekapan Tamrin menangkap dengan tangan tanpa pancing atau jala ikan-ikan ini adalah skill semula jadinya. Tangan Tamrin sudah kematu dengan sengat-sengat ikan keli dan puyu.
Kerapkali ketika musim ini Tamrin akan ponteng dan selalu lambat datang ke sekolah. Guru kelas sudah mangli atau give up dengan perangai Tamrin. Mereka seringkali menjadi lembut dengan kelebihan Tamrin melalui public relation beliau dengan guru yang sangat baik kerana beliau tidak pernah lupa untuk membawa hasil tangkapan seperti keli, puyu dan sepat sebagai buah tangan kepada mana-mana guru yang kerap marah beliau.
Kesannya sehingga lepas persekolahan guru-guru ini  dan kami masih ingat Tamrin daripada murid-murid mereka yang lain.Itulah Tamrin kawan saya yang saya kenali.
Berbalik kepada Tamrin anak Pak Ghaffar. Tamrin Pak Ghaffar pun bukanlah seorang yang sangat cerdik politik tapi hanya dipandang cerdik apabila lahir dari benih negarawan negara Ghaffar Baba. Perjalanan politik beliau juga sampai berkolek ke hulu ke hilir atau seperti mainan Yo-Yo, ada up ada down ada hanyut. Ada ketika nakal ada ketika degil sehingga bapa perlu campur tangan apabila terlibat dengan hutang jutaan ringgit. Ghaffar Baba nyaris-nyaris terjerumus dalam jurang muflis kerana Tamrin.
Hari ini Tamrin mempergunakan nama bapanya lagi untuk temberang atas pentas PAS. Nama bapanya dijaja seperti kacang putih untuk menghibur ahli-ahli PAS yang datang mendengar ceramah beliau. Mereka terlopong mulut dan Tamrin menjadi gembira apabila ucapan beliau diakhiri dengan teriakan ‘Takbiiir’.
Itulah Tamrin hanya saya kenali sebagai anak Ghafar Baba, negarawan negara.

1 comment:

  1. Itu Tamrin anak Ghaffar Baba yang tiada bakat tetapi menumpang reputasi ayahnya dan mengutuk UMNO mungkin dia dah tak dapat kontrak UMNO. Biasalah tu. Bagaimana anak mantan Madey yang juga jika nak diikutkan tiada bakat dalam arena bisnes yang mereka berkecimpung pasti juga menumpang reputasi baik atau buruk ayah mereka untuk terus bernafas. Mereka terus dapat bernafas dan mempertahankan 'azimat/keramat' UMNO kerana masih dapat kontrak dari UMNO, jika sebaliknya? Mungkin merekaa sama seperti Tamrin yang bukan anak petani tu. Sifat mengutuk parti jika dah tak dapat habuan adalah perkara biasa. Orang-orang seperti Tamrin ada di mana saja baik di UMNO,PKR, DAP, PAS. Alah, lihat Madey kondem Pak Lah apabila dia tak dapat jembatan bengkoknya? Atau Sheikh Kadir tak dapat jadi Pengerusi MAS turut hentam UMNO atau Zahrain (MP Bayan Lepas) tak dapat kontrak jutaan ringgit menghentam PR selepas keluar PKR.
    Jadi MR jangan fokus Tamrin aje ada banyak contoh lain yang harus ditelanjangkan.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.