Friday, October 12, 2012

Emansipasi wanita - 'Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia'.


DS Rosmah di Qatar (SH)

Di dalam ucaptama program anjuran Persatuan Ahli Perniagaan Wanita Qatar di Inside Investor Forum Asia 2012 di Qatar, Datin Seri Rosmah Mansor menggesa kaum wanita memainkan peranan lebih aktif dalam institusi dan pertubuhan masing-masing untuk mengukuhkan etika perniagaan.   
Kekuatan kaum wanita yang bersifat keibuan dan pendidik, wanita mampu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan etika perniagaan mempunyai tanggungjawab dan peluang untuk memupuk nilai yang betul serta menyemai perilaku terpuji dalam diri anak-anak untuk membentuk insan beretika.
Marina Mahathir di The Star 11/10/2012 di bawah tajuk ‘Women’s rights not there yet’ menulis ..we signed up to the Convention for the Elimination of Discrimination Against Women, we said we would allocate 30% of the positions in all decision-making positions to women.This means more than being on the board; this includes political positions.
So if we comply, we need to have nine women in the current Cabinet instead of the two we used to have. What’s more, 30% of all candidates in the coming elections should be women. To say that we already have equality is to deny the very many reports on the status of women in this country that clearly states that we do not.
Bekas anggota wanita Parti Komunis Malaya, Shamsiah Fakeh menulis di dalam Memoir Shamsiah Fakeh, Dari Awas ke Rejimen ke 10’ bahawa:   
Sebenarnya anggota polis dan tentera tak perlu berdendam dengan dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir peluru bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.

Aku diberi kehormatan memakai sepucuk pistol dan sebutir bom oleh Sentral Komiti PKM sebagai menghormati seorang ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) iaitu seorang wanita Melayu. PKM takut nama baiknya akan terjejas jika aku didapati mati dan musuh mendapati aku tidak ada pistol dan senjata api. Begitulah penjelasan Musa Ahmad kepada Pasukan Rejimen ke 10 selaku Pengerusi PKM. Sebenarnya aku tidak layak memakai pistol, yang layak memakai pistol adalah kader tingkat Komiti Daerah atau Komiti Kawasan.
Pada 16 Ogos 2007, MR berkesematan bertemu pengasas Grameen Bank Bangladesh, Nobel Peace Prize Laurette 2006 Dr Muhammad Yunus di UIA. Beliau menyatakan kejayaan micro-credit Grameen Bank ialah kerana penglibatan wanita yang hampir 97% di mana hampir 98% ahli wanita mereka merupakan pembayar hutang yang baik dan taat.
Walau apa juga pendapat tentang perjuangan wanita MR masih menghormati pendapat ibunda Tun Dr Siti Hasmah yang pernah menyatakan di dalam ucaptamanya persidangan Peranan Wanita dalam pembangunan” pada 17.6.1992 bahawa : 
Penglibatan wanita dalam pembangunan tidak akan dapat memenuhi kehendak pembangunan itu sendiri sekiranya kemajuan sosio-ekonomi wanita diasaskan kepada keperluan ekonomi dan material sahaja. Penglibatan wanita dalam pembangunan mestilah mengambilkira kaitannya dengan kerohanian dan moral. 

Usaha-usaha untuk meningkatkan semua aspek kemampuan mestilah memberi keutamaan yang sewajarnya kepada aspek kerohanian dan keagaman. Jika dikaji secara teliti di mana wanita memainkan peranan yang aktif di dalam keluarga, di tempat-tempat kerja dan di dalam masyarakat, maka tidak dapat tiada wanita merupakan unsur yang penting yang membentuk rupa masyarakat dan bangsa yang berkeperibadian tinggi.

Oleh itu, dalam apa jua tindakan kita untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan, kita tidak harus lupa tentang peranan utama kita sebagai penjaga kehormatan wanita dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.