Thursday, November 8, 2012

NURUL ANAK KU.

Bonda Nurul Izzah, meratap simpati kepada anak nya yang sedang terkepit dicelah kontroversi kenyataan kebebasan beragama kepada Orang Melayu/ Islam.
Wan Azizah di dalam Sinar Harian mengusap-usap gambar Nurul Izzah yang tersiar di muka hadapan dengan senyum nipis beraut sayu dan hiba. Apa nak buat Kak Wan kalau dah anak pinak, laki bini semuanya berpolitik maka inilah akibatnya.
Hanya satu pihak lagi yang sepatutnya meratap hiba ialah Utusan Malaysia yang dituduh memperbesar-besarkan kenyataan Nurul Izzah pada hal kenyataan itu dipetik dari portal pro PKR Malaysiakini. Utusan adalah roh Melayu dan Islam seringkali dipersalahkan mungkin Nurul Izzah mengharapkan apabila mereka menyaman Utusan akan ada wartawan Utusan yang mohon maaf dan membayar ganti rugi seperti apa yang berlaku kepada Teresa Kok dan Chamil.
Melihat rakaman video yang dimainkan TV3 ternyata Nurul Izzah membuat kesilapan besar kepada agama Islam di hadapan golongan bukan Islam.
Sebaik Nurul Izzah menyatakan “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata” ia disambut dengan tepukkan gemuruh golongan bukan Islam, apa makna semua ini? Apa yang mereka faham dan apa yang mereka harapkan?.
Semalam MR hadir Syarahan Perdana Budaya oleh KDYMM Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah di mana beliau telah mengingatkan bahawa soal-soal agama Islam tidak harus diperdebatkan secara terbuka dibimbangi disalah tafsir oleh mereka yang jahil.
Mohon Kak Wan nasihat Nurul "berhati-hatilah anak ku jangan guna Islam untuk mendapat tepukan politik".

1 comment:

  1. Mufti Perak pernah mendakwa seramai 500,000 orang Melayu akan tinggalkan aqidah Islam dan sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan telah diambil. Betulke dakwaan atau statistik itu? Mungkin Mufti Perak tak sehebat Nurul kerana Nurul adalah anak Anuar Ibrahim, Naib Presiden PKR dan mereka dari PR, parti pembangkang yang sangat-sangat tidak disenangi UMNO.
    Dulu pun Mahathir ada sentuk seperti misai Nabi Muhammad tidak dicukur dan isu itu pun tenggelam. Maka Nurul pun dikenakan tekanan gila dan pihak syariah pasti sulit untuk membuktikan yang Nurul betul-betul ungkapkan yang dia merestui proses kemurtadan oleh orang Melayu Malaysia. Orang Melayu di Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand ada yang bukan 'Islam' ala wal sunnah wal jamaah (rasuah) ala Malaysia tak terlibat walaupun mereka dari rumpun Bani Melayu.
    2. Baru-baru ini Chua Soi Lek didakwa menghina hukum hudud ala PAS Islam tapi pihak kerajaan buat dono aje kerana CSL adalah rakan kamcen strategetik UMNO.

    3. Jadi kalu sdr dalam kelompok bukan UMNO dan main-main perkara berkaitan dengan aqidah,keimanan,kepercayaan agama orang Melayu Malaysia baik yang cakap betul/ilmiah/intelektual atau diselewengkan oleh akhbar Utusan Meloya atau Berita Hairan jaga-jaga sikit kerana pejuang tulen Islam seperti Hassan Aqidah, Ibrahim Katak, Zulkifli Bisul, Nasharuddin, Mashitah akan bangkit untuk mengeluarkan fakwa yang ori lagi benggong untuk kepentingan mereka.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.