Thursday, November 1, 2012

UMNO KEDAH KINI MENERIMA AKIBAT KERANA MELETAK KETUA BAHAGIAN SEBAGAI PENGERUSI GLC.

Depan rakyat kita CANGKUL, Belakang rakyat kita main GOLF
MB Kedah Ustaz Azizan Razak sekarang di dalam rangka melondeh segala kelemahan Kerajaan BN yang terdahulu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang, Mahadzir Khalid- Link. Tindakan ini dilihat sebagai kesiapsiagaan persiapan untuk menghadapi PRU13 yang tidak berapa lama lagi. Sedikit demi sedikit kecurangan dahulu akan dapat rakyat nilai dengan waras siapa betul siapa salah.
Strategi PAS ini diumpamakan seperti ‘air masuk telinga’. Apabila air sudah masuk telinga maka air juga diperlukan untuk masuk kembali di dalam telinga dan telinga ditunggang kembali bagi mengeluarkan air yang terperangkap. Jika tidak saban hari telinga akan berdengung menganggu perkerjaan harian.
Di antara isu yang terbesar yang melibatkan bebillion ringgit ialah pendedahan pegangan tanah Kerajaan Negeri di Langkawi oleh Kedah Corporation Bhd dan Syarikat Singapura yang melibatkan padang golf di Langkawi. Mantan Pengerusi KCB dan Group Managing Director telah membuat penjelasan-Lihat Penjelasan di dalam usaha menjernihkan tohmahan ini. Walaubagaimanapun penjelasan-penjelasan rambang sebegini akan membuka ruang yang lebih besar kepada PAS untuk mencungkil lebih dalam lagi kepincangan projek tersebut. Ibarat membuka lapang sasar untuk ditembak.
Inilah akibatnya jika Pengerusi GLC di beri kepada politikus berjawatan maka jawapan-jawapan yang diberikan dilihat rakyat sebagai jawapan politik. Rakyat atau pengundi atas pagar tidak yakin dengan penjelasan ini, hanya yang yakin adalah ‘hardcore’ UMNO di kalangan penyokong tegar mereka sahaja.
Pentadbiran Najib seharusnya mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Pengajaran besar kepada BN dan UMNO ialah tidak mengulangi dengan meletak mana-mana Ketua Bahagian UMNO sebagai peneraju utama GLC. Jawatan-jawatan Pengerusi, CEO, Group Managing Director atau Pengarah Urusan biarlah dilantik dari kalangan professional, mereka yang betul-betul berkelayakan dan berjiwa Melayu. 
Politik dengan perniagaan tidak harus dicampur-adukan. Kesilapan keputusan perniagaan bukan setakat mencemarkan maruah parti tetapi dengan jawatan ini juga mereka akan memperkudakan GLC untuk kepentingan politik peribadi mereka yang akhirnya akan melahirkan putaran politik wang yang ganas. Rakyat akan melihat UMNO sebagai gedung memperkayakan pemimpinnya dan akhirnya UMNO akan hancur seperti 'Semut yang mati kerana gula'.
Hakikatnya gelombang besar yang dilihat bakal merubah Kedah kini tercalar dengan watak-watak politikus yang rakus ketika memerintah.

5 comments:

  1. Anda kena faham laaa, takkan nak suruh ketyua umno kayuh gerek melawat kawasan. Depa pun nak hidup. Cari makan okkk.
    Jangan la masuk kampung bawa mecedez. Belakon la sikit depan org kampong kata susah. Mercedez simpan di rumah. Bawa isteri masuk kampung. Teman wanita simpan di kl. kaaa kaaa kaaa.

    ReplyDelete
  2. Sukma Dermawan,
    Awak seperti tidak nampak jasa-jasa umno dari dulu lagi, kini dan didoakan selamanya.
    Tajul tidak rakus dan tamak. dia dapat duit dari singapura diberi pada orang kawasan macam robin hood.
    Bukan salah.
    UMNO tak boleh jatuh kerana parti lain amat lemah.
    ...

    ReplyDelete
  3. UMNO Kedah lingkup lagi.
    Angkara tamak dan haloba.
    Itu cerita di Langkawi .
    Isu TV Bernama dah pun panas.
    Ketua Bahagian juga katanya.

    ReplyDelete
  4. Kesilapan Det Khlaid ialah meletak Datuk Tajul sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Kedah Corporation Bhd kerana DTJ tidak layak mejawat jawatan itu.Kelulusan beiau hanyalah guru sekolah menengah apa kualiti yang ada kepada beliau untuk meneraju sebuah GLC yang besar? Tetapi kerana politik untuk kepentingan kantung sendiri maka mereka berpakat.
    Sekarang PAS pun buat kerja yang sama ikut perangai UMNO. lama-lama rakyat benci dan meluat.

    ReplyDelete
  5. Depa sapu dan balun cukup kenyang.
    Pendek kata cukup untuk tujuh keturunan.

    Balik modai depa sapu.

    Rakyat layak RM 500 saja.

    PAS dgn UMNO serupa tak boleh pakai.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.