Saturday, December 1, 2012

PERTEMUAN ‘YB BERUK’ DAN ‘RATU ANJING’ DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012

Suasana tidak diduga telah mempertemukan saya dengan dua karyawan persuratan di dalam bidang masing-masing. Ibrahim Yahaya seorang wartawan seumur hidup baru sahaja kering mencetak novel sulung beliau ‘YB Beruk’ manakala seorang lagi sasterawan Dr Ibrahim Ghaffar pula sedang dilanda saman oleh kerana penulisan puisinya ‘Ratu Anjing’.
‘YB Beruk’ adalah novel kritikan sosial yang sungguh mengilu memaparkan masyarakat manusia yang kadangkala lebih teruk dari masyarakat beruk. 
Kemusnahan alam kediaman beruk telah mengubah habitat kehidupan seharian masyarakat beruk sehingga memaksa beruk-beruk menyelongkar kediaman manusia untuk hidup. 
Novel ini dijangka menyengat pasaran novel penggal 2008-2012 kepada mereka yang ingin berfikir. 
Gaya persembahan novel ini mengingatkan saya kepada gaya penulisan Ishak Hj Muhammad @ Pak Sako dalam novelnya Anak Mat Lela Gila yang sarat dengan sindiran tajam politik sosial.
Seharusnya untuk mereka yang gemar berfikir mendapatkan novel ini terus dari penulisnya Ibrahim Tiger – 019-2125521 atau 019-3389003. 
Manakala puisi ‘Ratu Anjing’ pula dikira karya agung dunia persuratan penggal ini kerana nilai samannya berjumlah RM30juta yang di saman oleh seorang YB. 
MR harap Dr Ibrahim berhati-hati agar tidak termasuk di dalam perangkap seperti apa yang berlaku kepada cerpen YBJ karya Chamil Wariya. 
Di bawah disiarkan puisi yang bernilai RM30 juta:- 
RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU - 
(Panggak Binasa Terlajak Kata) 
Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring, 
setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting, 
munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling 
menunjuk telunjuk berkait kelinking. 
Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing 
tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'. 
II 
Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh 
dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh 
pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh, 
alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh menggadaikan kabilah mudah diperbodoh 
III 
Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu 
melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu 
tertip titipan taqwa pada yang satu biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu 
gunung-ganang tetap padu, manusia perlu berakal dan berilmu 
IV 
Alam maya bukan mutlak milik kita 
dipinjamkan cuma sementara 
dipentas ini kesempatan bersama berjuta makhluk berbagai rupa 
ketentuan anjing-anjing juga ada
Kok anjing biar menyalak 
kok bukit diar berpuncak 
kok terasa menyelar bijak bumi juga tempat berpijak 
padah kata bila kata terlajak 
(Dr Ibrahim Ghaffar, Bukit Kapar Selangor. 22 September 2008)
Petikan dari Utusan Malaysia 16 Oktober 2008

2 comments:

  1. As salam dan Salam 1Malaysia bro.. Mohon di linkkan blog teman ni yer, agar tautan persahabatan mekar senantiasa..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Untuk artikel terbaru TC seperti berikut:

    http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/janda-indon-seksi-di-skodeng-oppa-doggy.html

    Salam sahabat seperjuangan.. Mohon yee..

    "Agar dapat di war-warkan pada yang lain"

    tq bro...

    ReplyDelete
  2. Saman penulisan puisi? Hahaha dah takde tempat nak belanjakan duit barangkali. Mungkin dirasakan lebih berbaloi upah peguam-peguam bekerja, daripada pegi melancong atau beli barang kegunaan sendiri. Mungkin juga sbb terlalu tamak (atau bodoh?). Macam agaknya mana nak buktikan maksud puisi dlm mahkamah ye? Adus... berat keja peguam ni...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.