Wednesday, December 12, 2012

SUDAH SEMBUHKAH UMNO PULAU PINANG?

Ramai pemerhati politik melihat lawatan PM ke Pulau Pinang baru-baru ini adalah untuk menyuntik penawar kepada penyakit yang di kira sukar disembuh. 
Sejauh mana ramuannya berkesan juga sukar diramal kerana penyakit dalam politik sangat kronik tetapi tidaklah sekronik sakit mental, gila atau sasau. 
Sebenarnya bukan perkara baru di dalam sesetengah bahagian UMNO di PP yang mengamalkan kawalan kuasa terhad kepada suku sakat dan sepupu sepapat. 
Kuasanya berlegar-legar dan berpusat di kalangan keluarga mereka sahaja seperti bahagian Bukit Bendera. Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Ismail? Ahmad Ismail Bukit Bendera, Bukit Bendera Ahmad Ismail. Tidak ubah seperti sinonimnya Nasi Kandar dengan Pulau Pinang. 
Semasa UMNO gagah di Pualau Pinang dahulu amalan ini dianggap kebiasaan dan pandai berpolitik tetapi apabila UMNO tersungkur amalan ini seharusnya dikuburkan.
Dahulu mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Bukit Bendera seperti mesyuarat keluarga tetapi sejak akhir-akhir ini telah ada di kalangan anak-anak muda yang sedar dan berani bangun mengangkat muka untuk bersuara. 
Amalan penguasaan kuasa berpusat sebegini memang sukar untuk golongan professional mendekati UMNO. Maka tidak hairanlah seperti kenyataan Tun M bahawa ramai professional yang masuk parti pembangkang apabila pintu UMNO ditutup kerana amalan ini. 
Hakikatnya, mengUMNOkan budaya Mamak, Mamu, Mami, Nana, Jee, Ba sudah tidak mendapat tempat lagi dalam dunia Google, Facebook dan Twitter.

2 comments:


  1. Asslamulaikum Mummy,

    dengaq kata Ahmad Ismail tak hadir dan tak bagi hadir ahli2 UMNO Bhg Bukit Bendera kemajlis yg PM hadir. Dia marah kat Ketua Cwgn Tg Tokong yang berani hadir melawan arahannya.

    Mummy, jgn dok silap, Ketua Bahagian Bkt Bendera lani adalah Tuan Haji Jalil, proxy Ahmad Ismail yang bergaji!! Ahli2 Bkt Bendera biaq Ahmad Ismail buat bhg macam syarikat dia...

    Mampui!

    ReplyDelete
  2. Mydin Murtabak,
    Hang macam ada tak suka ka pada Mat Ismail? Jangan ingat dia tak ada jasa,dia punya banyak jasa pada UMNO Pulau Pinang. Kita jangan singkat fikiran.
    Pooorahhh.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.