Thursday, December 6, 2012

JALINAN PERHUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA. TELAH LAMA BERTAUT BIBIR DENGAN BIBIR

Oleh Dunia Tiger

Nama Ziela Jalil serta perkataan tarzan dan bogel pernah menjadi topik utama dalam dunia perfileman di Malaysia pada 1989. Ziela meneruskan tradisi pelakon Malaysia yang membintangi filem di Indonesia, dan Tarzan Rimba (atau Tarzan Raja Rimba) adalah filem yang mendapat publisiti paling meluas berbanding filem-filem usahasama Indonesia lakonan pelakon Malaysia yang lain. 
Kontroversi tercetus apabila terdapat berita atau gosip yang menyatakan bahawa terdapat adegan bogel dalam filem tersebut, walaupun sebenarnya perkara tersebut tidaklah terlalu mengejutkan kerana sememangnya filem-filem Indonesia diketahui biasa memaparkan adegan sebegitu. Tetapi apabila adegan bogel tersebut dikaitkan dengan Ziela, maka banyak pihak tertanya-tanya sejauh mana kebenarannya kerana filem tersebut telah ditapis dengan hebat di Malaysia. 
Wartawan Utusan Malaysia yang bertugas di Jakarta ketika itu iaitu Syahbudin Abdullah akhirnya tampil membuat laporan khas mengenai pengalamannya menonton pita video filem Tarzan Rimba versi tanpa tapisan di Indonesia. 
Dalam laporan bertajuk "Seluar Ziela kena koyak" itu, Syahbudin menyatakan bahawa beliau dapat menonton adegan-adegan yang tidak diluluskan untuk tayangan di pawagam (terutamanya di Malaysia), antaranya ialah adegan membuka baju yang melibatkan watak lakonan Ziela yang bernama Karina. 
Komen Syahbudin, "Memang itu bukan Ziela. Saya lihat dada wanita yang bogel itu kurang montok dari dada Ziela. Saya juga melihat ada perbezaan pada rambut". Adegan lain yang mengeksploitasi tubuh Ziela dalam filem Tarzan Rimba ialah semasa watak Ziela ditangkap oleh penjahat dan seluarnya dikoyak sehingga menampakkan seluar dalam. Komen Syahbudin lagi, "Saya ulang tayang video, dan jelas, seluar dalam dan paha yang saya nampak itu bukan milik stand-in macam yang mula tadi"
Syahbudin juga menyatakan bahawa terdapat adegan watak Ziela mandi di sebatang sungai di mana "kemeja-t Ziela basah dan melekap pada tubuh", dan paling sensasi sekali ialah adegan cium selepas watak Ziela bertemu dengan Tarzan (lakonan Barry Prima), di mana Syahbudin mengomen dalam nada lucu, "Cinta saya pada Ziela hancur berkecai, waktu melihat bibir mungil Ziela bercantum dengan bibir Barry Prima. Walaupun itu Karina, tapi yang bercantum adalah bibir Ziela"! 
Selepas pendedahan oleh wartawan Syahbudin itu, Ziela yang ketika itu berusia 19 tahun telah tampil dalam majalah URTV dan menjelaskan, "Apa lagi yang boleh Ziela katakan? Dah Ziela terangkan berulang kali, adegan-adegan berahi tu bukan lakonan Ziela tapi dilakonkan oleh pelakon stand-in". 
Kata beliau lagi, "Waktu adegan cium, perhatikan bibir pelakon perempuannya, tak sama dengan bibir Ziela. Begitu juga waktu adegan buka pakaian, tengoklah betul-betul buah dada pelakon perempuannya, tak sama dengan Ziela punya. Dia punya kecil. Ziela punya, kan dah terkenal macam Dolly Parton"! (bahan dalam arkibnegara.blogspot.com) 
NASIHAT MUMMY ROKIAH:
Berhati-hatilah artis-artis yang ingin melakunkan watak-watak dedah aurat kerana arkib negara ada. Juga khasnya mana-mana artis yang bercita-cita untuk berkahwin dengan pembesar negara kerana sejarah tetap sejarah.
Jalinan budaya serumpun Malaysia dan Indonesia tidaklah sampai bercantum bibir dengan bibir! 

1 comment:

  1. Saya juga pernah melihat video filem tersebut tanpa tapisan dan saya terima kenyataan Ziela. Memamng ketika itu banyak adigan panas dalam filem-filem Indonesia tetapi kebanyakannya dilakunkan oleh "Stand-In." Stand-In di sana dibayar agak murah untuk babak-babak tersebut kerana masaalah ekonomi dan dunia perfileman Indonesia ketika itu sedang bersaing dengan filem-filem pertarungan dari Hong Kong dan filem-filem romantis dari Barat.

    Jadi kepada yang tidak menonton, jangan terus terima bulat-bulat cerita dari orang lain. Bila dan tengok baru boleh nilai sendiri.

    Maaf Mummy Rokiah. Kalau artis kita terima watak bertudung sekalipun tetapi masih boleh digambarkan bogel (menggunakan Stand-In) ketika bersama suami. Berusahalah menampilkan perwatakan yang baik samada di dalam atau di luar filem. Jangan semasa berlaku pakai tudung dan bercakap dengan penuh keayuan tetapi di luar masih lagi clubbing dan melakukan segala maksiat. Biar berlaku sebagai pelacur tetapi di luar masih mempertahankan kewibawaan sebagai seorang Melayu yang Islam. Yang bukan Islam tu saya tak boleh komenlah. Dah memang mereka dari keturunan dan budaya mereka sebegitu.

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.