Saturday, December 15, 2012

ZAM MAIDIN MENULIS KERANA PEMBONJOLAN ANGIN MALAM

Tulisan Dr Paridah Abd Samad bekas pensyarah UiTM dan UIAM dalam Utusan Malaysia 15/12/2012 (klik di sini) telah menyanggah tulisan Zam 10/12/2012 yang menyamakan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim dengan melabelkan mereka sebagai 'The Dog Of Imperialism’
Kupasan Dr Paridah telah menjelaskan cabaran sebenar 17 bulan BJ Habibie menjadi Presiden Indonesia. 
Dr Paridah menulis Selepas sahaja mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia, kenyataan beliau yang paling tidak disenangi oleh kaum minoriti Cina Indonesia ialah, "sesuatu yang tidak dapat diterima akal, apabila minoriti Cina Indonesia yang hanya empat peratus telah menguasai hampir 80 peratus ekonomi Indonesia."  
Itulah permulaan nasib buruk Habibie, apabila golongan ini yang bukan sahaja menguasai ekonomi, juga media telah berjaya merendahkan/memburukkan kredibiliti Habibie bukan sahaja dalam kalangan rakyat Indonesia juga dalam kalangan masyarakat antarabangsa. Habibie terpaksa mengetepikan mega projek yang berkaitan pembangunan teknologi dengan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat jelata yang terdiri daripada kalangan pribumi yang beragama Islam. 
“Zam seharusnya sedar bahawa selepas terjadinya rusuhan, golongan minoriti Cina Indonesia menjadi sasaran serangan rusuhan kerana kaum pribumi merasakan mereka ditindas dan dieksploitasi oleh golongan ini. Mereka terpaksa lari keluar negara dengan membawa wangnya sekali ke negara-negara Barat dan banyak juga yang mengalir ke Singapura. Hal ini telah membawa padah kepada ekonomi Indonesia, nilai rupiah jatuh daripada Rp3,000 ke paras Rp16,000 untuk AS$1. 
Habibie berjaya menstabilkan dan menaikkan nilai wang rupiah ke paras Rp6,000 bersamaan AS$1 seperti yang dicatatkan pada akhir era pemerintahan beliau selama 17 bulan. 
Oleh sebab media-media utama di Indonesia dimiliki dan kuasai oleh korporat minoriti Cina Indonesia dan pribumi yang beragama Kristian, kredibiliti Habibie sebagai Presiden Indonesia dipersoalkan. Mereka mahukan pemimpin seperti Megawati, ketua parti PDI-P (Parti Demokratik Indonesia - Perjuangan). Parti ini mewakili puak nasionalis dan Kristian, dan mendapat sokongan kewangan daripada korporat minoriti Cina Indonesia. 
 Gus Dur menjadi Presiden Indonesia, adalah suatu kompromi antara parti-parti Islam dan mendapat sokongan daripada golongan nasionalis dan pribumi bukan Islam. Zam mungkin sedar bahawa Gus Durlah yang banyak mempunyai persamaan dengan beberapa pemimpin PKR. Beliau ialah ulama yang mengetuai suatu pertubuhan Islam yang besar dan berpengaruh - Nadhlatul Ulama (NU). 
Beliau pernah menubuhkan Forum Demokrasi (Fordem) untuk mencabar kehadiran ICMI, yang diketuai oleh Habibie. Fordem terdiri daripada golongan intelek Indonesia berbagai-bagai agama. Walaupun hampir buta, Presiden seperti ini yang dikehendaki oleh golongan minoriti Cina Indonesia dan masyarakat antarabangsa. Kepercayaan Gus Dur kepada sekularisme menyebabkan beliau mendapat sokongan padu daripada penduduk Indonesia yang bukan beragama Islam.” 
Kupasan Dr Paridah jelas menunjukkan bahawa Zam tidak membuat kerja rumah yang rapi. Zam menulis dengan tergopoh-gapah. 
Malah yang lebih ketara dalam hal ini Zam juga terperangkap dalam sangkar media-media utama di Indonesia dimiliki dan kuasai oleh korporat minoriti Cina Indonesia dan pribumi yang beragama Kristian, anti Habibie sebagai Presiden Indonesia’. 
Kata seorang bekas wartawan seumur hidup “Zam suka menulis jika ada terbonjol idea di fikiran adakalanya pembonjolan itu kerana angin malam”.

4 comments:

  1. Ya betul, begitu juga persamaan dan barangkali kebetulan antara Anwar dan Habibie juga jangan ditolak.

    Macam dailog Pendekar Bujang Lapok antara Rose dengan maknya.
    "Emak dan Bapak pun sama"
    "Eh-Eh kalau mak dan bapaknya sama yang mana jantan yang betina? hmmm"

    Mummy pun ada persamaan dengan maknya si Rose.
    "Kalau Maknya Rose dan Mummy Rokiah sama yang mana ..... yang mana ......? hmmm" (sambung ayat sendiri)

    ReplyDelete
  2. Masalah Habibie di indonesia tidak wajar untuk kita jadikan satu ukuran simpati dan membenarkan dia menyamakan Malaysia dan indonesia sebagai negara yang mengamalkan Plurarisma dan Liberalisma. Penduduk Islam Malaysia BUKAN Islam Liberal seperti Indonesia....Hanya PKR yang amalkan Islam Liberal bukannya seluruh penduduk Malaysia - Anak Bumi Bertuah

    ReplyDelete
  3. MR,
    Dr Paridah seorang pengkaji sejarah politik muthakhir, current dan terkini.Tidak seperti Zainudin Maidin yang hanya menulis dari pandangan seorang wartawan tua berdasarkan berita dan akhbar yang dibacanya. Apabila beliau banyak membaca akhbar perdana Indonesia yang dikuasai kapitalis Cina Indonesia Zainudin hanya mengulas berasaskan manipulasi surat khabar itu.
    Akhirnya Zainudin terkantoi. Konon nak bantai Anwar Ibrahim kerana pluralism dan liberalism tetapi mengapa yang yang dikaitkan dengan Bj Habibie?
    KEWARTAWANAN HARI INI BEGITU MUDA UNTUK ZAINUDIN. DIA HARUS INGAT YANG DIA ITU ADALAH PEMEGANG ANUGERAH TOKOH WARTAWAN NEGARA. MANA TOKOHNYA KALAU TULISANNYA MENJADI KONTROVERSI PERHUBUNGAN DIPLOMATIK DUA NEGARA?
    WASALLAM.

    ReplyDelete
  4. SAYA KIRA ZAM TIDAK LAYAK MENDUDUKI KERUSI KARYAWAN TAMU INSTITUT PEMIKIRAN TUN MAHATHIR.
    KERUSI ITU TERLALU TINGGI ILMIAHNYA DAN SEMOGA UUM TIDAK DITERTAWAKAN UNIVERSITI LAIN DI DUNIA.
    SEHARUSNYA DIKAJI SEMULA SEBELUM PELAJAR-PELAJAR UUM DIPENGARUHINYA DENGAN PEMIKIRAN YANG DANGKAL.
    TULISAN ZAM INI BUKAN CERMINAN PEMIKIRAN TUN M.
    ROSAK PELAJAR.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.