Sunday, February 24, 2013

PAS BIDAS PERKASA PAMIR GADIS SEKSI DALAM DEMO MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH.

Kejayaan PERKASA Kedah mengumpul sebegitu ramai anak-anak muda mempertahankan kalimah Allah di Alor Setar ternyata dicemburui oleh PAS. PAS hanya melihat dari sudut negatif perhimpunan tersebut.

Realitinya kadangkala anak muda yang dikatakan seksi itu lebih sensitif mempertahankan kalimah Allah tuhan mereka dari sesetengah artis PAS yang sudah tidak seksi dengan hanya menjadi pak turut Pak Lebai masam.

Berikut disiarkan tulisan wartawan Harakah Daily Rizal Tahir 24 Feb 2013:

GADIS SEKSI DEMO : PERKASA MEMALUKAN UMAT ISLAM.
KOTA BHARU: Demontrasi mempertahankan kalimah Allah, sebaliknya antara yang hadir gadis-gadis berpakaian seksi, tidak bertudung dan berbagai gaya dipertontonkan. 
Itulah yang mungkin dapat dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Alor Setar semalam bagi membela agama Islam, apabila gadis yang hadir ada berpakaian seksi dan berlagak macam model. 
Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Hafiz Musa berkata, program yang bercampur gaul lelaki dan perempuan yang berpakaian tidak senonoh anjuran Perkasa semalam cukup memalukan umat Islam. 
“Berhimpun untuk menegakkan agama Allah atau kalimah Allah, tetapi apa yang berlaku dan dapat kita saksikan begitu menyolok mata sekali. “Kalaupun tidak ikhlas untuk tujuan itu, jangan gunakan gadis yang berpakaian sebegitu. Jika tidak masyarakat akan mempersendakannya,” katanya di sini. 
Semalam perhimpunan Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali di Alor Setar bagi mempertahankan kalimah Allah memperlihatkan aksi yang tidak senonoh dengan kehadiran gadis-gadis berpakaian seksi. Mohd Hafiz berkata, perbuatan seperti itu bukan untuk memartabatkan agama Islam sebaliknya memperlihatkan kepada umum perbuatan yang menyalahi hukum syarak. 
“Namun kerana terlalu gopoh dalam meraih simpati politik Perkasa sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapat populariti secara murahan. “Tindakan mereka itu tanpa disedari telah mempersendakan hukum Allah. Dalam kita ghairah berpolitik, janganlah sampai ia memerangkap diri sendiri,” katanya.

20 comments:

  1. Pengajarannya. Orang yang jahil begitu pun tahu memuliakan nama Allah.

    Apalagi ahlul bahalul PAS ubat kuat kote. Tutup lingkup tapi dalam menyala nyala nafsu api neraka. Nama Allah pun tak kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih jahil lagi apabila kalian tidak tahu kalian jahil. Dlm Islam setiap perkara ada syarat sah dan batal sesuatu amalan. Yg kalian paparkan ini bukan mempertahankan tapi MENENTANG Allah. Buktinya jelas tak tutup aurat. Tu fasallah kita kena mengaji ngadap tok guru ngajor supaya kita tahu batas iman dan kufur, sah dan batal suatu amalan. Dok le main ikut saja walaupun hal ibadah supaya tidak sia-sia dapat penat saja

      Delete
    2. kalimah ALLAH:_
      harun din kata akan jadi syirik.....
      setelah syirik pula, karpal kata mcmana nak tubuh hukum hudud pas, awak semua dah murtad....
      maka dap ketawa besar dia telah berjaya murtad kan semua ahlul pas..... heheheheh
      betu tak jadi begini??????

      Delete
  2. Rupa2nya Orang Pas mudah sensitif dengan perempuan.. Hahaha... rasanya apa la yang ada di dalam otak setiap pemimpin Pas nie???

    ReplyDelete
    Replies
    1. percaya kah gambar tu,
      saya tak percaya, kerana ianya besi,
      fitnah sja

      Delete
    2. entah.. yg video pn kta besi.. ini plak gambar yg bertampal2..
      kalimah allah tu pn paspispus bleh kata hanya sebutan saja.. xper.
      inikan plak tulisan rumi.. jgn nampak hok salah org jer.

      Delete
  3. Tak ada makna ny mempertahan kn kalimah ALLAH,kalau suruhan dn larangan ny tk di peduli.Sama jg dgn org yg menyeru kpd WASATIYAH,tp dlm kehidupan dia sekeluarga ber mewah2an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. faham betul2,perkara pokok, pertahan kalimah ALLAH adalah sgt bermakna, ini utk mengelak kita dari kufur, murtad dan syirik atau menyekutu ALLAH, sekiranya ini berlaku maka akan boleh membuatkan umat islam terkeluar dari keislaman nya, ini juga boleh dikatakan umat islam akan menjadi kafir..... ya tak?
      dan sekiranya ini berlaku maka org kafir telah berjaya mengkafirkan umat islam,
      nauzubillah minta jauh dari godaan syaitan

      Delete
  4. Tak kan pakai mcm ni dah kata seksi,, silap tu mummy,,

    ReplyDelete
  5. Mungkin lepas ni mereka ini insaf, kita mana tahu kan? Kerana mempertahankan kalimah Allah, mereka dapat hidayah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Dosa pakai tu lebih hebat dari menggadaikan nama Allah ka? Dr Haron Din kata memberi kebenaran kristian guna Kalimah Allah tu kufur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya anak-anak muda ini, walaupun tak bertutup aurat, patut dipuji kerana sedia melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan; lebih2 lagi dlm mempertahan kesucian nama Allah. Betul, kenapa tak mahu kritik pak-pak lebai yang berserban, berjanggut, berjubah serta berpendidikan agama yang menyetujui penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam ? Kenapa tidak tegur atas perbuatan menggadai dan melacur agama demi mencari keuntungan politik ? Nasib baik Majlis Syura tegas dgn pendirian mereka ; kalau tidak polemik ini akan berterusan dgn memberi implikasi yg paling buruk dan memalukan kepada kita umat Islam di negara ini.

      Delete
    2. Agaknya mesti ramai lebai2 pas tgh dok karan stim bila tgk ostazah abby ceramah sambil goyang2. Aku pun stim..huhuhu

      Delete
    3. Kita pangkah BN jer. Life goes on. Melayu terjamin!!
      Buat apa dok pening2..

      Delete
  7. Di Kedah kerajaan PakLebai Pas sudah banyak janji mohong.

    1.caruman pihak ketiga wang gaji KUIN seleweng.
    2.kenakikan gaji guru tadika NURI Kedah sudah empat tahun janji kosong macam kopiah lebai hijau kosong.
    3.janji sagu hati atlet Sukma kedah sampai hari ini tak tunai lagi.

    Itulah kerajaan yg banyak dosa dgn rakyat,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wang anak yatim tabung memali pun depa kebas masakan wang milik depa nak bagi pada orang lain, paspispus

      Delete
  8. Ramainya yg otak senteng, macamana nak pertahan kalimah ALLAH, kalau ALLAH sendiri tak kenal, macamana nak kata kenal ALLAH kalau larangan dan suruhanNya pun tak buat...

    ReplyDelete
  9. apakah pendirian rasmi UMNO tentang kalimah Allah, minta pencerahan

    ReplyDelete
  10. alamak...seksi ka ????? seksi lagi china doll dsai!!!!

    ReplyDelete
  11. Siapa yang beri kebenaran kitab injel indonesia( guna kalimah Allah) masuk ke Semenanjung, kalau bukan kabinet yang majoritinya ahli UMNO. Habis nak salah siapa? Dalam hal ini pemerintah lah yang lebih bertanggungjawab. Salah Anwar juga ka?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.