DS Najib telah memberi bayangan bahawa Parlimen akan dibubar pada bila-bila masa sebaik senarai-senarai calun ditapis halus oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan keselamatan.
Dalam masa yang sama DS Najib juga memberi bunga-bunga supaya rakyat tidak usah bimbang akan kehilangan mana-mana pemimpin kerana itu adalah proses biasa dalam dunia politik.
Pemimpin datang, pemimpin pergi . Perjuangan parti adalah lebih besar dan penting berbanding individu.
Mesej ini jelas bahawa akan berlaku banyak pengguguran pemimpin-pemimpin besar dalam PRU13 yang akan datang.
Jika ini indikasinya maka tidak hairanlah jika ada ketua-ketua UMNO Bahagian yang akan digugurkan kelak khasnya yang banyak masaalah diselimuti isu-isu peribadi seperti harta, wanita dan mabuk kuasa.
DS Najib sendiri telah bekerja keras menemui rakyat dan rakyat melihat beliaulah PM yang cukup kuat dan rajin turun ke bawah tak ubah seperti bapanya Tun Razak.
Pentadbiran DS Najib telah melakukan banyak pendekatan, initiatif dengan berbagai tindakan proaktif malah melebihi jangkauan seperti perancangan jangka panjang untuk kesejateraan rakyat di semua peringkat tidak mengira kaum.
Kesungguhan ini seharusnya tidak dipolitikkan dan penerusan Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh Tun M adalah hala tuju yang cukup mantap jika di bandingkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kelam kabut sedang mencari identiti perjuangan.
Walaubagaimanapun pecutan saat-saat akhir ini tidak akan bermakna jika muka-muka calun yang sudah basi, hapak dan tengik masih di’recycle’ kembali. Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan juga sependapat BN harus mengenengahkan muka-muka baru yang berintegriti tinggi dan berjiwa rakyat.
Jika ini dapat dilakukan dengan sendirinya perubahan akan berlaku di dalam pemilihan UMNO yang akan datang.
dah terlambat dah,kau pilih orang baru utk calun pru13 ahli2 parti haprak ni akan kuburkan calun dan parti sekali!!!!
ReplyDeleteAre you ready for BN!.... - NOOO!...
ReplyDeleteAwas UMNO sediri yang tipu Najib dan Mahyudin.
ReplyDeleteSetiap kali Najib dan Mahyudin turun Kedah mereka angkut muka yang samalah penuhi airport,dewan dsb.
Keduanya pelobi calon .
Dalam UMNO banyak sangat jembalang hitam yg menjadi perosak parti.
Yang ada kini ialah pemimpin tikus yg sedang membaiki labu angkara politik wang.
Sebenarnya diluar kepimpinan UMNO Kedah masih begitu ramai tokoh yg berwibawa,kaliber dan imej yang baik.Apa nak buat mereka hanyalah ada tetapi tak ada wang nak beli jawatan yang begitu mahal dalam UMNO.
Sebab itu lah UMNO jadi sebegini rupa.Jawatan ada lah belian.
Rakyat sayang pada UMNO.Tetapi hilang keyakinan pada pemimpin UMNO .
Maka pulun lah Najib dan Mahyudin siang malam.Yang lain syok sendiri.