Tuesday, March 19, 2013

DOSA KERING UMNO

Hampir semua kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan pemimpin pembangkang ditambunkan dosanya kepada UMNO. UMNO beroleh dosa kering. 
Berasaskan kejayaan-kejayaan mengabui mata manusia dengan menambun dosa ini kepada UMNO maka tidak hairanlah ketua UMUM PKR kini bebas bermaharajalela bernafsu serakah melakukan maksiat demi maksiat tanpa ada batasan kawalan sehingga ke tahap kesongsangan nafsu syahwat yang sungguh gila. 
Ketua Umum PKR seperti tidak tahu untuk bertaubat sejak kelakuannya yang tidak senonoh itu satu persatu terbongkar bermula pada tahun 1998 sehingga ke hari ini. 
Nafsunya seperti harimau yang ‘hari-hari dia mau’ menyerondol seperti kerbau liar. Bangun pagi seperti ayam jantan mengasah susuh ‘siapa aku mau terkam’. 
Beliau terlepas dan bebas melakukan apa juga seperti paparan kelakuan jijiknya dalam video dan CCTV kerana masyarakat tidak akan percaya pelaku itu adalah beliau. Setiap kali terdedahnya kelakuan maksiat beliau, secepat kilat beliau akan menuduh UMNO. Konon sebagai dalang konspirasi yang ingin menjatuhkan kerjaya politik beliau.
Maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti secara terbuka beliau melakukan persetubuhan di atas meja dengan disaksikan orang ramai sekali pun di hadapan mata-kepala mereka, pastinya orang tidak akan percaya itu adalah Ketua Umum PKR. UMNO lah yang jahat, segala-gala nya dilunggok ke atas kepala UMNO. 
Hari ini secara tidak langsung UMNO lah penyelamat kerja-kerja maksiat beliau. 
Begitu juga jika ditakdirkan isterinya Dr Wan Azizah mendedahkan kelakuan kemungkaran beliau sudah pasti UMNO akan dituduh telah membeli Wan Azizah. Inilah kejayaan terbesar Ketua Umum PKR melukiskan wajah indah, sempurna, alim, maksom dan suci di mata masyarakat.

Kepada Ketua Umum PKR, AKU ingin menyeru :
Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Hari ini mereka mendedahkan lagi gambar-gambar engkau bersama seorang lelaki melakukan perhubungan sejenis, 
Jika di dalam gambar itu bukan engkau maka engkau nafikanlah ia 
Engkau kembalilah kepada Allah SWT dengan menjunjung kitab suci Al Quran Kitab yang sama-sama kita percaya yang menjadi pedoman kita bersama di dunia dan akhirat. 

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Jika di dalam gambar itu adalah engkau yang melakukan perkara jijik itu 
Maka kembalilah engkau ke pangkal jalan Bertaubatlah

Wahai Anwar bin Ibrahim
Pintu taubat masih terbuka wahai Anwar 
Allah SWT masih menyayangimu dan Allah SWT sentiasa maha pengampun dan maha mengasihi

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Engkau ingatlah masa kita semakin pendek 
Kita semakin tua 
Tenagamu semakin lemah 
Rambutmu semakin gugur 
Mukamu semakin berkedut 
Otot-ototmu semakin kendur 
Kubur sedang melambai 
Dunia sedang mengucapkan selamat tinggal 

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Mati itu menyakitkan 
Kita semua akan disoal 
Kita akan menghadapi perbicaraan di mahkamah Rabbul Jalil 
Mahkamah yang adil seadil-adilnya mahkamah 
Jika ketika itu kita sesal dengan dosa kita
Ketika itu semuanya sudah terlambat 
Kita tidak akan lagi dapat pulang ke dunia untuk menebus dosa kita 
Ketika itu kita akan menerima pembalasannya kelak.

Wahai Anwar bin Ibrahim,
Bersama-samalah kita mengambil iktibar 
Telah berapa banyak Allah SWT menghancurkan kaum-kaum yang terdahulu dari engkau 
Kerana mereka derhaka dan melakukan dosa kepada Allah 
Ingatkah engkau betapa Allah telah menghancurkan kaum Luth? 
Maka tatkala datang azab Allah, 
Allah terbalikkan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah? 
Dan Allah hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi!

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Sesungguhnya peringatan ini adalah untuk kita bersama 
Untuk aku, untuk engkau dan untuk sesisi umat Islam di dunia ini 
Ingatlah sesunguhnya kita berada di dalam kekuasaan Allah SWT 
Allah yang menguasai kerajaan langit dan bumi serta seisi-nya. 
Janji Allah adalah benar, 
Firman Allah adalah benar, 
Bertemu Allah adalah benar, 
Syurga Allah adalah benar, 
Neraka Allah adalah benar, 
Para nabi yang diutuskan Allah adalah benar,
Muhammad SAW utusan Allah adalah benar 
Dan Hari kiamat adalah benar.

14 comments:

  1. Soalan mudah, jawab berjela..."...Are you a homosexual or bisexsual?..."..."Anwar menyatakan ini dalam jawapannya: "Whether a person (is) a bisexual or homosexual, personally it's a..personal matter.." (Tak kira seseorang itu sama ada biseksual mahupun homoseksual, itu adalah perkara peribadi)

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y0ZkFf7YLbg

    ReplyDelete
  2. Kata kata dan bahasa yang cantik.

    ReplyDelete
  3. Kalu anwar liwat mereka pun mereka akan kata "UMNO bayar anwar RM2 juta untuk liwat mereka".. mereka takkan salahkan bang non lah. Bang non kalis dose.

    ReplyDelete
  4. Anwar akan sumpah beberapa hari nak PRU 13.

    ReplyDelete
  5. Amin Amin Amin.

    Dekat --- Mati.
    Jauh ---- Masa
    Besar ---- Nafsu
    Berat ---- Amanah
    Ringan --Sembahayang

    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  6. ANDAI PAPARAN INI DAN APA YG DIPERKATAKAN TENTANG ANWAR IBRAHIM INI ADALAH FITNAH...MOGA ALLAH MENURUNKAN BALA DAN LAKNATNYA KE ATAS MEREKA YG MEMANJANGKAN FITNAH INI TERMASUKLAH TUAN PUNYA BLOG INI, AMIIINNNNN....

    ReplyDelete
  7. Mummy...mummy...mummy yang pertama patut bertaubat & jangan buat fitnah macam macai2 UMNO tu.

    ReplyDelete
  8. Fitnah kapala hatok hang. Yang selalu memfinah berbohong adalah kawan gay kau tu brader anWar bin ibrahim aka BABI sondol. Memang sesuai betul nama manja dia babi.

    ReplyDelete
  9. Anon 257 dan 258 ni tak akan percaya sampai dia buat ataih meja depan depa pon.

    Pakai lah otak. Itu saranan quran.

    ReplyDelete
  10. Nasihat yang sangat baik daripada penulis..saya nak tambah satu lagi..wahai mummy rokiah islam tak ajar kita fitnah orang malah larangan Allah cukup tegas dlm hal ini.Klu mengikut Islam masih tak cukup lagi bukti dari tahun 98 hingga kini utk sabitkan DSAI melakukan perbuatan terkutuk itu.Jangan pandai2 letak diri sendiri jadi hakim. Kalau benci sangat kat DSAI jgnlah sampai menzalimi diri sendiri..semoga segala peringatan yg mummy senaraikan boleh mengingatkan diri mummy sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya aku faham,
      Sila hayati rangkap ini:
      "Sesungguhnya peringatan ini adalah untuk kita bersama
      Untuk aku, untuk engkau dan untuk sesisi umat Islam di dunia ini"

      Kita tidak benci Anwar Ibrahim malah kita sayang sebab itu kita berpesan-pesan sesama kita.

      Delete
    2. Mummy Rokiah? Hidup lagikah anda? bertaubatlah... Anda cakap bab sayang, berpesan... sebenarnya anda jadi penyebar fitnah... ya Allah..

      Delete
  11. Sedih dengan sikap bloggers umno yang tidak habis2 buat dosa menfitnah orang. Kepada Mummy Rokiah, Allah SWT maha adil, jangan kemungkaran orang nampak, tapi kemungkaran kerabat sendiri disimpan dan disorak. Berbicaralah secara ilmiah, bukannya paparkan sex, sex, sex ... liwat, liwat, liwat. Malulah dengan anak cucu kita bila asyek membicara perkara seumpama ni berulang kali.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.