Saturday, March 16, 2013

TIDAK BENAR AHLI PARLIMEN BERTUMBUK ATAU BERGOMOL

YB Rashid Din, MP Merbok
TUMBUK, TINJU, GUSTI DAN TOMOI. Tumbuk, tinju gusti dan tomoi adalah perbuatan yang sama tapi niat yang berlainan. Bertumbuk boleh berlaku dimana-mana seperti di kedai kopi, tepi jalan, dalam pejabat malah dalam bilik mesyuarat. Ia lebih didorong oleh emosi dan perasaan marah yang melampau dan apabila sudah tidak dapat di kawal maka berlakulah tumbuk-menumbuk. 
Sebaliknya tinju, gusti dan tomoi adalah aktiviti sukan yang dirancang dan berlaku pergelutan di dalam gelanggang yang dibina khas di hadapan penonton yang terpaksa membayar jumlah yang tertentu untuk menyaksikan pergelutan ini. 
Di Kedah dalam sekitar tahun 70an setiap tahun di adakan Pesta Kedah. Pesta Kedah adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan Negeri waktu itu sempena musim menuai padi. Berbagai permainan dan acara diadakan dalam kawasan kepungan pesta tersebut seperti mainan judi, pertunjukan ular, rumah hantu dan yang paling mendapat tumpuan ialah perlawanan tinju terbuka. Penyandang johan yang digeruni setiap tahun ialah seorang peninju India yang dikenali sebagai Tiger Raju. 
Kelmarin beberapa media sosial utama melapurkan insiden bertumbuk di antara seorang Ahli Parlimen dengan ketua wanita parti di dalam kawasan Parlimen Merbok di Kedah. Susulan daripada insiden itu Sinar Harian melapurkan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din menafikan dakwaan kononnya beliau telah menumbuk bertubi-tubi Ketua Wanita PKR Cabang Merbok, S.Malika sehingga terjatuh. 
Dalam masa yang sama beliau tidak menafikan berlaku salah faham semasa mesyuarat pimpinan ahli jawatankuasa PKR. Beliau naik angin satu badan apabila S. Malika yang berada di penjuru meja datang dalam keadaan menyinga menghala ke arahnya ketika sedang mempengerusikan mesyuarat.
Hakikatnya insiden sebegini tidak seharusnya berlaku kerana implikasi kepada seseorang wakil rakyat itu lebih besar dari mangsa yang kena tumbuk. Ia akan menjadi bahan tertawa rakyat di dalam menilai kualiti kepimpinan wakil rakyat yang mereka pilih. Mana-mana lelaki yang bertumbuk dengan wanita mendapat dua malu. Menang pun malu, kalah pun malu hendaknya pula seorang wakil rakyat bergaduh dengan rakyat, lagi besar malu nya.
Kata sahabat di utara kalau lelaki bertumbuk dengan wanita perkataan yang lebih sesuai untuk digunapakai ialah 'bergomoi'.

4 comments:

  1. lagi baik ajak bini bergaduh dalam bilik, nak nak kalau bini masih muda atau bini muda yg masih muda, ada rezeki 9 bulan 10 hari dapat baby.

    ReplyDelete
  2. jika tanya tian chua atau mat sabu dia akan kata sandiwara umno lagi.
    mereka bergomoi kerana umno punya agnda.

    pkr/pas semua betoi.orang lain bengkok.

    ReplyDelete
  3. Kalau orang lain diberitakan bertumbok,aku masih bolih senyum mendengarnya,tapi kalau Rashid Din dikatakan bertumbok (menumbok),bolih berguling guling aku tak bolih nak tahan gelak...kahkahkahkahkahkahkah..Rashid Din tumbok orang kahkahkahkahkah .Mai kita tanya orang Modenas ,hoi depa kata Rashid Din tumbok orang...apa hampa kata...."depa yang kata tu memang wire"..kah kah kah Rashid Din tumbok orang..kah kah kah

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.