Tuesday, April 23, 2013

BLOGGER ZAM MAIDIN KETERLALUAN

Mat Taib Mencari Damai Di Hati (Visual :SH)
Blogger Zam Maidin agak keterlaluan apabila menyindir tajam penyertaan bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Taib yang menyertai Parti Islam Se Malaysia @PAS. (Blog Zamkata)
Apa maksud apabila Zam menyatakan Muhd Taib memburu syurga, Puteri Raja dan wang berjuta dengan menyertai PAS? Tidak lain dan tidak bukan satu penghinaan oleh Zam kepada tokoh yang pernah berjasa pada orang Melayu Selangor. 
Zam selaku bekas menteri seharusnya seimbang di dalam hal ini di dalam memberi peluang kepada TS Muhammad Mohd Taib untuk mencari roh di dalam PAS.  Di dalam maksud yang lain ulama yang di luar sana yang tidak menyertai PAS malah ada yang menghentam PAS sebenarnya mereka tidak ada roh.
Kini Muhd Taib telah insaf bahawa BN dan UMNO yang beliau pergundikkan selama ini hebat fizikalnya sahaja tetapi gagal dari segi pengisian rohaninya. 
Muhd Taib bukan lah tergolong di dalam peribahasa Melayu sudah terantuk baru tengadah kerana dulu pun beliau sudah terantuk tapi masih tidak mahu tengadah kerana dibuai kemanisan kuasa dan harta. 
Adalah biasa bagi orang dihujung usia untuk mencari roh baru apabila roh lama sudah lapuk penuh dengan parut-parut luka dibebani muflis politik
Ramai ilmuan dan guru-guru pondok berpendapat penghijrahan tokoh-tokoh yang pernah mengotori UMNO ke dunia pembangkang seperti Tamrin Ghaffar, Muhd Taib, Kadir Shiekh Fadzir dan beberapa kerat lagi ialah satu proses pembersihan di dalam UMNO itu sendiri. Begitu juga sebaliknya sokongan tokoh-tokoh bersih dari pembangkang yang berhijrah menyokong UMNO dilihat sebagai mencari kebatilan di dalam UMNO setelah melihat begitu banyak noda dan kemungkaran akidah di dalam pembangkang. 
Saya masih terkenang kenang puisi kerohanian “Mencari Damai Abadi” nukilan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi bekas PM Malaysia “Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari panduan, Kita bongkar rahsia sunah Nabi, Cari pedoman, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi, Aku hidup bererti, Menikmati damai abadi”.

27 comments:

  1. MR.
    Sebab Muhamad Taib masuk Pas bukan kerana Pas itu Islam.
    Apa yg kita dengar selama ini kerana ego pemimpin tranfromasi UMNO hari ini.Mereka terlalu memandang serong dan benci pada bekas pemimpin mereka sendiri.
    Tunggu apa lagi.............

    ReplyDelete
  2. Poodah !!! Baca le yang tersirat.

    Mat Taib penuh dengan masalah ketika di UMNO yang semua orang tahu; dari masalah di Australia, bawa lari anak raja dan sebagainya. Pemergian beliau adalah satu rahmat untuk UMNO kerana dapat bersihkan UMNO dari orang seperti ini.Begitu juga dengan Kadiq (Istana di Kulim), Tamrin dan yang lain-lain. Inilah kelebihan UMNO yang saya respect yang tak ada pada parti lain, membersihkan UMNO seperti menarik rambut dalam tepung. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa masalah yang besar.

    Yang tersiratnya, PAS adalah satu parti yang berceramuk....ambil orang yang bermasalah dari UMNO. Cuba dengan imej orang alim, tapi maki hamun orang. Buat "fatwa" yang menyesatkan, sekongkong dengan Syiah (lihat di Pendang), sekongkong dengan kafir yang menentang Islam (DAP)dan sebagainya.

    Dulu PAS sebagai satu parti yang saya respect, mempunyai pendirian sendiri. Tapi sekarang sebagai boneka atau puppet yang dimainkan oleh PKR(orangnya pon buangan dari UMNO) dan DAP.

    Adakah kita mahu melihat generasi akan datang meludah di pusara kita kerana memilih pemimpin yang merosakkan generasi mereka?

    Adakah kita pasti pemimpin bukan BN berjaya memakmurkan negara ? Apa buktinya... lihat le Kedah(hancur selepas 5 tahun), Selangor (hancur selepas 5 tahun), Penang (Joy ride kepimpinan BN dulu) dan Kelantan (ketinggalan selepas 23 tahun).

    Tepuk Dada Tanya Iman......

    ...orang kulim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong sangat.

      Delete
    2. Orang orang UMNO pun dah pingirkan dia eloklah dia pergi.......berlapang dadalah orang orang UMNO semua ......ada yang keluar ada juga yang masuk ....semunya sama ....tak ada yang besar tak ada yang kecil ......

      Delete
  3. dengan kemasukkan mat taib dapatlah hendaknya beliau mengimbangi dan menangani golongan profesional yang pro anwar....
    aku percaya mat taib masuk sebab harun din dan boleh menjadi penyokong kuat harun din dalam menangani golongan yang telah jauh menyimpang....

    ReplyDelete
  4. PAS kutip sampah bawak balik rumah lepas tu hidang pakat jamah ramai2.. parti jijik. Alhamdulillah Islam tdk lg terpalit dgn imej PAS jahil tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhlak Islam adalah membimbing mereka yang jauh terpesong dengan hikmah dan iman.

      Umar Alkhattab tidak ditolak oleh Rasulullah untuk beriman walaupun pernah menanam hidup-hidup puterinya.

      Adakah Rasulullah memerintahkan Malaikat Jibrail membinasakan Taif apabila baginda dilontar batu dan najis sewaktu berdakwah di sana?

      Jika "sampah" masih terus dianggap "sampah, tak mungkin seorang wanita di China menjadi jutawan dengan hanya mengitarsemula sampah.

      Fikir dengan akal
      renung dengan iman
      Bicara dengan hikmah
      Berkeputusan dengan Adil

      Delete
    2. Cerita Saidina Umar tu cerita pasal dari kafir pi peluk Islam.

      So, mamat ni Islam kepada Islam, mana boleh pakai hadith ni. Lagi-lagi unsur.-unsur bercanggah dgn islam dlm PAS cukup ketara seperti issue Nabi Muhammad waktu kecil spt mamat lain, issue kalimah Allah, issue kafir mengkafir, issue dosa pahala, lgbt, dan banyak lagi termasuk issue Syiah. Sampai setakat ni tidak ada satu pon dinafikan lagi.

      Tepuk Dada Tanya Iman

      Delete
    3. Setuju..contoh yg baik sekali ..sewaktu waktu dahulu beliau hidup spt d zaman jahiliyah..tk kira la samada dia menyertai pas atau tidak yg penting keluar dari kepompong yg hipokrit..

      Delete
  5. Apapun!... berilah ruang untuk YB mencari identiti beliau sendiri. Mengapa kita mesti menghukum berdasarkan persepsi sendiri . Demokrasi maknanya berhak membuat pilihan . Itu hak beliau . jangan kita mengebangkan " demokrasi " tapi tak menghormati hak orang lain . Was salam!

    ReplyDelete
  6. umno hancur selepas 5 tahun pas perintah kedah...umno hancur selepas 5 tahun pkr perintah selangor....umno hacur selepas 5 tahun dap perintah pulau pinang....kelantan mungkin hang tak pernah pi kot...sesunggunya anon 8.14 seperti katak dalam gelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya anak kedah, lahir disini, belajar dan bekerja di sini..Selama 5 tahun pas perintah tak nmpak satu yg boleh dibanggakn. Yg meriah ialah ceramah....ceramah.....ceramah. Sepatutnya gunakan masa 5 thn ini tunjukkan model pemerintahan yg Islamik.cekap,dinamik yg boleh dicontohi. Exco asyik bergaduh rebut jawatan. MB asyik salahkan kerajaan dulu.Cukai makin naik.....RAKYAT LETIH MENUNGGU NAK LIHAT SESUATU DARI KERAJAAN PAS.Tapi hampa...tau2 DUN dah dibubarkan.

      Delete
    2. hang tak pie kuala ketil kaa..hang tak pie menara aloq setaq ka hang tak pie pulau tuba kaa.. hang tak pie ka tempat2 tuuu

      Delete
  7. Kita org Islam sepatutnya melalukan perintah ALLAH dlm Surah Al-Fath ayat 29 -

    [29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). ... hingga akhir ayat.

    Biarlah org Islam masuk PAS ke UMNO ke tapi mesti ... dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam) !!!

    Tetapi sebaliknya berlaku, org bukan Islam lebih dimuliakan !!! Kan ini menempa bala ALLAH namanya.

    Ade siapa yg berani ingkar perintah ALLAH ?

    ReplyDelete
  8. Roh Islam Ada di pas?

    Pas sendiri terkial kial mencari identiti baru untuk diterima semua...pas for all...sebab tu mana yg boleh digadai, dilelong, dijual mereka pas-ti berbuat demikian untuk roh dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cetek ilmu tk pyh cerita bab lelong,gadai dsgnye jika sekadar mendapat maklumat dr tv3 dan utusan kau kekal begini smpai bila..itu kau punya pasal kami tk rugi apa pun!!!

      Delete
  9. Biar lh dia masuk pas, bukan ada apa keuntungan pun kalau dia duduk dlm UMNO,,Pas pn bukan la parti memperjuangkn islam pn..ckp je berdegar2 tp habuk pn tarak..kt selangor judi dan rumah urut depan mata pn x boleh nk tutup..klu cerita pejuangkn islam kemain lg..harap cerita je la..yg pas tau nk cari salah umno je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:46 ada lh watak tipikal ahli2 UMNO.Kelantan di kata kn mundur di waktu pentadbiran PAS.Kemana hilang ny pembangunan yg di buat oleh UMNO di zaman Mohd Yaakob,MB UMNO.Rumah urut, pusat judi mula timbul bila PKR tadbir Selangor ke?Kilang arak Guiness/Anchor dn Carlsberg tu di bina zaman Khalid Ibrahim ke?Pusat judi Genting H'land dn Bkt Tinggi tu PR lulus kn ke?Magnum,Big Sweep dn Sports Toto timbul lepas PRU 12 ke?Otak tu guna kn lh utk berfikir!

      Delete
    2. Mcm mana nk tutup rumah urut dsgnye krn pihak melayu yg satu lg akan memainkan isu perkauman..lg pun bukan mudah nk tiba tiba tutup aktiviti yg telah ujud d zaman jahilliyah lg..perlukan masa mcm mn tempph bn perintah negera ni..

      Delete
  10. Eloklah dia berhijrah. Dalam UMNO pun dia banyak buat tahi. Cuma orang UMNO kebanyakannya tak mahu ambil pedulikerana menyerahkan hukuman yang setimpal kepada Yang Maha Berkuasa. Sekarang lihatlah orang yang memang tak pernah berpuas hati ini apa yang dicarinya lagi! Memang lumrah hukuman Allah kepada sesiapa yang mengambil dari jalan yang tidak diredhai akan sentiasa rasa resah gelisah dan tak akan berpuas hati. Tetapi aku sebagai penyokong setia UMNO sangat berpuas hati; kerana salah seorang pembawa penyakit parah dalam UMNO sudah berkurangan! Harap-harap dia berjumpa apa yang dicarinya lagi dalam Pas!

    ReplyDelete
  11. Good riddance, a terrible disease carrier while in UMNO! Hope he finds what he wants in PAS. I bet you he never will. This is one glutton who has smeared the good name of UMNO, a political party which was partly and , and bravely championed by my beloved parents. And I am proud to be a clean UMNO!

    ReplyDelete
  12. Buat orang Kulim.... saudara dok kat Kulim memanglah hancur... YB dia dah cabut lari jadi mesra UMNO....mana ada Selangor, Kedah, penang dan kelantan hancur.... mata demo dok kat lutut ke??? janganlah mentang-mentang demo sokong UMNO sampai jadi buta mata...celek luas-luas... Bandar Kota Baharu lebih besar dari Bandar Kuala Terengganu....Selangor tak usah cerita lrrr.... janganlah sampai akal yang Allah kurniakan kepada kita, mata hati dan lain-lain lagi kita tidak gunakan untuk melihat ... dalam al Quran banyak sekali ayat-ayat yang menyuruh kita guna akal untuk berfikir...Allah banyak bertanya kita... Apakah kamu tidak berfikir? Apakah kamu tidak perhati... dan apakah kamu... apakah kamu.. Kita orang Islam perlu balik kepada al Quran dan Sunnah supaya pada hari kemudian kita tidak dibutakan oleh Allah s.w.t. sepertimana difirmankan oleh Allah di dalam surah Ta Ha.. di mana semasa di dunia dulu kita celek tapi dibangkitkan di dalam keadaan buta... masa tu baru nak complain kat Allah.... nak buat apa dahhhhh,,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama kali saya ke Kota Bahru pada Disember 2009 untuk mejlis pertunangan adik ipar. Sebelum ni cuma dengar cakap-cakap kawan-kawan Kelantan tentang betapa gahnya KB, betapa majunya KB, betapa besarnya KB kalau nak dibandingkan dengan bandar-bandar terpilih di pantai barat Semenanjung. Tapi maaf cakaplah, selepas berkunjung ke KB, cakap-cakap kawan saya hanya indah khabar dari rupa. Hanya cakap-cakap Kelantenese yang pekat sikap kenegeriannya. KB jauh terkebelakang berbanding Kuantan. Mungkin KB juara dari segi keluasan bandarnya tetapi corot dari segi kebersihan, perancangan bandar, pedestrian dan banyak lagi. Persekitaran Hotel KB Riverview, antara hotel utama di KB dan tempat berlangsungnya majlis resepsi yang dihadiri menyedarkan saya yang selama ini tertipu dengan kawan-kawan Kelantan saya.

      Delete
    2. dalam suasana terpinggir dari kerajaan pusat yg melaungkan rakyat didahulukan dan janji ditepati....mereka tidak pun mengemis menadah kantung...mereka hidup membangun dengan kadar kemampuan yg ada...hanya yg mereka mahu kembalikan hak yg dirompak samun dari mereka...

      Delete
  13. Mencari damai di hujung senja.....jangan silap simpang dalam mencari damai di hujung senja...banyak liku dan simpang...hanya satu simpang dan lorong itu benar dan betul...carilah dengan ilmu......carilah dengan iman,....carilah dengan takwa......carilah dengan Allah...carilah dengan muhammad saw......bukan cari kerana dendam..bukan cari kerana kecewa..bukan cari kerana nak tutup kelemahan diri...bertaubat nasuhalah.....

    ReplyDelete
  14. Apa-apa pun mungkin benar kata-kata Tun M, yang cerdik-cerdik dah banyak masuk pas.

    ReplyDelete
  15. ADUH..TIBA2 SAJA MAT TAIB NI JADI "tokoh yang pernah berjasa pada orang Melayu Selangor. ".....TIME DI DALAM UMNO KAU INGAT APA KAU PERNAH MAKI DIA.....?

    ADUHAI MACAI....JANGAN NAK TUNJUK SANGAT KEBODOHAN YG TELAH SEBATI DALAM DIRI KAMU

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.