DAP sudah mula percaya dengan kelakuan haram Anwar Ibrahim. Kelakuan haram itu sedang menjahamkan Pakatan Rakyat dan sebelum mengheret DAP ke dalam ‘neraka’ mereka nampaknya bergegas-gegas sedang membuat persediaan untuk meletak calun sendiri dan memintas calun PKR dengan kejam tanpa akur dengan keputusan Anwar Ibrahim.
Dalam perkembangan yang sama DAP juga sedar akar umbi PAS sudah bangun di Kelantan dan dalam pelarian meninggalkan PAS. Kini yang hanya tinggal adalah pak lebai-pak lebai masam kaki putar hukum hakam sedang bermain wayang sesama sendiri.
Impak dari ini ia akan menjadi katalis di mana ulamak-ulamak pondok yang pernah belajar di Kelantan secara terangan-terangan menyokong BN di Kedah, Perak dan Selangor.
Di Johor PKR dan DAP berebut-rebut kawasan yang majoriti pengundi China seperti Parit Yaani (36% pengundi Cina), Sengarang (36%) dan Pulai Sepetang (40%). Kerusi DUN Pengkalan Rinting dan Johor Jaya contohnya yang telah diusaha kuat oleh PKR kini telah dirampas DAP melalui kenyataan Kit Siang. Kit Siang mengistiharkan DAP akan bertanding di 13 DUN di Johor habis apa yang tinggal lagi kepada PKR? Hakikatnya DAP sedang mengali kubur PKR dan PAS.
Di Kedah Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik secara terbuka menyatakan tidak mustahil akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah. Apabila Anwar mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar DAP telah merasa sejauh mana pedihnya tetapi ‘nikmatnya’ apabila ditikam belakang oleh Anwar.
Pakatan akan berkecai dalam PRU13 kali ini. DAP sudah besar kepala. Tunggu dan lihat bagaimana Serigala meratah kambing-kambing sehingga tinggal tulang belulang dan bagaimana PKR dan PAS dibogelkan oleh DAP dikhalayak tanpa kamera atau CCTV.
Analisa bangang dan bodoh tahap gaban, saya meninggalkan bn kerana sikap perkauman yang tak boleh dinafikan, sikap biadap soi (phono) lek, samy (boss lama saya) velu, koh (bekas lecturer saya) su koon.... Dan mamat perkasa dll. Mereka sewenang-wenang menghina Islam..... Awak dan baghal-bagahl boleh terima, DAP selama 4 tahun membeiayai lebih 64 juta untk pembangunan Islam. umno/ bn 2 juta setahun......
ReplyDeleteIndia, Cina, Kadazan, Iban, Dusun dan Murut dan ramai lagi rakyat kami di Malaysia Timor terima pakatan..... awak masih cakap ketuanan Melayu...... sama spesis dengan ibrahim katak, labai malang zul nordin dan hasang ali.......
Tungu PRU 13, mungkin tak tawan Johor.... umno akan merana...
Buat ayat sedap sikit utk menyedapkan hati sendiri tu. Memang tidak dinafi pelbagai kaum sokong phakatan, tapi bilangannya berapa? BN menang PRU12 sebanyak 140 kerusi, itu pun paling paling benci kepada BN. Baiki ayat utk sedapkan hati sendiri tu.. kasian kawang baca.
Deletekah kah kah.. kasian kat anon 11.27am, ni bukti ketidaksehaluan dan perebutan kuasa antara mereka. Keratan akhbar
Delete(sinar harian) - Kelantan, PAS lawan PAS
Kelantan-PAS vs PAS
Sinar Harian
terengganu-PAS vs PKR
PKR vs DAP di Pahang
PKR vs PAS di Pahang
Johor - PKR vs DAP
Salam mummy,
ReplyDeletesaya minta kebenaran utk menggunakan mana-mana artikel mummy untuk saya sebar atau cetak untuk edaran ketika ceramah atau apa2 program BN.
Wassalam.
Salam,
DeletePermohonan tuan/puan amat dihargai cuma sila berikan sedikit credit kepada pengurusan blog ini.
Terima kasih.
MR.
Ok, kami dah letakkan kredit link blog mummy di bawah artikel tersebut.
DeleteTerima kasih
MR.Dok kata dah.PKR/PAS/DAP indah habak dari rupa.
ReplyDeleteLebai Pas yg kurang cerdik.
Dgn cikgu Non pun tak terjawab.MELOKO saja.
Di Perak DAP letak calon Melayu kuda kayu ditempat majoriti Cina.Stretegi MB Melayu dari DAP.
Puak UMNO pula ego tak habis lagi.Berkelahi pasal calon amat memalukan.
UMNO/BN boleh bungkuskan PR jika letak calon terbaik.Bukan dikalangan korup politik wang dan tak amanah.
AKU TINGGALKAN UMNO KERANA KERANA UMNO KINI DILIHAT SEBUAH PARTI YG SERING RETAKKAN KEHARMONIAN KAUM. PR DILIHAT LEBIH 1 MALAYSIA BERBANDING BN. BERCERAMAH DI ATAS PENTAS YG SAMA. SEDARLAH BAHAWA SETIAP KAUM DI MALAYSIA MENYUMBANG KEPADA KEMAKMURAN MALAYSIA. KENAPA NAK HINA KAUM CINA ?? TERBUKTI PERANAN BESAR MEREKA MEMBANGUNKAN EKONOMI MALAYSIA. BUKANKAH BESAR JASA MEREKA KEPADA NEGARA ?? TIDAK BOLEHKAH KITA TIDAK BICARA SOAL KAUM YG HANYA MEMBAWA KPD PRASANGKA BURUK ANTARA KAUM DI MALAYSIA ???
ReplyDeleteAYUH RAKYAT MALAYSIA. MARILAH KITA MENUJU MALAYSIA BARU BERSAMA PR YG TERBUKTI LEBIH AMANAH DAN BERINTEGRITI BERBANDING UMNO YG KORUP DAN MENYALAH GUNAKAN KUASA.
Tidakkan kamu sedar, Tuan Guru Haron Din berkata, menyokong, memberi, membenarkan serta bersekongkol dengan pihak yang mahu kalimah Allah diguna dalam Injil versi Bahasa adalah syirik dan kufur. Walaupun majlis Syura PAS menentang dan tidak bersetuju, tapi PAS masih lagi bersekongkol dengan PKR dan DAP. Tepuk dada tanya Iman.
Delete