MR amat menghargai jawapan yang diterima dari calun Parlimen P15 Sungai Petani yang MR kira datang dari seorang anak muda yang amat perihatin berikutan teguran dalam posting MR yang lepas.
Keperihatinan ini amat MR alu-alukan dan berbangga dengan sikap beliau yang cukup berlapang dada dalam apa juga terguran biar pun pahit untuk ditelah.
Berikut adalah jawapan beliau:
"Tq mummyrokiah atas teguran. Jauh dari sudut hati saya mohon ampun & maaf atas kelemahan saya tersebut. Saya terima teguran itu dgn lapang dada & berjanji utk mprbaiki segala kelemahan & kekurangan. Sebagai org baru dlm dunia politik saya harap tuan2 semua dapat menegur & mberi nasihat yg berguna kpd diri saya. Untuk info tuan2 smua, program semalam adalah merupakan penampilan pertama saya sbg calon
dlm majlis yg dianjurkan olh agensi kerajaan. Saya mnyusun jari sepuluh mohon ampun & maaf sekiranya ada mana2 pihak terguris hati"
Syamsul Anuar Ismail
SYABAS CALUN P15 PARLIMEN SUNGAI PETANI SAUDARA SYAMSUL ANUAR ISMAIL. Ini hanyalah selangkah kearah beribu langkah cabaran politik di masa hadapan.
Sila lawati blog beliau :
Syamsul 4 SP
selepas ini terpaksalah pelakon yg mesra masyarakat.
ReplyDeleteMR.
ReplyDeleteOk dia dah sedar akan kesilapannya.Dia ingat mudah jadi calon.Itu belum tentu jadi Wakil Rakyat lagi.
Ada juga kisah seoarang calon wanita.Keluar saja dari kereta nya terus cerita masaalahnya untuk rakyat.
Terbalik kuang.Sebenarnya calon dengar masaalah rakyat.Sebaliknya pengundi pula kena telah masaalah calon.
Ini yg menyebabkan pengundi hilang selera.
Wanita tidak boleh jadi pemimpin sebab itu wanita tidak boleh jadi imam.
DeleteMereka begitu emosi dan terbawa-bawa cerita di rumah dan kadangkala cerita laki kawin lain pun boleh jadi satu hari punya affair.
Apa pun kuasa wanita mereka menjadi perayu yang berkesan kerana pandai merayu. Itu pasai wanita diperalatkan dalam setiap pilihanraya hanya menjadi perayu undi.
Mummy...!!!Itu calon yang bertanding cepat sedar diri.Bagaimana pula kalau isteri calon langsung tak mesra rakyat.Cuba Mummy selidik sedikit isteri bakal MB Kedah ada tak orang-orang UMNO Jerlun mengenalinya.Mummy ini Kedah bukan Putrajaya atau Kuala Lumpur.Pemikiran orang Kedah lain dari Bandar besar.Mereka masih lagi mengharapkan isteri menjadi peneman suami dan mesra rakyat.Jangan jadi MB sepenggal seperti Tan Seri Sanusi.Rakyat Kedah sedang memerhatikannya.
ReplyDeleteTo err is human...jadi jom la kita pakat maafkan dia.
ReplyDeleteYang maksum, yang tak pernah buat salah, dan kalau 'ter'buat pun tak payah mengaku salah hanyalah puak Pakatan Rakyat, terutama PAS...
Anon 12:50 AM,
Saya nak tolong bagi pandangan, boleh?
Saya tak berapa setuju la kalau kata isteri harus menjadi peneman suami, sama ada yg jadi calon atau yang dah terpilih, walaupun saya mengakui ianya satu bonus.
Dalam sejarah politik Kedah pun, isteri MB terdahulu - bukan Sanusi seorang - banyak yang hanya bergerak di belakang tabir. Majoriti rakyat tak kenal pun isteri TS Othman Aroff, isteri DS Syed Razak. Malah isteri Tok Det dan isteri-isteri Ustaz Azizan pun hanya muncul sekali sekala.
Kalau tak silap, isteri Mukhriz tu orang NS dan hidup lama sebagai 'orang bandar'. Bagi la dia masa sesuaikan diri.
Ada baiknya kalau dia tak kerap sangat dampingi suami, nanti puak karat tu akan kata Mukhriz kena kontrol dengan bini pulak.
Kesimpulannya, biarlah Anwar Ibrahim sorang saja dok tolak bini ke depan dan dok berlindung di belakang bini....