Monday, April 8, 2013

NAJIB AKAN AKAN KEMUKAKAN CALUN TERBAIK "Crème de la Crème"

PRU kali ini telah memperlihatkan BN cukup berhati-hati di dalam memilih calun-calun mereka. Di dalam keghairahan PAS, DAP dan PKR mengumumkan calun-calun mereka BN nampaknya masih menilai dengan berhati-hati. "Slow and Steady".
Mereka mahu calun mereka yang bersih, berjiwa rakyat, tidak rasuah, tidak sombong, tidak bongkak, bukan kaki betina, bukan kaki berzina, tidak main pakau, ekor atau berjudi, tidak tinggal solat, bersifat rendah diri atau tawadduk, ikhlas , berpelajaran tinggi atau berilmu, tidak gila kuasa, tidak bermuka-muka, tidak berpenyakit malah pendek kata bukan setakat bersih tapi mesti kelihatan bersih.
Itulah spesifikasi kriteria-kriteria yang hampir sempurna atau ‘perfect’ untuk ditawarkan kepada rakyat. Kekalahan yang lepas banyak mengajar mereka dan Najib bakal membawa perubahan yang besar.
Memang sukar untuk mencari calun-calun ini khasnya di negeri Kedah. Tambah-tambah jika calun-calun itu terdiri di kalangan kepimpinan AJK UMNO Bahagian. Ramai yang pernah jejak kaki ke Danok dan Hatyai. Sukar untuk mengikis persepsi negatif di kalangan masyarakat apabila menyebut Danork dan Hatnyai.
Walaupun ramai di antara mereka pernah mengikuti rombongan ke Hatyai dan Danok untuk membeli periok pengukus, beras pulut dan asam jawa tetapi masyarakat masih mememandang negatif dengan kedua- dua bandar ini mungkin kerana pusat hiburannya lebih hebat dari periok pengukusnya.
Selepas pertandingan merebut jawatan dalam pemilihan bahagian UMNO yang lepas ramai ketua-ketua bahagian yang membuat rombongan membawa penyokong mereka ke Bandong, Medan dan Jakarta sebagai ganjaran serta habuan sogokkan kerana menang dalam pertandingan melawan Ketua Bahagian.
Kebetulan ia berlaku sebaik selepas tsunami politik PRU12 yang lepas tindakan ini dilihat seolah-olah meraikan kekalahan mereka dalam PRU12. Mungkin bagi sesetengah mereka memenangi jawatan Ketua Bahagian lebih penting dari memenangi pilihanraya itu sendiri. Kerana jawatan Ketua Bahagian adalah tiket tawar menawar sehingga ke peringkat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Sebab itu mereka bersuka ria meraikan geng-geng mereka di pusat-pusat liburan di Jakarta, Bandung dan Medan bersama-sama kerana kejayaan membelasah rakan UMNO dalam pemilihan bahagian.
Pada ketika itu mereka berkawan rapat dan bersatu menentang ‘common enemy’ dan masing-masing bergembira riang ria mengambil gambar bersama gadis-gadis jelita. Kini apabila sesama mereka sedang ragas-meragas (panjat-memanjat) untuk mendapat tempat sebagai calun PRU13 masing-masing mula bermusuh kembali.
Ketua Bahagian mula bergocoh dengan Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri malah dengan sesiapa sahaja yang boleh menggugat kedudukannya sebagai bakal calun waima Tongkoi dan Batang Kayu sekalipun.
Yang lebih melucukan mereka mula menelanjangkan keburukan masing-masing semasa berfoaya-foya di Jakarta, Bandung dan Medan dahulu.
Walaupun begitu mereka tidaklah seteruk pemimpin-pemimpin PAS yang dosanya lebih besar menyeleweng aqidah penyokong mereka sehingga ke tahap kalimah Allah SWT diperdagangkan kepada DAP. Akibatnya ramai guru-guru pondok yang berkredibiliti tinggi telah keluar menyatakan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional sehingga mereka mengeluarkan hukum “Haram Mengundi PAS”.
Menyedari semua ini DS Najib pasti akan mengemukakan calun-calun yang terbaik setelah ditapis halus kepada pengundi dan PAS akan terus hanyut dibuai dendangan lagu-lagu Aishah dan Abby Abadi.

4 comments:

  1. Salam MR,
    Saya lihat rasuah ini harus dibenteras persepsinya. Kadar persepsi sebenarnya yang tinggi.Oleh itu UMNO mesti benteras rasuah dalam partinya dahulu. Mereka yang sogok untuk naik jadi ketua bahagian mesti ditangkap dan didakwa.
    Itu pendapat saya.

    ReplyDelete
  2. Keyakinan rakyat terhadap KB UMNO diKedah sudah merudum sama sekali.Hilang rasa hormat kerana amalan rasuah tempohari.Sudah jadi persepsi yang kian tebal.Begitu pemimpin yang lain.Rakayt dan orang ramai lebih ingat dan menghormati pemimpin UMNO terdahulu dengan rendah diri dan mesra mereka.Mudah bergaul.Simple dan bersahaja .Pengaruh masih ada.Bukan semua yang lama tidak boleh pakai.Dab bukan semua yang muda-muda itu hebat.Tua muda semua berguna.Yang melemahkan UMNO kerana terlalu gelojoh.
    Semuanya ditangan pengundi yang lebih cerdik dari pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Parlimen kita ada 222 buah, ditakdirkan (insyaAllah tidak) pembangkang yg diterajui DAP menang 112 kerusi dan BN 110, DAP jadi pemerintah dan bonekanya Anwar, mereka ini boleh guna Fasal 2 Perlembagaan Negara(kalau tak silap) iaitu lebih kurang berbunyi 'Malaysia boleh untuk menerima mana-mana wilayah baharu yang mahu menyertai Malaysia'. Apa yang saya khuatir dan takuti, hasrat PAP mahu memasuki Malaysia atau Guang Eng ada menyebut 'adalah tidak mustahil jika suatu hari nanti singapura akan kembali kepada malaysia'. Yang saya geruni ialah jika singapura memasuki Malaysia, singapura bukan sahaja menjadi 'negeri' dalam malaysia, malah membawa masuk 99 Parlimennya sekali. Jika 112 + 99 = 211, mereka dah boleh mengubal perlembagaan baharu seperti menghapuskan kuasa raja2, islam sebagai ugama rasmi dan bahasa melayu bahasa rasmi sudah tentu di hapuskan termasuk-lah hak2 keistemewaan orang melayu. Moga2 Allah lindungi kita dari musibah ini. Waullahu 'alam

    Ore kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa gelabah? Analisis sedikit hak2 keistimewaan orang Melau itu sebenarnya keistimewaan semua (191) Ketua Bahagian UMNO. Lihat betapa kaya raya mereka dan orang Melayu kebanyakannya hidup ala kadar saja ada sebiji proton saga, hidup dalam rumah 3 bilik, hutang keliling pinggang dan adakah orang UMNO serius nak martabatkan bahasa Melayu? Orang UMNOlah melalui Madey yang telah mengurangkan kuasa raja Melayu danlihat juga raja-raja Melayu yang bergabung dengan kuasa UMNO menikmati projek-projek besar. Bezakan tempolok elit UMNO dan hidup majoriti orang Melayu, ingat isi rumah Melayu masih dala kategori miskin bandar.

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.