Akhbar akar umbi, Sinar Harian telah melapurkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung Anwar Ibrahim lebih layak menjadi PM sebagai karut sebaliknya menegaskan beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di laluan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya tidak setuju dengan tinjauan itu (oleh Umcedel). Kami ada tinjauan kami sendiri. Tinjauan saya menunjukkan kami (BN) berada di hadapan” kata Najib yang dipetik dari Sinar Harian.
Kenyataan beliau tersebut adalah sebagai respon kepada dapatan kajian Umcedel yang membuktikan 43 peratus pengundi berpendapat Anwar layak jadi perdana menteri sementara hanya 39 peratus memihak kepada beliau.
Kemelentingan dan kelatahan beliau dalam hal tersebut ternyata memperlihatkan DS Najib tidak dapat menelan kepahitan jadam realiti dapatan kajian tersebut.
Najib harus membuktikan dengan membentang data-data kukuh apabila beliau menyatakan BN berada di hadapan. Begitu juga apabila menyatakan BN ada tinjauan mereka yang sendiri beliau seharusnya tidak melenting kerana dibimbangi tinjuan ini datang dari pembodek-pembodek tegar di sekeliling beliau yang sentiasa mengalunkan lagu-lagu indah untuk beliau terlena dalam lamunan mimpi yang tak sudah.
Di dalam kertas tinjuan itu juga Umcedel telah mendedahkan 46 peratus pengundi muda memihak kepada Anwar Ibrahim manakala hanya 39 peratus memihak kepada DS Najib.
Ini jelas memperlihatkan transformasi Najib hanya berlegar-legar di peringkat atas sahaja tanpa betul-betul turun ke akar umbi atau ke urat nadi anak muda di bawah. Tidak dapat dinafikan sasaran tepat anak muda sukar didekati kerana disekat oleh kelompok-kelompok UMNO bawahan.
Hakikatnya di dalam tempoh berkempen ini pun jelas memperlihatkan terdapat calun-calun BN sendiri yang bengong dan memperlekehkan peranan media-media sosial malah ada yang gagal menguasainya dengan berkesan secara konsisten.
Aura Najib secara individu memang hebat tetapi calun-calun yang di bawah "wal hasil balik asal, itu pasal tak hasil". Tidak ada satu jaminan aura tersebut akan diterjemahkan di atas kertas undi kerana calun-calun yang lembab.
umcedel tu ada kroni anwar.... dan tinjauan umcedel ini adalah banggang tahap ciput. sbb didalamnya ada 'sahabat' anwar......
ReplyDeleteKalau dibulatkan angka jumlah responden dibanding dgn market standard utk jumlah responden agar ia menjadi result yg ada kreditibiliti boleh dikatakan 0.
Deletekau nak percaya umcedel? tiada kewibawaan lansung. entah siapa2 yg di temui.
ReplyDeleteLogiklah Najib menolak tinjauan yang dilakukan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) kerana jika akur malulah UMNO dan jika BN menang pasti penyelidik UMcedel akan dipecat. Najib dan UMNO mana berani berdepan dengan AI untuk berdebat kerana menyedari kelebihan istimewa yang ada pada AI.Dan logik lagi jika berdasar pada tinjauan yang dibuat oleh UMNO atau Profesor Kang Kung/Kong Kang atau media arus perdana negara Najib akan melebihi markah drp AI/PR. Najib yang terpalit dengan banyak skandal besar tidak akan terlihat oleh peninjau proUMNO. Fahamailah peninjau dari proUMNO yang buta amalan kronisme dan nepotisme UMNO dan hanya pandai buat bising tak bermakna laungan 'transformasi, ETP,BRIM, BROOOM ' saban hari di media PB UMNO.
ReplyDeleteJangan lupa pr pun sekarang mengamalkan nepotisme..(umno tiada) , mrngkayakan kroni..rasuah jgn cakap lah ditambah satu yang tidak dibuat umno...iaitu menolong bangsa kafir harbi dap menghapuskan hak 2 melayu..menyesatkan aqidah dan menggalakkan perpecahan ummah...
DeleteSetuju dengan cahaya pelangi...Pengarah Umcedel ni, Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ni balaci Anwar sejak zaman siswanya lagi...dan inilah orang yang cuba bawa masuk Nurul izah berforum di UM...
ReplyDeleteHasil tinjauan ini - dengan sasaran responden terpilih - tak lebih daripada setakat satu peluru perang saraf Pakatan Rakyat, yang terang lagi bersuluh tak akan mampu mengulangi rekod kemenangan 2008. InsyaAllah.
Allah bersama orang-orang yang akan mempertahankan kalimah sucinya, tidak mungkin kita mahu lihat dan dengar bible bahasa malaysia yg bertulis Tuhan ditukar kepada Allah. Biarlah God menjadi Tuhan, biarlah ayat Tuhan dalam bible merajuk atau bersedih kepada Jesus. Beritahu keluarga dan sahabat kita agar tidak mengundi dan bersekongkol dengan pihak2 yg mahu 'Tuhan' dalam bible BM ditukar kepada Allah. Yakinlah, kita mendapat pahala jika tidak menyokong mereka. InsyaAllah.. Takbir!
DeleteTengok video anwar dan haji hadi bercanggah, terang2 anwar menipu.. masih nak kata anwar layak jadi PM?
Deletehttp://www.youtube.com/watch?v=FgMd5Mxz_p4
Separuh komen dilakukan dalam bilik kuliah...ni kije budak2 jer yang kufur nikmat jadi melayu islam...
ReplyDelete