Friday, April 19, 2013

WARDINA SAFIYYAH MENOLAK BUDAYA VIDEO LUCAH

Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka. 
"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya kepada Harakahdaily.
Hakikatnya kebimbangan Wardina adalah kebimbangan seluruh keluarga dan rakyat Malaysia sebenarnya. Yang paling kita bimbang ialah hidangan kelakuan yang jijik di dalam video ini dilakukan pemimpin yang sangat dihormati. Yang lebih mengeciwakan ialah Islam telah cemari apabila Islam dijadikan benteng untuk menutup kemungkaran mereka. 
Video-video ini sebenarnya tidak akan wujud jika tidak ada pelaku-pelakunya. Musuh-musuh politik tidak akan ada bahan lucah jika tidak ada pelaku lucah. 
Kebanyakan kita pernah menginap di hotel-hotel dan tidak ada siapa pun yang berminat, menyusahkan diri dan berbelanja tinggi untuk skodeng kita dengan memasang kamera tersembunyi kerana kita yang menginap adalah bersih suami isteri yang sah.
Tetapi jika pelakunya orang terkenal seperti selebrati atau tokoh-tokoh pemimpin baik yang memerintah atau yang membangkang pergerakan mereka akan sentiasa diburu. Ini bukan mencari kesalahan tetapi kerana mereka adalah idola rakyat dan rakyat sanjung mereka. Penglibatan mereka ini membuat nilai video itu lebih tinggi walaupun pelakunya tidak kacak, cantik atau sexy. 
Apa yang wajib Wardina dan kita semua perjuangkan ialah mendakwah pemimpin supaya bermoral tinggi dan jangan melakukan maksiat kerana mereka adalah pemimpin idola rakyat. Malah jika kemungkaran telah dibuktikan dengan gambar atau filem, siasatan harus dilakukan secepat mungkin. Orang yang kena tuduh harus segera bertindak untuk membuktikan bahawa dia difitnah. Jangan elak atau serah pada peguam 'to play safe'. 
Ini akan melengah-lengahkan lagi isu ini. Lagi cepat disiasat lagi cepat diselesaikan kes penyebaran video ini. Seletelah selesai 'put a full stop!.
Hikmahnya semua pihak harus berterima kasih kepada mereka yang berusaha keras membongkar kemungkaran ini jika tidak rakyat sentiasa ditipu dengan hippokrasi pemimpin yang kita agung-agungkan keislaman mereka. Kejadian yang berlaku adalah pengajaran yang besar kepada mereka dan pemimpin yang ada harus berwaspada dengan moral mereka. 
Cadangan slogan "Wahai lelaki, sayang dan jujurlah kepada isteri anda yang sah, jauhkan dari skandal dan zina kerana Allah maha melihat" mungkin poster ini boleh ditampal disetiap bilik hotel.

14 comments:

  1. Buat apa kita nak sembunyikan perbuatan jijik org berkenaan. Seaandainya video ni tak di sebarkan, selagi itu lah mereka sentiasa hidup dengan menipu rakyat. Berlagak seperti org yg baik tapi sebaliknya. Itu bukan budaya kotor. kita nak mendedahkan perbuatan kotor para2 hipokrit ni.

    ReplyDelete
  2. Hikmahnya semua pihak harus berterima kasih kepada mereka yang berusaha keras membongkar kemungkaran ini. lancau lu buka aib orang hikmah.

    ReplyDelete
  3. Bila kena tang idung parti sendiri, pandai pulak mintak hentikan...

    Cuba kalau pelaku tu org UMNO, takdenye wardina ni nak sibuk2 mintak diamkn, tapi sama mcm Hj. Hadi yg "membenarkan peribadi pemimpin didedahkan termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan".

    Hipokrit sungguh...

    ReplyDelete
  4. ELEH. DIA MENYIBOK LA PASAL SIPELAKU TU PUAK DIA. CUBA SIPELAKU TU BUKAN PUAK DIA. TAH-TAH DIA PULAK JADI KAKI PENYEBARNYA. DASAR MUNAFIK.

    ReplyDelete
  5. Suruhlah Pas buat usul agar video diharamkan.
    Sebenarnya puak-puak PakLebai Pas pun kalut cari video projek SUA meraka.
    Ramai yg geleng kepala dan mengeluh panjang.
    Demi parti apa nak buat pahit pun kena telan.

    Itulah hujah meraka.

    ReplyDelete
  6. komen wardina ni typical 'macam baguih' atau 'holier than thou' orang perasan.

    dia ni dok cakap yang memang semua rakyat waras nak.

    tapi dia lupa kepada public accountability pemimpin pemimpin yang harus bermoral tinggi dan suci dari skandal.

    tambah2 lagi yang dok asyek islam itu islam ini dalam pidato mereka, tetapi terbongkar video lucah masing2....

    dan maseh berdegil untuk pegang jawatan dalam parti.

    perkara panggal begini mungkin agak sulit bagi wardina ni nak paham.?

    ReplyDelete
  7. Betina ni sememangnya tongong...bukan budaya buat video lucuh, dia salah temberang...apa yang berlaku sekarang ialah dedah sikap pemimpin yang mengaku Islam, warak, ulamak tetapi akhlaknya seperti syaitan. Di malaysia belum lagi wujud budaya viseo lucah, yang ada ialah dedah..supaya rakyat tahu siapa iblis berwajah manusia. Siapa atau parti man yang memulakan perang video lucah kalau bukan PAS yang kononnya parti Islam dengan memfitnah TUN M menonton blue film bersama cucu-cucunya oleh Allahyarham Buniyamain Yaakob....Mat Sabu menggelarkan DSAI sebagai al0Juburi, kenapa betina ni tak bantah, bila kena kat atas batang parti PAS dia mula bersuara....

    ReplyDelete
  8. Wahai wanita yang bergelar Isteri jujur dan taatlah kepada lelaki yang bergelar suami kamu yang sah. Jangan mudah kangkangkan paha anda kepada sesiapa pun yang bukan suami kamu.....yang sah....kepana wardina tak nasihat perempuan yang sama spisi dengannya yang banyak main peranan dalam bab video ni......nampak sangat kononnya dia baik, alim, warak....

    ReplyDelete
  9. Aku benci mamak...

    ReplyDelete
  10. Kenapa semua termasuk admin mau lari dari topik:Negara ini seakan sudah tidak selamat kerana ada orang yang menhalalkan perbuatan awal yang amat salah disisi undang undang.
    Puncanya di sini-adakah kita selamat berada dalam hotel atu lain lain penginapan.Atas hak apa pemasangan video perangkap dibenarkan.Itu yang dipersoalkan tetapi kerana bodohnya beberapa pihak,yang asas mereka tak nampak tetapi hobi kegemaran pada video lucah yang mereka panjangkan.

    ReplyDelete
  11. Kenapa semua termasuk admin mau lari dari topik:Negara ini seakan sudah tidak selamat kerana ada orang yang menhalalkan perbuatan awal yang amat salah disisi undang undang.
    Puncanya di sini-adakah kita selamat berada dalam hotel atu lain lain penginapan.Atas hak apa pemasangan video perangkap dibenarkan.Itu yang dipersoalkan tetapi kerana bodohnya beberapa pihak,yang asas mereka tak nampak tetapi hobi kegemaran pada video lucah yang mereka panjangkan.

    ReplyDelete
  12. adakah mamak itu melayu? Tolong la mamu mamu diluar sana..berikan daku penjelasan..

    ReplyDelete
  13. Pemasangan kamera berlaku sebab akan ada yang atau pelaku yang akan beraksi, apatah lagi kalu yang melakukan aksi tersebut adalah orang2 yang sentiasa bertempik diseluruh pelusok negara tentang Islam, tentang Hudud, nampak macam bersungguh2 rupa2nya Hipokrit semata2....

    ReplyDelete
  14. Sapa yang benarkan pasang video dalam bilik hotel..tolong bentangkan undang-undang, akta yang anda dakwa "DIBENARKAN"...JANGAN BUAT FITNAH MELULU./.....pihak mana yang bodoh, adakah anda yang bodoh kerana fitnah melulu

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.