Tuesday, May 28, 2013

KISAH BENAR - CERITA ORANG MELAYU BELA HANTU RAYA DI KULIM.

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. 
Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Cangkung atas bumbung. 
Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. 
“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. 
"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. 
"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian. 
Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan pontianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung. Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu. 
Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka. 
“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung. 
"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya. 
Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan. 
Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.
Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba. 
Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi
“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu. 
"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.

KOMEN:
Berita di atas dipetik dari Sinar Harian bertarikh 28 Mei 2013 mengisahkan penduduk kampong Sungai Ular, Kulim diganggu oleh pontianak. 
Penduduk percaya pontianak ini adalah peninggalan segolongan orang terdahulu dalam lingkungan lebih 100 tahun dahulu yang mengamalkan ilmu halus untuk meminta pertolongan pelesit, pontianak atau hantu raya bagi mengerjakan bendang mereka yang luas. 
Kisah orang-orang Melayu dahulu yang mempunyai harta yang banyak membela pelesit atau hantu raya untuk menjaga harta mereka bukan perkara baru. Nampaknya tidak ada bezanya sikap malas Melayu 100 tahun dahulu dengan Melayu hari ini. Jika dahulu Melayu bersekongkol untuk sub projek kepada pelesit atau pontianak kini ramai peniaga Melayu yang sub projek atau menyerah bulat-bulat pengurusan syarikat mereka kepada orang Cina, yang merupakan pelesit untuk menapis dan menyekat dari membantu pengusaha Melayu lain.
Ambil contoh Setiausaha Agung UMNO - Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi kaya raya hasil dari bersekongkol dengan taukeh Cina, Vincent Tan di dalam Sports Toto. Daim Zainudin partner dengan tauke Cina Low Kiok Boo dalam syarikat Maluri. Mahathir sendiri seperti kenyataan Tunku Abdul Rahman “Saya yakin bahawa kiranya Dr. Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagaan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat yang bernama Federal Construction Company, sebuah syarikat yang dipunyai oleh orang-orang Cina dan dalam perniagaan-perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu adalah lebih besar. Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan yang penting untuk menolong mendapatkan kelulusan Kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi maksud projek perumahan yang tersebut". 
Mokhzani Mahathir bersekongkol dengan tauke Cina Yeow Kheng Chew dalam Kencana Petroleum. Syed Mokhtar menubuhkan syarikat Bukhary Sdn Bhd usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. 
Konklusinya "Melayu dan Cina Berpisah Tiada" Melayu perlu Cina dan Cina perlu Melayu. “Buy Chinese last” hanyalah momok-momok politik kosong yang hangat-hangat taik ayam.

27 comments:

  1. Puan,
    Tulisan puan ini secara langsung very rasis. You hina kaum Cina menganggap mereka vampire as u called it pontianak or pelesit.
    Be careful with your writting.
    Ini satu penghinaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah.. mana boleh Mummy cakap pasal cina. Jangan main main dengan cina tau Mummy.. Cina mana ada buat salah. Melayu memanglah yang salah dan korup.

      Rye saman je lah Mummy ni kerana berani tuduh orang cina ni juga korup macam melayu.

      Delete
    2. Rye,
      Saya samasekali akan bertanggung jawab tentang apa yang saya tulis.
      Ingin penjelassan biar kita bersemuka.
      Terima kasih.

      Delete
    3. semuatu muka muka umno mummy,tak dak ka muka pakatan ka mummy, buat malu umno saja,mummy tolonglah cari muka pas ke baru meletup, kalau muka umno dah biasa dengar.

      Delete
  2. Puan,

    Sudahlah. Tidak kah puan rasa penat dgn isu perkauman ini?

    Peratusan kaum melayu melebihi kaum2 yg lain,maka tak perlu bimbang yg msia akan di perintah oleh kaum cina.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu bukti jelas sindrom Melayu..."tak apalah"... kenapa pentingnya matematik dan kemahiran menggunakannya (formula)? Tidak kah saudara/ri tahu bahawa penciptaan dan kejadian oleh Nya berdasarkan matematik?

      Jumlah tidak menggambarkan apa yang disangka....baca dan belajarlah.

      Delete
    2. .. hanya perlu 'simple majority' dalam parlimen untuk masukkan satu negara ke Persekutuan Malaysia.. bukan saya cakap.. bekas hakim persekutuan cakap... jika 'dap' perintah melalui proxy dalam PR .. bentang cadangan .. masukkan singapura ka malaysia... malaysia akan dapat 3 juta pengundi cina baru... yang ini tak perlu ubah perlembagaan.. tak perlu 'consent' agung... SO? lepas tu ... sapa kata malaysia .. melayu majoriti?... yang itu dap adik pap tak perlu bagi tau, sampai masa jer terus buat .. patut ler LKY sibuk bertahun-tahun... tanah luas terbentang.. hasil masyhul melimpah ruah.. kira sampai kiamat tak kebulor ler anak cucu...

      Delete
    3. peratusan melayu lbh krg 60% population telah terbahagi dua.. pro kerajaan dan pembangkang.. melayu ku berpecah dua, menguntungkan bangsa yg menanti2 kan kekuasaan.. oh melayuku, bersorak pandai, kampung tergadai..

      Delete
  3. Ekonomi adalah satu putaran. Sebab itu ia perlu di jana supaya ia sentiasa berputar. Melayu perlukan Cina dan Cina perlukan Melayu supaya ekonomi terus berputar. "Buy Chinese Last" bukan momokan politik. Ia mampu mengubah momentem putaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Tuan....USA tidak lagi sesombong dan seangkuh dulu kerana kekayaannya.
      KEkayaan NEgara China menjadikan mereka semakin angkuh...malah US semakin tertekan.

      Singapura angkuh kerana kekayaannya. Perlaksanaan pelabuhan dan cadangan jambatan bengkok adalah satu daripada cara untuk mengurangkan keangkuhan Singapura. Tapi...kita digagalkan oleh bekas PM sebelum NAjib yang baik tapi naive...mungkin juga tidak salah dikatakan sebagai bodoh.

      Cina malaysia akan kurang angkuhnya jika kewangan mereka diperhatikan. Cara terbaik dengan mengetatkan operasi LHDN kerana mereak terkenal ada 3 set of account in doing busineses. Boikot tidak bermakna ekonomi dalaman akan terjejas...cuma path kepada pembelian disalurkan kepada path yg lain.

      Delete
  4. Saya setuju dgn pendapat puan. cuma boikot sekarang adalah atas Cina DAP. Bukan Cina secara total. Kita tak menentang CINA secara total. Yang kita tentang adalah DAP yang menjadi penghasut kepada kaum Cina untuk menuntut lebih daripada apa yang Melayu mampu berikan. Dari segi ekonomi, kita kena terima bahawa Cina lebih baik. Cina tak beli kereta besar dengan modal perniagaan. Cina tak kahwin muda dua-tiga dengan modal perniagaan. CINA akan enjoy dan buat semua selepas benar2 berjaya dalam perniagaan. Satu hakikat yang Melayu perlu terima biarpun pedih. Kita tak patut boikot secara en bloc bak kata Tun Daim.

    ReplyDelete
  5. Aku Hensem

    Melayu lg ramai daripada Cina? Mcm tu la Singapore dulu. Sekarang?

    ReplyDelete
  6. Isunya sekarang "China Dap" mengetuai kaum Cina untuk menguasai politik setelah kaum china menguasai kuasa ekonomi. Kerjasama berniaga antara kaum memang sangat digalkkan dalam negara majumuk sebegini.
    Saya cabar puan buka kedai runcit dalam kampung baru china dan offer harga keperluan harian lebih murah dari kedai peniaga kaum china...saya cabar.
    Persoalan racist adalah perkara kedua... persoalan kuasa politik akan beralih dari semangat Perlembagaan Persekutuan ke bentuk2 yg lain yg patut diberi keutamaan.
    Saya setuju kempen buy chinese last bukan solution mutlak tetapi cukup sekadar menyatakan bahawa isu racist juga boleh dimainkan oleh kaum lain selain china.

    ReplyDelete
  7. MR.
    Tak silap aku katakan.
    Boikot produk cina saja.Bukan boikot toke Cina.
    Slogan BN Menang Kedah Senang itu pun sama saja.
    Yg senang nanti tak lain tak bukan MB/EXCo/YB/Ketua bahagian UMNO.
    Tak caya tunggulah nanti.

    ReplyDelete
  8. Bercakap tentang mat bangla ada aje isu..nak tipu undilah.Tapi...cuba fikirkan berapa ramai kaum cina yang kahwin dengan vietnam, cina indonesia yang kadang-kadang datang hanya dengan visa pelawat tetapi berkahwin dan beranak dengan orang cina yang majoritinya dah tua..Pertambahan ppopulasi cina berlaku dimana bila dilihat kita tak tahupun dia tu vietnam,walau pada asalya GRO...

    ReplyDelete
  9. Sekali macam menarik.. sekali baca macam tepat... sekali lagi baca macam tak kena pulak

    Melayu dulu suka 'bela' hantu raya.. melayu sekarang 'bekerjasama' dengan cina. Atau sampai taraf melayu yang kena bela.. Entahlah, tapi apa pun aku suka cerita diatas walaupun terasa tak berapa nak kena.

    Mungkin sebab aku terlalu taksub dengan nama Mahathir... Mungkin aku memang nakal suka menjentik-jentik cara aku bermanja-manja dengan orang tua kita tu.

    -Belajar untuk teruskan boikot-

    ReplyDelete
  10. rokiah punya otak selekeh, "oleh kerana dulu melayu baik dgn cina maka melayu-cina berpisah tiada", otak selekeh kuat bernostalgia buat kesimpulan simplistik
    Cina punya otak, "sekalang guwa sudah kaya sudah kuat guwa boleh bikin apa gua suka gua mau ini Malaysia, melayu? pergi mampos sama lu.

    rokiah selekeh terus duk menyorong hidungnya yg tak mancung pipi pulak tersorong sorong.

    ReplyDelete
  11. Yang paling tepatnya.....CINA YANG UMNO BELA DAH MAKAN TUANNYA... dari semua sudut!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua cina macamtu yg yg saya nampak hanya cina yg dibela oleh wakil rakyat bn saja,tapi yg lain tak.melayu pun sama aku jadi yb bukan nak tolong kaum sendiri contoh nya lihat dan baca spt mr tulis tu, depa hanya tolong cina unt uk jadi jutawan, bagi tanah (bukit tinggi) ,(genting siap dgn polis sendiri) banyak lagi. melayu dapat apa,(permit teksi,lesen untuk ambil pendatang, )pikiaq lah masa depan melayu kalau pertualang. pertualang ni tak disingkirkan hingga akar umbi

      Delete
  12. kadirjasin.blogspot.comMay 29, 2013 at 10:51 AM

    1. Dear Mummy, there are several forms of Ali-Baba. There are good ones and there are bad ones.

    Tun Dr Mahathir Mohamad in his early days as Prime Minister promoted the idea of genuine Bumiputera-Chinese business collaboration. What the people like Tun Daim, Syed Mokhtar and many other successful Malay businessmen did was to forge genuine partnership with the Chinese. This is because whether we like it or not the Chinese control the capital, the expertise and the market. Only later that the Malays acquire some business expertise. In the case of Daim, his first venture i.e a salt farm in Selangor failed although he had Malay and Chinese partners. Salt making is never a successful venture in Malaysia because we are too wet and humid. Then he joined his Chinese partner whom you mentioned to start a plastic company which is successful and is in existence until today and is traded on both Bursa Malaysia.

    2. Syed Mokhtar was from childhood had been helping his father in live cattle trading. Even so he did not control the market despite sending his live cattle as far away as Kuala Lumpur to be slaughtered. (Where Mid Valley Megamall is today was the Kuala Lumpur Abattoir where Syed Mokhtar slaughtered his cattle) To expand into rice trading and lorry transportation, he had to find Chinese partners who were already in the business. In later years, he still work with Chinese and other non-Bumiputera partners to expand and venture into new areas. We should continue to encourage this kind of partnership.

    3. Of course we should condemn and take away projects given to Malays who then give them outright to the non-Bumiputeras for quick commission. This is Umno's problem. Umno leaders gave projects and contracts to Ali who immediately gave the projects to the Baba for quick profit which the Umno leaders then took a share.

    4. Even where no joint ventures were involved, there were many examples of beneficial and genuine Bumiputera-non Bumiputera collaboration like giving contracts and credit lines to each other.

    5. Finally, if we the Malays want to see more of our people venturing into business we must stop this habit of running down our business people and associating everyone of them with Ali-Baba and corruption. Please appreciate and acknowledge that there are many genuine and non-government dependence Malay businessmen out there. I think you are one of them.

    Thank you.

    ReplyDelete
  13. Salam,
    itulah, sebahagian elit politik muslim melayu atau kacuk yang banyak mengkayakan sebahagian kroni dari banggsa lain?, bila mereka elit politik itu tersungkur atau hampir jatuh Seperti pru13 ,pandai pula menyalahkan seluruh bangsa dari kroni bangsa yang mereka kayakan. Sedang bangsa lain yang bukan kroni dan tidak bersekongkol juga seperti kita rakyat bawahan. Jangan kita layan isu perkauman yang dibawa oleh mereka yang tersepit.

    ReplyDelete
  14. myesal aku klip blog ni.nak baca citer hantu.last2 citer politik dan prkauman.sudah2 la hampa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun perasan macan you, mohd amir.

      Nak baca cerita hantu, sampai racist/politik.

      Saya Malaysian chinese yg belajar si sekolah kebangsaan. suka baca cerita hantu dll dalam BM.

      Delete
  15. Entah apa2lah mummy rokiah ni. 24 jam berpolitik ke? Rileks lah..saya masuk blog ni nak baca hantu raya bkn politik sempit awak. Melayu mmg pun bermasaalah bagi mereka yg membandingkan pencapaian kaum lain tapi bagi yang melihatnya secara menyeluruh..well..nt bad. Mungkin mummy rokiah perlu adakan ruang utk membicarakan cara2 memperkemaskan lg org melayu daripada just menghentam tokoh2 melayu tanpa fakta yg tepat.

    ReplyDelete
  16. Mummy R,

    Biaglah lah Hantu nak raya,apa pasal nak heboh..

    Ni cerita politik masuk sekali ,apa kaitannya.
    Salah Melayu.!? Salah Cina..!? Tepuk dada tanya diri sendiri…
    Komen MR dak memberi menafaat kepada semua kaum…kerana MR tidak pernah tidur di kaki lima atau pernah mejadi 'ahli kutu jalanan'. Orang politic tau kerja dia for political survival Orang makan gaji tau apa dia kena buat untuk survive.
    Semua orang pandai berkomen, in reality life…..? Kena pandailah cari makan untuk HIDUP.
    Saya tidak suka berpolitic kerana semuanya sama aje……..

    ReplyDelete
  17. AIK? CERITA HANTU PUN BLH TUKAR JADI CERITA POLITIK COME RACISM? BAGUS SGT.. TERUSKAN SUPAYA ORG LAIN BLH BERPESTA ATAS KEJATUHAN KITA (MSIA) AKIBAT PERPECAHAN KAUM..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.