Friday, May 17, 2013

REAKSI GUAN ENG TERHADAP KENYATAAN ZAHID HAMIDI

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam keras Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan sesiapa yang enggan menerima sistem pilihanraya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang  menjalankan pilihanraya mengikut kaedah yang digemari.
 
Kenyataan itu tambahnya, amat rasis dan tidak sewajarnya keluar daripada mulut seorang menteri yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Baru semalam dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi telah bertindak di luar batasan. Kenyataan itu bagaikan kebudak-budakan.
“Sebagai menteri yang baru dilantik harus bersikap matang tidak melukai hati masyarakat Cina terutamanya yang juga merupakan rakyat sah di Malaysia," ujarnya semasa merasmikan program Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) malam tadi.

Justeru, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mempersoalkan siapa rasis sebenarnya, adakah masyarakat Cina yang dikatakan membawa 'tsunami Cina' atau kepimpinan BN.

Kebangkitan rakyat pada PRU13 baru- baru ini, ujarnya bukan tsunami Cina tetapi satu gelombang rakyat yang menuntut sistem PRU agar lebih telus, adil dan tidak menipu.

"Bila berlaku kebangkitan rakyat khususnya orang Cina, kenapa kepimpinan BN naik angin seolah takutkan bayang-bayang.  Maka, sebab itu selepas sahaja Pakatan Rakyat mencapai peningkatan politik mereka terus tabur berbagai kenyataan berbaur perkauman," jelasnya.

Turut menjadi ahli panel pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng dan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad manakala pengerusi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil khir Johari.

14 comments:

  1. sapa makan cabai dia rasa pedas o

    ReplyDelete
  2. hampir kesemua cina sokong dap sebab anwar dah janji nak bagi lim kit siang jadi tpm...seterus nya boleh pulas telinga anwar walaupun dia jadi pm...alasan pru tak telus hanya nak tutup malu sebab rancangan tak menjadi...melayu2 yg menyokong tu ada lah keturunan pak kaduk @ lebai malang...

    ReplyDelete
  3. teruskan niat dan cara dato zahir..jgn takut dan bimbang kami tetap bersama anda..pastikan dato lumpuhkan terus penyalakkan jalanraya..pastikan negara aman dari pengaruh nuar dan dap..pada dap kalau tak suka masia tolong balik negeri kamu..jgn nak tujuk heabat pulak..ini negara kami..ayuh teruskan dato zahid..

    ReplyDelete
  4. Itulah masalahnya dengan pemimpin-pemimpin dalam UMNO ini. Mereka dari awal lagi sudah dididik dan ditarbiyahkan dengan idea atau sikap samseng, cuba nak menonjol diri dgn mengutarakan idea 'panas baran' dan cakap tak berlapik. Mereka langsung tak pernah diajar cara bersopan atau merendah diri untuk mengambil hati rakyat. Cakap main ikut lepas saja dan bila dah kena hentam baru nak berfikir. Sebagai seorang menteri, tunjukkanlah ciri-ciri atau sifat gentlemen, matang & professional dalam sebarang tindakan. Nampak gaya cara menteri baru KDN ini seperti nak padam api guna minyak ... Waa respect lu LGE, sentiasa nampak cool, educated, mature & rational in U'r action & U'r speech. LGE boleh buka satu institute untuk latih puak-puak pemimpin UMNO tentang cara & etika "membentuk personality mulia dlm karier politik ...". Ha ha ha ...

    ReplyDelete
  5. About time for you all to get out and stay out

    ReplyDelete
  6. Zahid Hamidi patut jawab "Rasis? Apa yang rasis? Menurut PR, semua kaum sokong mereka. Ada saya cakap kaum Cina patut berhijrah? Cuba beri bukti bila saya kata kaum Cina patut berhijrah?"

    "Melukai hati kaum Cina? Kenapa LGE asyik cakap pasal kaum Cina? Kata mereka berkhidmat untuk semua kaum tapi kenapa asyik tak habis-habis sebut pasal kaum Cina? Hati kaum lain tak dilukai ke? Hanya kaum Cina sahaja yang penting?"

    ReplyDelete
  7. apa pun cina memang rasis dari dulu lagi sekarang baru tunjuk tanduk mereka. Melayu tak boleh cakap apa pun, semuanya rasis ideologi apa ni, tolonglah semua orang ada hak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tok.....sejak dari dulu memang begitu mereka tetap yahudi

      Delete
  8. xda pun disebut bangsa. kenapa dikatakan rasis. apa LKS terasa ke??

    ReplyDelete
  9. Betoi kata zahid hamidi.

    Kalu dah bodoh sangat dan tak paham paham sistem politik kita pi belah laa guan eng dan melayu melayu yang kena ikat hidung macam lembu ni.

    Pilih lah betoi betoi negara yang amal popular votes ni.

    Jangan tersilap sampai ke austrolia ka England ka canada ka.....pilih elok elok.

    Tu pon kalu depa rasa hampa berguna nak jadi rakyat depa.

    Kalu tak mau pi?
    dok di malaysia ikot sistem sini.

    Bagi menang pru cara sini.

    ReplyDelete
  10. ahid Hamidi patut jawab "Rasis? Apa yang rasis? Menurut PR, semua kaum sokong mereka. Ada saya cakap kaum Cina patut berhijrah? Cuba beri bukti bila saya kata kaum Cina patut berhijrah?"

    "Melukai hati kaum Cina? Kenapa LGE asyik cakap pasal kaum Cina? Kata mereka berkhidmat untuk semua kaum tapi kenapa asyik tak habis-habis sebut pasal kaum Cina? Hati kaum lain tak dilukai ke? Hanya kaum Cina sahaja yang penting?"

    ReplyDelete
  11. Salam MummyRokiah,

    1. Bukanlah perkara luar biasa bagi sekelompok rakyat jelata tidak setuju dengan sesuatu yang berlaku dalam negara mereka. Bukan di Malaysia saja, tetapi di seluruh dunia.

    2. Di Perancis sekarang ini orang kaya tidak setuju dengan kerajaan sebab cukai pendapatan yang sangat tinggi ke atas orang kaya. Banyak yang bawa keluar duit mereka dan ada yang menolak kewarganegaraan Perancis dan berhijrah ke negara lain.

    3. Di negara kita, sudah banyak yang berhijrah ke luar negara sama ada untuk sementara atau kekal. Tetapi kerajaan tidaklah boleh nyahkan nama-mana kelompok rakyat yang tidak sependapat dengannnya. Dalam sistem demokrasi kita wajib terima dan hormati perbezaan pendapat.

    4. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak rakyat Malaysia yang terpelajar telah meninggalkan negara untuk bekerja atau bermastautin di luar negara, termasuklah orang Melayu.

    5. Ada yang ditolak keluar oleh suasana di Malaysia yang tidak menyenangkan mereka, termasuk peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, dan ada yang ditarik keluar oleh tawaran kerja serta gaji yang lebih baik di luar negara.

    6. Banyak pelajar yang belajar dengan biasiswa "FAMA" (father and mama), termasuk Melayu, tidak pulang ke tanah air kerana gaji di Malaysia tidak setimpal dengan belanja yang ibu bapa keluarkan. (Anak saya mengadai rumahnya untuk mengambil MBA di Switzarland. Kos setahun hampir RM500,000. Dia dapat sikit biasiswa daripada IMD. Gaji di Malaysia memang tak cukup untuk bayar balik hutang bank. Jadi dia bekerja di Switzerland).

    6. Semakin banyak orang Melayu yang tidak lagi bergantung kepada kerajaan. Malah mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan. Apabila mereka bebas daripada pergantungan kepada kerajaan, maka mereka juga bebas bersuara.

    7. Kalau pemimpin Malaysia, khasnya Melayu, tidak faham perubahan ini dan tidak toleransi, meraka akan dipinggirkan oleh orang Melayu yang berdikari dan berfikiran.

    Wallahualam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Datuk Kadir (Tokoh Wartawan Negara),

      Era puji-memuji pemimpin Melayu sudah tamat. Generasi yang berdikari tanpa tongkat Kerajaan merasakan mereka berhak bersuara.

      Di dalam UMNO sendiri pantang ditegur dan masih banyak pengampu yang suka mencium tangan PM. Semasa perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN yang menang di PWTC, seorang sahabat MP baru yang juga seorang professional balik kesal kerana terlupa mencium tangan PM.

      Katanya beliau kekok melihat semua MP cium tangan PM, konlusinya padanlah mereka boleh 'survive' dalam politik.

      Delete
  12. betul ler steament menteri berkaitan sistem pilihanraya,kenapa plk perlu ada perkataan rasis.Apa jua sistem yg baik dan ada kesepakatan bersama,kenapa perlu ada munyi slps satu sistem pilihanraya telah di adakan.Kalau mengikut analisa politik sebelum pilihraya,kedua2 kem sudah menanggarkan akan keputusannya,pola pengundian dn jumlah kerusi dun dan parlimen yg mereka dapat.Cuma tidak boleh merebut undi yg tlh di tetapkan oleh satu kaum shj.Usaha telah byk di lakukan oleh BN utk meraih undi.Oleh kerana "blackout 505" yg masejnya tak masuk akal,hendak merosakkan sistem pilihanraya yg telah di terima pakai sekian lama, ats persetujuan bersama kedua2 pehak ats sbb keputusan tidak menyebelahi PR.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.