Saturday, May 11, 2013

SAMPAI MASA UMNO DIBUKA KEPADA KAUM CINA

Di dalam perutusan sempena ulang tahun ke-67 Umno, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi perkara yang sama apabila beliau menyeru agar UMNO menjadi sebuah parti politik Melayu Islam dan Malaysia yang lebih dinamis, inklusif dan berwawasan. Parti keramat orang Melayu itu perlu lebih universal dari segi perjuangan tanpa melupakan objektif asal penubuhannya.
Proses peremajaan Umno perlu berlaku dengan pantas dengan membuka ruang yang lebih luas kepada generasi muda, kumpulan profesional dan golongan kelas menengah Melayu untuk bergiat secara lebih aktif dalam Umno.
Perkara yang sama jugalah pernah disarankan sebaik selepas pru12 2008 yang lepas tetapi tidak banyak berlaku perubahan malah di peringkat bahagian dan cawangan masih bercakaran sesama sendiri. Perasuah-perasuah di dalam UMNO masih bebas memegang jawatan malah ada yang dicalunkan kembali dalam pru13 2013 yang lepas. Maka tidak hairanlah persepsi rasuah terhadap kerajaan BN sukar dikikis. 
Begitu juga sebelum pru13 banyak kedengaran tindakan akan diambil terhadap mereka yang sabotaj parti kini perkara itu telah menjadi sejuk tenggelam dengan isu ‘Tsunami Cina’ yang begitu hangat diperdebatkan ketika ini. Mereka yang sabotaj parti masih bebas. Inilah yang dikatakan Melayu UMNO ini ibarat hangat-hangat tahi ayam. 
Memandangkan MCA dan Gerakan bakal berkubur mungkin sampai masanya UMNO membuka keahliannya kepada kaum Cina melalui penubuhan biro-biro kaum. Seperti Biro Kaum Cina, Biro Kaum India dan lain-lain. Semangat Dato Onn Jaafar harus dikaji kembali.

23 comments:

  1. Sudah sampai masa UMNO bergabung dgn DAP

    ReplyDelete
  2. UMNO tetap parti melayu. membuka keahlian kepada cina akan membawa perpecahan orang melayu dari dalam. pls guna otak sebelum menulis.

    ReplyDelete
  3. Anon 12:13
    Sbg melayu jati anda seharusnya lebih berhemah dlm mengutarakan pendapat.

    UMNO tetap parti Melayu. Penulis hanya memberikan pendapat beliau. Jika sekiranya ahli umno dimestikan melalui perlembagaannya sbg Melayu sekalipun, perubahan boleh dibuat untuk membuka keahliannya kpd kaum lain yg mendukung aspirasi UMNO.

    Adakah ahli CCC dalam PAS adalah Islam?

    Apapun, forum ini adalah tempat utk kita berinteraksi secara ilmiah dgn penuh kesopanan sejajar dgn rukun ke lima Rukunegara.



    ReplyDelete
    Replies
    1. umno kena ubah dasar (parti kaum kpd multikaum) sama dgn dasar dap. mahu kah ahli umno nak, cina nak ke?

      Delete
    2. Kita dah terima mamak2 dalam UMNO, sekarang kita terima orang Cina macam Riduan Tee, keluarga Ma dan sesiapa yg Cina Islam saja.

      Siput

      Delete
  4. Melayu kena ada ilmu & tahu jenis Cina mana yg nak diserap ke Umno..cukup2 lah, 57 thn letak Mafia sepet dlm kabinet (master-mind) lobos segala rahsia krjaan (angkat sumpah segala dpan YDPA) belakang kita semua smpai kat bangsa depa (terang lagi brsuluh x agama=komunis) mana fham sumpah tu apa!!!

    ReplyDelete
  5. UMNO perlu tumpu untuk menjadi stand alone party dimana undi hanya diharapkan dari orang Melayu Muslim dan Pribumi yang lain. Gunalah lambang UMMO pada kertas undi .Letak Chinese voters out of the equation. Perintah negera ini selama boleh wslaupun dengan majority mudah.

    ReplyDelete
  6. Dalam UMNO ada dua kaum, iaitu Melayu dan Thai/Siam.

    ReplyDelete
  7. Siapa nak kongsi harta Karun yang selama ni dibahagi-bahagikan antara perompak Dan penyamun sendiri?

    Bodoh Dan bangang punya pemblog.

    ReplyDelete
  8. UMNO tidak sepatutnya membuka keahliannya kepada kaum cina ataupun India. Jika dibuka juga akan berlakulah perangai BELANDA MINTA TANAH ATAU KADUK NAIK JUNJUNG seperti yg berlaku hari ini. Banyak cara lagi utk menjalankan kerjasama dgn kaum lain dan cerdik pandai dlm UMNO perlu membuat banyak R&D. UMNO yg ada hari ini telah memadai cuma perlu penambahbaikan menjurus kepada rungutan rakyat keseluruhannya. Apa yg berlaku hari ini, UMNO menerima kesan secara langsung akibat tindak tanduk parti, permasalahan BN dan kerajaan. Bagi saya, apa yg penting adalah penambahbaikan dlm kerajaan itu sendiri perlu dilakukan. Sbg contoh, rakyat berkehendakkan sistem perundangan Islam, kerajaan melalui agensinya atau suruhanjaya perlu jalankan kajian dari semua aspek dan hasilnya dibentangkan di Parlimen. Samada keputusan ya atau tidak, itu bergantung kepada parlimen. Dalam persidangan DUN atau Parlimen, libatkan semua YB dlm persidangan secara 'round table' utk mengetahui permasalahan kawasan yg diwakili. Dari situ rakyat dapat menilai wakil mereka samada berkerja atau sebaliknya dan pemimpin atasan juga akan dapat mengenalpasti semua permasalahan dan mana YB yg betul2 berkerja atau main golf. Jadikan rungutan/masalah rakyat yg diwakili itu sebagai skop kerja habis cerita.

    ReplyDelete
  9. UMNO berpaksi kepentingan kaum melayu.. kerana sifat,agama dan jumlah memudahkan ia menjalankan urusan pentabiran..seperti juga MCA dan MIC.. kita orang melayu islam pun tak suka kena pergi acara melibatkan agama lain seperti agama hindu.. disini pula peranan india hindu mewakili mereka..orang melayu tak pasti kehendak orang india dan sebaliknya.. disini kelebihan BN diantara lain2 parti..

    ReplyDelete
  10. Kalu nak buka Umno kepada kaum lain seperti Cina boleh, tapi Dgn bersyarat sekolah2 yg berasaskan kaum harus dihapuskan. Persatuan2 yg memperjuangkan semangat atau isu2 berkaitan kaum juga dihapuskan. Semangat kecinaan atau kencenderungan kepada sesuatu kaum mesti tidak ada. Then, barulah kita boleh buka Umno kepada kaum lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh dibuka untuk kaum lain,cina ada mca,india ada mic parti yg ada perbagai kaum ada kat pembangkang spt pkr,dap,pas

      Delete
  11. Habislah amoi Cina yang masuk UMNO. Kena raba bontot oleh pencacai UMNO yang gatal 24 jam.

    Habis dah muak dengan meraba habis bontot wanita dan puteri UMNO ke?

    Nak cari fresh punya ke?

    ReplyDelete
  12. Pandangan saya, beberapa perubahan/transformasi besar harus dilakukan UMNO segera. Antara yg utama:
    1) Anjakan paksi perjuangan UMNO kepada Islam, tanpa meminggirkan Melayu sebagai bangsa teras Islam di negara ini. Harus bermula dengan penubuhan Majlis Syura UMNO yang memandu perjalanan parti. Perjuangan mempertahankan Islam dan Perlembagaan diperteguhkan pada peringkat ini
    2) Pembukaan keahlian penuh UMNO kepada Cina Muslim, India Muslim, dan Bumiputera Muslim lain seperti Siam, Orang Asli, serta suku2 di Sabah & Sarawak, berbanding sekadar ahli bergabung kini. Sayap khusus untuk setiap kelompok ini diwujudkan demi memperjuangkan hak masing-masing. Parti-parti Bumiputera di Sabah & Sarawak dijemput bergabung dalam satu Gagasan Mega ini
    3) UMNO harus menjuarai isu hudud dan negara Islam, berbanding PAS yang semakin tenggelam. Pelaksanaan secara hemah dan tertib amat penting, mengambil kira kewujudan masyarakat non-Muslim. Ini juga mendekatkan penyatuan UMNO-PAS.
    4) Berdasarkan perubahan 1, 2 dan 3 di atas, Cadangan penukaran nama asal UMNO kepada United Muslim & Native Organisation/ Pertubuhan Muslim & Bumiputera Bersatu
    5) Imbangan perubahan kepada parti komponen BN yang lain. Dengan UMNO kekal sebagai teras, parti lain harus berusaha kuat memahamkan kaum diwakili masing-masing supaya menerima realiti dan kemahuan masyarakat majoriti tanpa hak minoriti ini diambil
    6) Setelah pihak minoriti akur, usaha dakwah kepada mereka harus digiatkan dan mereka diajak menyertai pihak majoriti dengan menerima Islam. Penyusunan ekonomi dan lain-lain sesama masyarakat Islam adalah lebih mudah.
    7) Pergi lebih jauh dr itu, keadaan ini akan menjadi teras kekuatan baru di peringkat global yg memungkinkan keupayaan kita utk memecahkan penguasaan negara2 maju dengan adunan harmoni masyarakat berbilang kaum ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah.....UMNO ni rasanya kanser tahap 4. Tunggu mampus aje

      Delete
    2. saya suka spt coment diatas, ,umno mantapkan hudud sbg perjuangan tapi kena ingat bahawa dlm islam menolak perkauman,jadi umno mesti buang dasar parti erkauman barulah boleh berjuang atas dasar islam.

      Delete
    3. saya setuju dgn cadangan membuka keahlian kpd bukan melayu tetapi dgn syarat islam iaitu cina islam,india islam dan peribumi islam

      nama sayap saya cadangkan RAKAN atau SAHABAT

      nama UMNO boleh dikekalkan atau di tambah menjadi UMMNO

      United Muslim Malay Native Organization(UMMNO)

      saya rasa cadangan ni boleh diterima pakai kerana tiada pertindihan dgn keahlian MCA dan MIC

      untuk menjamin hak melayu kita boleh tetapkan syarat jawatan tertinggi utk golongan ini terhad kpd ketua sayap itu nanti sahaja

      ia lebih kurang dgn DHPP PAS cuma jauh lebih baik keranan PAS membuka keahlian utk bukan islam tetapi cadangan saya UMNO membuka keahlian utk bukan melayu tetapi islam

      utk permulaan ketua sayap ni berupa lantikkan dan saya cadang ridhuan tee dilantik atau lantik india muslim maybe ahli KIMMA

      dgn cadangan ni UMNO dpt publisiti dan penjelmaan semula serta dpt membaiki persepsi serta akan tampil lebih menarik dan relevan dari PAS

      harap sape2 yg ada link dgn pemimpin UMNO boleh tlg sampaikan

      Delete
    4. kalau ini jadi kenyataan maka gugurlah asas perjuangan umno. selama ini, hilanglah melayu dlm umno dan patut tukar kpd multikaum.

      Delete
  13. Perkembangan sosio-ekonomi Malaysia selama 56 tahun lalu memanifestasikan satu struktur mirip 1% elit Melayu/Cina/India/dll yang kaya raya dan 99% Melayu/Cina/India/dll yang dalam kategori bergelut untuk hidup. Kuasa yang menggekalkan struktur itu adalah elit UMNO/Melayu beragama Islam. Elit ini akan sentiasa mendapat kuasa drp majoriti orang Melayu dengan memainkan tak habis-habis isu perpaduan Melayu/Islam/Raja-raja Melayu/Keistimewaan&hak orang Melayu.Ramai orang Melayu majoriti termauk warga di Timur Malaysia tak nampak sistem struktur itu sedangkan ramai Melayu/Cina/India di bandar dah nampak dan mahu mengubahnya Melayu parti yang berbilang kaum. Golongan ini sedar yang UMNO bukan mewakili Melayu majoriti dalam Parlimen kerana 25% kerusi Parlimen adalah dari Malaysia Timur dan selama ini UMNO berjaya klentong orang Malaysia Timur yang mereka tiada peranan kecuali sebagai deposit selamat UMNO.UMNO ingat dia boleh control semua Melayu DI Semenanjung yang ada memilih PAS dan PKR dan malahan DAP. UMNO tak mungkin boleh menghimbau semua Melayu bersatu dalam UNO kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang bermula dari orang Melayu/Hindu zaman Majapahit/Srivijaya menjadi Melayu/Islam menjadi Malayan dan akhir sekali Malaysian pada 1963. UMNO tak sedar yang negara k9ni adalah negara Malaysia berbilang kaum bukannya terdiri drp Melayu saja, lihat statistik Melayu (60%), Cina 26% dan lain-lain 14%. Perlembagaan kita adalah berasaskan sekular Malaysia, bukannya Perlembagaan Melayu atau Islam dan semua rakyat malaysia harus memperjuangkan semua sama di segi undang-undang kerana semua banyak menyumbang ke arah pembangunan negara. Kenapa pula UMNO nak Melayu saja yang menentukan hala tuju negara sedangkan kerjanya hanya mengkayakan elit UMNO saja sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  14. Tidak perlu.cukup hanya menjadi parti komponen yang bergabung dalam b.n.umno tetap parti orang melayu islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bn ada parti melayu islam,tak ada parti melayu bukan islam,tak ada parti cina islam, jadi tak salah cina islam pilih pas pasal pas tidak kira bangsa begitu juga dap/pkr.

      Delete
    2. macammana cina islam,nak masuk umno,tak boleh,nak masuk mca(tolak hudud,nak masuk mic kulit tak sama lebih baik jadi ahli pas yg asas perjuangannya islam bukan perkauman.

      Delete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.