Seorang CEO sebuah syarikat penerbangan berpendapat bagi menguasai pasaran yang terbuka kita harus bergerak tanpa berlandaskan garisan etnik dan jantina. Kita harus menjangkaui pasaran peringkat serantau dan global.
Kita juga harus sedar bahawa pasaran Malaysia adalah terlalu kecil. Kita di kelilingi oleh pasaran besar seperti China, India dan Indonesia. Malah, pasaran Thailand, Vietnam dan Filipina adalah jauh lebih dua kali ganda saiz pasaran Malaysia.
Jadi, untuk hidup kita perlu menjangkau dan aktif melibatkan diri di dalam skala itu. Kita mesti bergerak keluar dari dikuasai oleh agenda politik dari sudut keseluruhan pepecahan serta penguasaan dan bergerak di luar kepompong bangsa.
Lupakan kebangsaan. Ada peperangan yang lebih besar di antara Malaysia dan seluruh dunia.
“Apabila saya pulang dari luar negara. Malaysia di dalam tempoh 10 tahun yang lalu telah menjadi terlalu jumud dan tertumpu kepada etnik-centric.
Sehingga sampai satu tahap di mana saya dan [isteri saya] Azreen menarik keluar anak kami dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara kerana ia merupakan persekitaran sekolah yang sangat berbeza jika dibandingkan ketika kami berada di sekolah 20 tahun dahulu. Ia kini sangat ‘centric-Melayu’ dan terlalu keagamaan.
Kami telah menempatkan anak kami di sekolah persendirian antarabangsa.
Sebagai ibu bapa, cabaran kita hari ini ialah sekolah-sekolah kerajaan terlalu polarisasi.
Kita kini perlu aktif mencari persekitaran untuk membesarkan anak-anak kita di dalam suasana berbilang kaum dan kepelbagaian budaya. Anda perlu segera berubah sebelum anak-anak anda tenggelam ke dalam arus perdana polarisasi" Azran Osman Rani (11 September 2009).
Inilah nilai-nilai jaguh Melayu Baru yang akan menguasai pasaran dunia hari ini. Melayu harus sedar bukan setakat pasaran mereka kecil tetapi suara mereka juga semakin mengecil.
NOTA: Berhubung dengan posting yang sebelum ini (Peranan Pengarah Melayu dalam syarikat Cina) MR memohon maaf jika ia menyentuh mana-mana pihak. MR juga 'salute'kepada mereka yang betul-betul bersemangat juang Melayu dengan hala tuju dan strategi yang tersendiri di dalam syarikat tersebut.
Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui keikhlasan anda.
Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui keikhlasan anda.
Salam Mummy,
ReplyDeleteAzran Osman Rani bolehlah bercakap tentang menarik keluar anak/anak-anaknya dari sekolah kebangsaan tajaan kerajaan dan menyertai sekolah antarabangsa sebab dia ada DUIT. Apa hal dengan golongan marhaen lain, yang sesetengahnya nak hantar anak ke sekolah kebangsaan pun kena fikir 100 kali.
Yang silap bukan sekolah kebangsaan itu, tapi IBU BAPA yang gagal mendidik dan memantau pembelajaran serta pengetahuan anak-anak berhubung kehidupan berbilang kaum dan pelbagai budaya serta hal-hal lain.
Yang silap bukan sekolah kebangsaan itu, tapi IBU BAPA yang gagal menyemai semangat kebangsaan dalam jiwa anak-anak.
Saya ada dua orang anak perempuan. Yang sulong sekarang menuntut di Universiti Adelaide, salah sebuah daripada 8 universiti terbaik Australia. Dia bersekolah rendah di SK Bukit Bandaraya berjaya dapat straight A dalam UPSR dan bersekolah menengah di SMK Sri Hartamas berjaya dapat straight A dalam PMR dan SPM. Tapi bukan pencapaian akademiknya yang hendak saya tekankan di sini (walaupun saya berbangga).
Yang mahu saya beritahu kepada spesies seperti Azran Osman Rani adalah keupayaan anak saya berkawan dengan semua kaum dalam suasana sekolah yang didakwa Azran sebagai terlalu Malay-centric dan keagamaan. Sehinggalah dia ke kolej dan universiti, dia tetap berkawan dengan pelajar Melayu dan bukan Melayu. Saya nasihatkan kepada dia: "Bergaul dengan semua orang - Melayu, Cina, India, miskin, kaya. Tak ada batasan. Tapi ingat, awak beragama Islam dan orang Melayu."
Anak saya yang bongsu masih bersekolah rendah di sekolah kebangsaan juga. Dia pun berkawan dengan Melayu, Cina dan India. Tak ada masalah. Memang ada kawan-kawan Melayunya dan satu-dua guru Melayunya yang cuba bercakap tentang kaum, tapi anak saya bersikap terbuka. Sebab dari awal kami didik anak-anak supaya menjadikan kami sebagai ibu bapa dan kawan. Jadi bila mereka berhadapan dengan suasana begini, mereka akan terus melaporkan kepada kami dan kami segera memantas dengan mengatakan: "Berkawan dengan semua orang. Jangan dengar cakap orang lain."
Jelaslah Azran sebenarnya yang BERMASALAH....BESAR dan bukan anak-anaknya serta sekolah dan guru sekolah kebangsaan!
Bodoh Dan bangsat...
ReplyDeleteAmbil contoh...mahathir yg cintakan ugamanya Dan bangsanya yg telah menjadikan Malaysia maju hingga terlahirnya anak2 haramjadah kacang lupakan kulit ini.
Tidak Ada cacat celanya bersemangat Melayu Dan kuat imannya untuk merentas cabaran dunia, itu adalah bekalan terbaik berbanding dng manusia yg lupa awal usul, tergadai jati diri, semata-mata berkiblatkan maju..
Si botak ni baru berjaya sikit, dah komen mcm sial
UMNO sejak dulu memerlukan sokongan padu daripada golongan Melayu khasnya di daerah desa atau kampung/Felda/tentera/polis/JPA supaya dia terus berkuasa dan meneruskan amalan kronisme yang disulami dengan akidah 'Ketuanan Melayu' yang menganggap Melayulah yang unggul dan membina negara pascaMerdeka walaupun mereka berasal dari latarbelakang agraria(pertanian/pertenakan/nelayan) Apabila landskap sosio-ekonomi mulai merubah dan Ketuanan Melayu tidak boleh dilestari maka UMNO menyuntik rasa takut/tak selamat ke minda Melayu yang masih belum sepenuhnya menjadi masyarakat bandar yang cerdik, khususnya masalah orang Melayu kini adalah kerana ' orang Cina yang tak mengenang budi' atau Anuar Ibrahim yang menjadi segala pro AS/Yahudi/James Bond/pro Cina/pro LBGT atau anti Melayu/Islam atau penderhaka, pengkhianat bangsa dan bermacam-macam lagi. UMNO cukup takut dia sedang dicabar hebat dan kekok pula nak menangkasnya secara ilmiah atau intelektual. Ketuanan Melayu mahu anak Melayu jangan buka minda apabila bergaul denagn bangsa lain khasnya orang Cina yang lebih cerdik. Yang UMNO mahu ialah semua orang Melayu itu harus menggundi mereka agar mereka dapat jalan pintas untuk mengecapi kekayaan negara.
ReplyDeleteitulah umno kalau nak tenggelam depa tuding jari kat anuar, kat cina, kat pas (cuba pecah perpadun melayu) sedangkan depa buat buat tak nanpak penindasan depa kat melayu contohnya(cari sendiri dlm blog) tapl jgn percaya utusan malaysia yg suka memecahbelahkan perpaduan kaum.
Delete
ReplyDeletepedulikan melayu2 belacan ni
boikot barangan cina
utamakan barangan Melayu
kita dapatkan kembali kuasa ekonomi dari bangsa yg tak kenang budi
Off topik. Saya harap MR buat kajian tentang ahli politik mana yg menukar nama mata pelajaran bahasa Malaysia kepada bahasa Melayu dahulu - kemudian mengarahkan pembaca berita TV3 dahulu utk menyebut sebutan baku, berdasarkan artikel ini (klik disini).
DeleteUMNO hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja, dan apabila 'this new Malay breed' bangkit yang diketuai oleh KJ kelak kita akan lihat UMNO akan menjadi kolot dan tidak terpakai lagi.
ReplyDeleteTun M pun dah tak relevant lagi kerana anak-naknya juga akan masuk dalam breed Melayu ini, Marina dan Mirzan sudah jelas, perlahan-lahan Mokhzani dan Mukriz juga akan turut belakang.
Selamat tinggal UMNO.
terlalu keagamaan? ????? bingung saya memikirkan ayat beliau! ! cadangan saya agar azran tukar saja agama beliau kepada agama " DUIT " ... cari banyak banyak bawa masuk kubur buat belanja. . Masya Allah. ... tukar jaa nama jadi azran osmond ranier lagi bagus. ..
ReplyDeleteOne Bloody confused Malay. Being a Malay and being a good, competent and intelligent Malay Muslims are two different things!. This is a Malay country, what is so bad about being a true Malay, a good responsible, intelligent, competent modern Muslim? You think by putting your children in the so called international setting, they become better children? as if today's modern international western ideologized society are in better shape? What utter rubbish and cheap mindset!
ReplyDelete